Ramadhan datang lagi.
Sudahkah kita bersedia?
Perlukah kita bersedia?
Terus-terang saya katakan, saya masih belum bersedia sepenuhnya.
Tahun ini begitu mencabar bagi saya. Semenjak mula bekerja, selepas memasuki dunia pekerjaan yang serius, saya sudah mula leka.
Saya tidak sempat berpuasa langsung di bulan Rejab dan Sya'ban.
Saya tidak sempat khatam habis pun membaca Al-Quran dalam tahun ini.
Pergi masjid pun boleh dikira berapa kali dalam setahun.
Majlis ilmu? Saya lebih banyak habiskan masa di hadapan komputer dan TV.
Masa selebihnya pula berbual bersama kawan-kawan dan merayau mengusya gadis-gadis.
Saban tahun, pasti akan berlaku rentetan peristiwa unik dan titik perubahan buat diri saya, dalam bulan Ramadhan.
Ramadhan 2005, saya nekad berhenti kerja dan sambung belajar peringkat ijazah.
Ramadhan 2006, saya mula bergiat aktif bersama kelab Anak Seni Uniten.
Ramadhan 2007, kami selamba main mercun yang paling mengejutkan dunia di Uniten.. hek hek hek...
Ramadhan 2008, antara detik-detik saya sebagai presiden Astena
Ramadhan 2009, saya mula ada duit.
Ramadhan 2010...?
Semoga Ramadhan kali ini membawa angin perubahan yang lebih elok gamaknya...
Wahai Allah, ampunkan segala ketelanjuran dan kelalaianku...
Wahai Rasulullah, ampunkan aku mengendahkan sunnahmu...
Wahai Ramadhan, ampunkan aku yang kurang persediaan menyambutmu...
Wahai Ibu dan Ayah, ampunkan segala kesilapan, kebiadapan dan kekurangan anakmu...
Wahai Adik-adikku, ampunkan segala kepelikan dan ketidak senonohan tabiat abangmu...
Wahai Saudara-saudaraku, ampunkan segala perangai dan kesalahanku...
Wahai Sahabat-sahabatku, ampunkan segala ketergurisan oleh kesilapanku...
Wahai Majikanku, ampunkan kekuranganku...
Wahai Pembaca sekalian, ampun ye, lama tidak menulis.
Insya'allah esok kita akan mula menyambut kedatangan Ramadhan.
Jadi saya akan memulakan persediaan dengan membeli buah-buahan di pasar malam petang nanti. Malam nanti saya akan bertarawih di Masjid Al-Decepticon. Ayuh!