Jumaat, 30 Mei 2008

Buah Keranji


“Sorong papan tarik papan,

Buah keranji dalam perahu.

Suruh makan engkau makan,

Suruh mengaji engkau tak mahu”


Ketika umur saya sudah melebihi suku abad, baru lah saya dapat melihat sendiri di depan mata bagaimana rupanya buah keranji itu. Buah yang hanya saya pernah dengar dalam pantun sahaja. Bukan setakat lihat, malah sentuh dan juga rasa.. siap kunyah dan telan. Rasanya seakan2 asam jawa. Terima kasih pada Abang Boyong yang membawa buah itu semalam.

Gadis dan Gagak


Setelah selesai makan tengahari di port biasa kami, saya seperti biasa menyandar, memerhati alam sekeliling sambul tersenyum manis. Kami membuang masa agak lama tengahari itu berikutan hujan yang turun agak lebat. Memang sangat lebat sehingga berbuih2 lantai medan selera itu. Biarlah hujan itu turun dengan penuh rahmat agar boleh mendinginkan tanah bumi ini...

Ketika sedanga asyik menyandar, tiba2 muncul seekor kucing liar menghampiri kaki Zul, merenung sayu seperti mengaharapkan sesuatu. Zul terus berasa kasihan dan timbul niat di hatinya untuk menghulurkan secebis makanan kepada kucing itu. Tapi, malang sekali, niat yang suci itu sebenarnya terselindung unsur kejahatan yang membusuk, seperti membusuknya mayat Kurt Cobain di neraka gamaknya. Ada ke patut dia nak bagi kucing tu makan ikan masin yang masinnya sahaja boleh membuatkan lidah manusia mengering seperti ikan kering. Itu manusia yang berlidah tebal, apakan pula kucing yang lidahnya hanya sekelumit itu? Katanya, nak cuba tengok apa jadi dekat kucing tu bila dia makan... Lantas saya pun menghulurkan saki baki ikan goreng yang Pokcik tak habiskan kepada Zul untuk diberi kepada kucing. Bukan untuk Zul makan sendiri.


Melihat sikap terencat Zul dan kesayuan kucing itu, ditambah pula dengan aroma hujan yang menenangkan, saraf2 neuron saya tiba2 seperti terkena sentuhan listrik, mengalirkan darah menerobos ruang2 memori yang sudah lama tidak terusik dalam otak separa genius saya. Tiba2 memori saya kembali pada bulan Ramadhan, tahun 2005. Waktu itu saya masih baru sahaja berhenti kerja dan masih belum masuk Uniten, dan masih tak tahu apa itu gamelan..


Hari itu, saya meneman ayah saya menghantar kucing kami ke hospital haiwan kerajaan di Ampang. Kucing saya hancur tulang pehanya kerana dilenyek oleh van ayah saya sendiri, secara tidak sengaja. Kucing itu perlu dibedah dan dimasukkan besi. Oleh kerana ayah saya pesara veterinar, jadi kerja2 pembedahan itu prosesnya menjadi agak mudah dan cepat. Ayah saya juga terbabti dengan pembedahan itu. Saya? Oh.. saya hanya merayau2 menghabiskan tenaga meronda dalam hospital itu. Ternyata, merayau dalam hospital haiwan tidaklah sama seronok dengan merayau dalam hospital manusia kerana tiada jururawat2 yang manis2 untuk dilemparkan senyuman manis.


Setelah selesai pembedahan, saya pun mengikut ayah saya dengan membawa kucing kami ke van ayah untuk pulang. Ketika kami sampai sahaja di perkarangan parking kereta, saya ternampak seorang gadis Cina sedang terpinga-pinga de pintu keretanya yang diparking berhampiran dengan van kami. Gadis Cina yang bertubuh ramping, berkemeja warna cerah, skirt kelabu paras peha, rambut lurus hitam yang panjang, bergaya eksekutif muda dan wajah putihnya kemerah-merahan kerana terjemur bawah terik mentari. Nyaris kurang pahala puasa saya kerana asyik memandang gadis itu. Gadis itu seperti sedang berusaha untuk mengeluarkan sesuatu dari keretanya. Tiba2 gadis itu melontarkan suara merdunya ke arah kami.


“Encik, boleh tolong saya sekejap kah?” wah, agak merdu suaranya walaupun agak perlahan..


“Ye? Kenapa?” ternyata... ayah saya lebih romeo dan heroic dari saya. Ayah sudah mendahului saya mendekati gadis itu. Saya hanya menyusul kemudian setelah memasukkan kucing kami ke dalam van.


“Ini, tadi masa dekat traffic light, saya nampak burung ni kena langgar.. Saya pun berhenti, ambil burung ni. Kesian, dia sudah tak boleh terbang..” ujar gadis itu.


“Mana burung tu?” ayah saya bertanya kembali. Saya pula asyik mengawal pernafasan mengontrol kacak.


“Ini, burung gagak ni, ada dekat tempat kaki ni, saya nak cuba angkat, Tapi dia sudah mula patuk2”..... kata gadis itu sambil menunjukkan burung gagak yang terduduk di tempat letak kaki.


Agak terkejut saya melihat burung itu sebenarnya burung gagak yang selalunya dianggap musuh terutamannya oleh dewan bandaraya dan juga majlis-majlis perbandaran. Malah siap ada ganjaran jika kita berjaya membunuh binatang itu.


“Wah, burung gagak pun you tolong ke?” Ayah bertanya sambil mengangkat gagak itu keluar dari kereta dan menyelubunginya dengan kain supaya gagak itu tidak melawan.


“Hmm.. saya kesian lah, mesti dia sakit. Walaupun ini gagak, tapi dia tetap ada nyawa kan? Tapi, agak-agak, hospital ni terima ka gagak? Lagipun, kerajaan bunuh gagak macam ni kan?” Gadis itu menjelas sambil bertanya.


“Tak tau lah, kita cuba je hantar..” ayah pun pergi bersama dengan gadis itu untuk mendaftar masuk gagak itu ke hospital haiwan.


Saya? Hmm.. saya hanya melangok menanti di van kerana kucing kami ada dalam van itu. Tak dapat ikut masuk.. hehehehe


Setelah siap daftar, ayah pun kembali ke van meninggalkan gadis itu bersama gagaknya di hospital itu... Peristiwa itu memang menyentuh hati sanubari saya. Gadis cina itu sanggup bersusah-payah membawa gagak yang biasanya dicemuh atau ditembak sahaja jika terjumpa.. membawanya untuk dirawat di hospital pula tu. Itulah nilai kemanusiaan yang amat jarang dapat saya lihat depan mata saya. Bagi gadis itu, nyawa tetap nyawa, tanpa mengira bentuk dan jenis pemegang nyawa itu. Dah lah baik, cantik pula tu.. hehehehehehe

Khamis, 29 Mei 2008

Puding biskut marie coklat

Ketika hampir pulang petang semalam, adik bongsu saya, Hawa menelefon dan mengirimkan beberapa barang seperti berikut:

1- Biskut Marie sebungkus.

2- Milo sepeket kecil.

3- Susu Coklat sekotak.

Barang2 yang Hawa kirim adalah untuk dia buat puding biskut yang mula menjadi popular di rumah saya. Saya memang akur dan terpaksa beli barang2 tersebut kerana saya lah antara orang yang akan menghabiskannya.


Saya membeli barang2 tersebut ketika dalam perjalanan pulng di pasaraya Ong Tai Kim. Saya berpusing2 dalam pasaraya tersebut sebagai pembeli bijak dengan membuat perbandingan harga. Akhirnya, semua barang berjaya dibeli. Oh, ditambah juga dengan kuaci manis yang saya makin ketagih sekarang, beserta sepeket koko crunch tiruan. Yang itu saya sengaja gatal beli. Setelah membayar (saya pinjam duit Zul RM10 pasal tak bawak banyak duit), kami pun pulang. Sampai sahaja rumah, semua barang pun diselongkar dan kerja2 pembuatan puding itu pun dijalankan.


Mula2, biskut marie itu di pecah2kan dan dimasukkan ke dalam loyang. Kemudian, setelah kuali panas, mentega dimasukkan dan dibiarkan cair. Setelah mentega cair, api dikecilkan sehingga ke tahap paling kecil dan sebungkus kecil serbuk Milo dimasukkan. Sambil mengacau, sedikit susu pekat manis dimasukkan sesedap rasa. Setelah itu, susu coklat pula dimasukkan sehingga mendapat kepekatan yang sesuai.


Setelah siap adunan sama rata itu, sos coklat itu dituangkan ke dalam loyang yang berisi biskut marie tadi, kemudian digaulkan sehingga komposisi coklat dan biskut itu sam rata. Setelah puas hati, bahan2 itu dipadatkan dengan gaya seperti memadatkan nasi himpit. Ya, dengan cara tekan-tekan. Apabila bahan2 itu sudah sejuk, ia ditutup dengan plastik dan kemudiannya dimasukkan kedalam peti sejuk sampai kita lupa kewujudannya.. Bila kita sudah teringat balik, baru lah dikeluarkan dan dipotong2 untuk dimakan. Ketika hendak makan, pastikan tiada orang lain di rumah, kerana takut orang lain mintak.. hehehehehe.


Mulan Jameela

Ketika dalam perjalanan untuk makan tengahari, radio dalam kereta Zul sedang menyiarkan lagu lama dari kumpulan Ratu, ‘Teman Tapi Mesra’.. Saya seperti biasa turut menyanyi perlahan2 lagu itu mengikut rentak.

“Ini Ratu yang ada Mulan dulu tu kan?” Zul menanyakan soalan seperti sengaja dengki dan ingin saya berhenti menyanyi.

“Ha’ah.. Aku suka Mulan ni..” Jawab saya sambil teruskan nyanyian.

“Apsal dia ni kalo nyanyi mesti ada bunyi2 efek nafas? “ah.. ah.. ah..” macam dalam lagu ‘Makhluk Tuhan Paling Sexy’ tu? Dalam lagu ni pun ada...” Zul bersuara lagi dengan selingan bunyi ketawa kecilnya.

“Trademark dia la tu kot.. tapi Aku memang suka Mulan..” Saya membalas dengan kurang sengih.

“Eh, Mulan ni hari tu aku tengok, dia ada berlakon.. Dalam drama Indo, ada berlakon jugak dia ni dulu.. Tapi, dia jadi jahat.. hahahaha! Memang sesuai la dengan muka dia yang jahat tu.. hahahahaha!” Zul meneruskan bicara dan ketawa, sambil memandu cermat.

Amboi, bukan main lagi dia mengata kekasih saya sorang tu. Lantas saya mencekup rambut Zul dari belakang, menarik kepalanya dan menghentak mulut beliau pada stereng kereta berkali2 sampai darah mula mengalir. Kemudian saya menjahit mulut beliau dengan diselitkan selipar diantara gigi atas dan bawahnya. Saya tumbuk hidungnya sampai darah mengalir deras bersama hingus dan menyebabkan Zul tidak boleh bernafas. Saya ingin meneruskan seksaan saya, tapi apakan daya, saya hanya berimaginasi. Saya sedar, kekerasan bukan jawapan. Saya hanya menjawab dengan..

“Lantak lah.. apa-apa pun, Aku memang suka Mulan.”

Kasi tunai itu cek

Pagi tadi, sebab Abang Mat Noh tiba lewat, jadi kami tiada kerja pada awal pagi. Sebab saya fikir tiada apa boleh dibuat, baik saya pergi bank untuk menunaikan cek elaun saya. Jadi kami semua berempat pun terus ke bank berhampiran. Sampai sahaja di bank, saya dipaksa untuk turun seorang diri dihadapan bank sebab Zul kata susah nak cari parking. Jadi dengan gaya pemegang cek yang berlagak, saya mula melangkah gagah masuk ke dalam bank. Saya sebenarnya sudah lebih 5 tahun tidak menunaikan cek. Apabila saya masuk, saya terus seperti orang yang pandai kononnya pergi ke bahagian mesin2 ATM kerana orang kata, sekarang untuk tunaikan cek, hanya perlu masukkan ke mesin sahaja.

Tapi malang pada hari ini, agak berbau… berbau kehampaan. Saya sampai sahaja di mesin tunai cek automatik, mesin itu rosak. Saya cuba juga menekan2 skrin hitam, dan berharap keajaiban dating dan memperbaiki mesin itu. Setelah mengeluh dan berputus asa, saya terpinga2 di bahagian borang2 dan terjenguk2 di celah2 ketiak orang2 yang sedang mengisi borang atas meja itu. Sehinggakan ada antara mereka yang mula risau dan menyimpan kembali duit mereka dengan selamat. Dalam kekalutan itu, mujur muncul seorang kakak menghampiri saya dan bertanya saya nak apa, dengan penuh sopan dan tata susila. Saya pun tersengih bodoh sambil menunjukkan cek di tangan.

“Nak cash kan la kak..”

“Oh, bukan sini dik, meh sini..” Kata kakak itu sambil membawa saya ke mesin tunai cek separa automatik di kawasan mesin2 tadi.

“Amik borang ni, lepas tu, isi, lepas tu masukkan dalam mesin ni”

Lor.. mesin jugak rupanya, tapi separa automatik.. Sesudah menulis borang dengan berhati-hati, ‘Gedegak gedeguk’ bunyi mesin tu menelan cek saya. Setelah siap saya pun bergerak keluar dari bank dengan wajah senyum manis kepuasan..

Tapi... huh! Saya kena berjalan keliling kawasan lebih kurang 5 blok untuk mencari mana budak2 ni parking...

Rabu, 28 Mei 2008

Muka Ayah

Hari Ahad lalu, selepas pulang dari kenduri rumah Is, Apis menghantar saya dan Pokcik pulang ke rumah saya di Gombak. Ya, Apis jarang pergi ke Gombak, jadi semasa dalam perjalanan, saya tak berani nak tidur, kerana takut kami akan tersesat jauh. Maklumlah, saya dah biasa sangat sesat ni. Setelah meninggalkan Pokcik di Teratai Mewah, kami terus bergegas ke Jalan Sepakat pula untuk menghantar saya. Apis kena cepat kerana dia ingin berjumpa dengan keluarganya yang singgah di Kuala Lumpur, setelah menghantar saya.

Sampai sahaja masuk ke Jalan Sepakat, saya menyuruh beliau agar awas dan ingat jalan kerana jalan ke rumah saya agak tricky apabila hendak pulang nanti. Saya juga sempat menunjukkan kepada Apis tembok Israel yang dibina berhampiran kawasan rumah saya. Dan, ternyata Apis terkejut melihat tembok Israel itu. Ternyata cerita saya selama ini tentang kebesaran tembok itu terbukti.

Ketika hampir masuk ke lorong rumah saya, kami berselisih dengan ayah saya yang sedang berjalan kaki menuju ke surau berhampiran rumah saya. Waktu pun sudah azan maghrib.

“Itu lah ayah Aku..” Kata Saya..

“Ayah kau? Nak pegi mana dia? Betui ka?” Apis pula jawab dengan pertanyaan.

“Betul la, nak gi surau la tu.. maghrib..” Saya menjawab balik.

“Owh.. patut la..” Apis cakap lagi.

“Patut la apa?” Saya pula yang bertanya..

“Patut aku tengok muka dia ada sama macam ko..” Apis jawab.

“Sama? Biar betul? Sama tang mana? Gigi je la kot..” Saya jawab. Ini adalah kerana dalam keluarga saya, tiada diantara kami adik-beradik, termasuk ibu-bapa yang mempunyai iras wajah yang sama. Semuanya bercorak berlainan paten. Kami hanya mempunyai persamaan keturunan dalam bab gigi kapak, kecuali mak saya. inilah keunikan keluarga kami yang kami warisi.

“Tak, ada sama lain..” Apis cakap lagi.

“Apa dia?” Saya tanya untuk kepastian..

“Muka korang sama.. muka macam degil.. maksud aku, ada muka macam budak jahat, ada muka nakal.... hahahaha” Apis jawab selamba..

“Ahahahaha! Ha-ah la, baru aku perasan..!” Saya jawab..

Hmm.. mungkin ada benar kata apis tu, maklumla, Son of a gun lah katakan.. hehehehe.

Isnin, 26 Mei 2008

BUTTERFINGERS KEMBALI!! Habislah korang HUJAN..



"memang lah penat, tapi macam mana nak buat, sudah terlambat baru nak cepat, terperanjat.."

YEARGGH!! mereka kembali dengan menyentuh masalah sosial dan lebih sensasi! Hilang rasa rindu..

Walaupun kami tak menang, kami tetap hot! Hehehehe



*Untuk maklumat lanjut, sila ke kerabatastena.blogspot.com

Keputusan pertandingan pengkisahan kenegaraan ternyata tidak memihak kepada kami, tapi kami tetap rasa berbaloi dengan usaha kami dan juga latihan kami yang hanya 1 jam. Hehehe.



Kami berkongsi tempat ke 4 dengan markah 75.5. tapi agak seronok juga, pengalaman seperti ini bukannya selalu dapat kami rasa. Terima kasih pada Paan kerana memberi peluang kepada kami, dan ini seperti membuka peluang lebih dalam untuk mencuba pelbagai benda selagi kami masih terlarat. Saya juga berpuas hati kerana dapat melihat wajah2 manis ibarat bidadari, pelajar2 perempuan di KUIS itu. Teringin saya untuk menegur, tapi tak berani, kerana mereka pun memandang pelik melihat kami. Hehehe.

Walaupun kami kalah, tapi kami puas kerana berjaya menghiburkan penonton dan membuatkan mereka tertawa. Setelah tamat persembahan, kami semua merayau2 keliling auditorium itu. Seperti pe’el biasa kami, kami mesti menangkap gambar dengan pelbagai pose. Setelah puas bergambar, saya ternampak wajah2 manusia yang agak saya kenali. Ya, tanpa dijangka, saya ternampak Siso dan Sani Sudin dari kumpulan Kopratasa. Tanpa berfikir panjang, saya terus meramahkan diri, menegur sapa mereka, dan meminta izin untuk menangkap gambar. Kavi juga turut bersama saya bergambar dengan abang2 Kopratasa itu. Memang saya seronok dapat bersalaman dan berbual mesra dengan mereka. Mereka juga hadir sebagai artis jemputan untuk hari itu.



Kemudian, kami semua berkumpul dan beristirahat di bilik rehat yang disediakan. Kami menghabiskan masa dengan mengunyah ikan bilis dan kacang goreng, baki untuk nasi lemak pagi tadi. Mereka juga membedal kuih2 udang dengan penuh nikmat. Hanya saya sahaja tidak berani menyentuh kuih udang itu sebab takut masuk hospital. Allergic, hehehe.. Saya hanya mengunyah kuih kasui dingin yang tidak beberapa sedap, tetapi agak layan dikunyah.


Setelah itu, kami kembali duduk di dalam auditorium, duduk diatas lantai sehaja, sebab kerusi semua penuh dengan pelajar2 dari KUIS. Dalam dewan, Kavi masih menjadi tumpuan pelajar2 lelaki, mungkin kerana kejelitaan beliau, ataupun kerana hanya beliau tidak bertudung. Kejap2 mereka akan mengintai ke belakang untuk mengintai Kavi. Kira ok lah, mereka mengintai Kavi, andai mereka mengintai saya, akan saya cucuk mata mereka dengan lidi bunga telur. Ketika tiba waktu mengira markah, kumpulan Kopratasa memulakan persembahan. Tiba2 Kavi bersuara.

“Eh, ni orang yang kita tangkap gambar tadi kan? diorang ni penyanyi ke?”


“Lor.. Ko tak kenal ke? Bukan main lagi tadi tangkap gambar sama2? Ni la Kopratasa” jawab saya dengan pelik.


“Ntah, tak kenal.. hehehe tak pernah dengar” Jawab Kavi sambil senyum2..


“Tak pernah dengar? Where were you in the 80’s?” Saya tanya dia balik.. kemudian baru saya teringat dia pun lahir tahun 1989. Huh, patutla..


Kemudian, Kopratasa menyampaikan lagu wajib mereka “Masihkah Kau Ingat” Lagu itu ternyata mengembalikan memori saya ketika masih darjah 4 Kenanga pada tahun 1992. Saya pun turut menyanyi bersama. Tapi perlahan2 sahaja, takut orang lain pandang pelik.


Setelah tamat upacara penyampaian hadiah, Kami pun bergegas untuk menjamah makan tengahari. Selesai upacara makan, kami pun pulang ke Uniten..

Sabtu, 24 Mei 2008

Menjelang hari pertandingan akhir..


Hari Jumaat, saya mengambil cuti hari ini, kerana saya perlu menghantar skrip untuk pertandingan akhir pengkisahan kenegaraan peringkat negeri Selangor. Untuk itu, saya perlu pergi ke Jabatan Penerangan di bangunan Darul Ehsan, Shah Alam. Ini adalah kerana mereka menyatakan mereka tidak menerima faksimili saya semalam, atas alasan toner mesin fax mereka kehabisan. Adoi.. Selalunya saya akan tidur setelah usai subuh dan hanya akan bangun jam 9.00am untuk pergi kerja. Tetapi, pagi ini saya perlu berjaga terus dan mengikut ayah saya menghantar Hawa ke sekolah dan terus ke Shah Alam.


Sudah pulang ke rumah, dan sudah selesai solat Jumaat, saya menerima SMS dari Zul


“Kul bape nak gerak?” Zul bertanya untuk tahu pukul berapa saya mahu pergi ke Uniten untuk latihan terakhir.


“skang pun ok” balas saya ringkas. Setelah tiada balasan lain, saya menjangka bahawa itu lah persetujuannya. Pokcik juga mesej saya dengan soalan berikut:


“bila nak gerak? Jgn lupe amik aku”


Saya balas, “jap lagi Zul sampai kot” Waktu di jam ketika itu menunjukkan 2.35pm.



Saya bergegas berkemas, memakai pakaian sesuai, menyusun atur pakaian ke dalam beg, menyisir rambut, dan juga makan tengahari dengan segera. Setelah siap semua dan yakin tiada barang yang tertinggal, saya terus duduk di kerusi hadapan TV untuk menenangkan fikiran. Saya sabar menanti Zul sambil menonton TV.




Jam sudah menunjukkan 3.45pm, zul masih tak kunjung tiba, dan tiada khabar berita. Pokcik pun sudah mula SMS saya. Akhirnya, saya terus tanya Zul, dan balasannya adalah




“aku dalam keta ni, baru gerak” Jam 4.00pm




Saya terus mengSMS Kavi untuk mengambil barang2 prop di bilik Astena, kerana takut tak sempat ambil nanti. Pokcik juga sudah membebel mengatakan bahawa beliau sangat lapar dan tak mandi lagi. Hahahha. Akhirnya, kami sampai di Uniten pada jam 5.45pm. Setelah itu saya terus SMS kavi untuk membawa beliau sekali menjenguk tempat kami akan bertanding esok, iaitu Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).




Sebab pokcik sudah tak tahan lapar, dalam perjalanan kami singgah di gerai2 kuih tepi jalan Uniten untuk membeli alas perut. Puas mata melilau, tiba2 saya dan Zul ternampak sebentuk objek yang agak jarang dijumpai iaitu kerepek bayam goreng tepung. Atas dari nasihat Zul yang meyakinkan, saya pun membeli lah makhluk itu 1 ringgit.




Baru 2-3 kunyah makhluk itu, saya sudah mula terasa nak muntah. Perghh.. saya tak boleh terima rasa dia. Cendawan goring tepung yang Pokcik beli juga mematahkan selera beliau. Kavi juga tak mahu makan bayam yang saya hulur, sambil mengkekek mengetawakan saya. Sepanjang perjalanan saya, mulut asyik menceritakan ketidaksedapan makhluk itu, sambil sekali-sekala saya usaha kunyahkan juga, kerana takut membazir. Setiap kali saya suap, saya rasa nak muntah dan kawan2 lain juga kata tak payah la makan, tapi saya tetap berdegil. Layan juga kadang2 walaupun rasa nak muntah. Maklumlah, saya kan degil.. Hehehehe..




Setelah sampai ke KUIS, kami melilau mencari dewan auditorium mereka. KAmi melakukan survey pentas dan lokasi. Sedang asyik duduk dalam dewan, perut saya mula meragam dan saya mula mencari tandas. Saya tidak jumpa sesiapa untuk bertanya arah, dan akhirnya terjumpa 2 lelaki berkulit hitam, mungkin dari benua Afrika. Saya memberi salam, dan mulakan pertanyaan..




“brother, do you know where is the toilet?” saya bercakap inggeris.




“sorry, what?” dia kembali bertanya




“toilet? Do you know?” dia seperti tidak faham..




“toilet?.. er.. washroom? ..” dia masih terpinga2..




Lalu saya menunjukkan gaya membasuh muka.. “washroom? Toilet? Tandas?” saya ulang.. perut pun sudah mula bergelocak..




“Owh.. you mean thandas?” dia mengulang dengan pelat dialeknya…




“Yes!!” At last.. tandas baru dia faham rupanya, bangga saya dia faham sebutan Melayu sahaja rupanya.. pelik betul.. Setelah itu, beliau bersungguh2 menunjukkan saya arah tandas yang berdekatan, memang dia seorang yang baik dan peramah. Tidak sempat pula saya bertanyakan nama beliau. Terasa kurang sopan pula saya. Setelah selesai urusan tandas, saya segera menunaikan asar di masjid KUIS itu. Waktu juga sudah hampir maghrib. Selesai sahaja solat, saya dan Zul menangkap gambar panorama indah senja sekeliling masjid itu. Setelah itu, kami bergegas pulang ke Uniten, memandangkan kami belum lagi pernah berlatih untuk hari esok.. hehehehehe




Setelah sampai di Uniten, ketika jam lebih kurang 8.00pm, kami berlatih di Imrish Café. Sebuah café yang terletak berhampiran perpustakaan. Saya maghrib dahulu di surau bawah tanah itu, dan selesai sahaja solat, saya mula bergegas mencari tandas. Itulah penangan makan bayam tadi. Nasib baik tandas dekat. Akhirnya, kami mula berlatih jam 9.00pm dan habis jam 10.00pm.. fuh.. hanya 1 jam untuk pertandingan esok. Habis je latihan, kami terus meluncur laju pergi ke restoran rahsia yang selalu menjadi markas kami di kg sungai merab untuk makan malam.




Selesai makan, kami terus pulang ke bilik Apis dan Os, malam ini kami tidur di bilik mereka. Akhirnya, saya pun tidur dengan berselimutkan selimut warisan Maharaja Zhao yang memang ada disimpan untuk acara2 istimewa.. hehehehe

Jalan Raja Chulan dan 3 bungkus nasi lemak.

Hari Rabu yang lalu, hari kerja saya bermula dengan agak kelakar. Ketika saya dan Pokcik mencecah sahaja ruangan Danau Kota, ketika kami mencari parking, kami lihat dari dalam kereta, grill pejabat kami masih berkunci. Motor Abang Mat Noh pun tiada di persinggahan motornya seperti selalu. Sesedah mendapat parking yang jauh dan boleh menyuamkan sendi lutuk kami berjalan ke pejabat.

Setelah puas kami bersama mengatur langkah ala derap komandu menuju ke pejabat, kami lihat Asraf masih duduk diam di restoren bawah pejabat, berwajah sugul dan dengan milo ais yang tinggal suku gelas di atas meja.

“Oih.. tak masuk ofis lagi ke?” Sapa saya dengan sopan..

“Kunci lagik..” Balas beliau dengan sopan-sopan malas..

Walaupun jam sudah menunjukkan pukul 10.05, kami terus duduk semeja dengan Asyraf dan memesan kopi. Sebentar kemudian, Zul pun tiba ingin mencampuri urusan kami.

“Apsal tak naik lagi?” Zul bertanya dengan tangan menarik kerusi untuk terus duduk. Atas sebab saya yang sedang sibuk meniup bibir cawan bagi menyejukkan kopi, saya juihkan sahaja bibir menunjuk kearah grill yang masih berkunci. Ternyata Zul berpuas hati sambil memesan roti canai.

Sedang enak Zul mengunyah roti canai, telefon bimbit beliau berbunyi. Dengan tangan berminyak, dia pantas mengangkat telefon.

“ya… dah sampai dah… ada kat bawah ni.. kunci.. ntah? Ye ke.. Tak tau… Oh, Ok ok..”

Begitulah antara bait2 perbualan telefon yang saya dengar.

“Apsal Zul?” Kami bertanya..

“Boss dah sampai la rupanya.. dia suruh naik.. jap lagi dia turun bukak grill” Jawab Zul sambil tersengih manis.

Lor… Kami bingkas bangun dan bersiap, kami menuduh Ikram dari studio foto bawah pejabat kami yang telah mengunci grill. Menuduh sambil membebel untuk meyakinkan hati kami bahawa kami tidak bersalah.

Apabila kami naik, tugas sudah tersedia. Hari ini kami perlu standby untuk dihantar menolong Abang Mat Noh membuat servis di Telekom Jalan Raja Chulan. Ketika kami dalam keadaan sedia, tiba-tiba Boss masuk bilik kami.

“Atas meja ada nasi lemak, makan lah” Ujar beliau.

Wah, ini sudah bagus, jimat duit untuk makan tengahhari nanti. Tapi, setelah kami menyelak bungkusan itu, terlihat cuma ada 3 bungkus sahaja, sedangkan ada 4 manusia berperut dragon menanti untuk menyambar nasi itu. Ok lah, hanya pokcik mempunyai perut mengkarung. Tapi, masih 3 untuk 4. Jadi, kami beriktikad untuk membeli sebungkus lagi nasi demi keadilan dan kesaksamaan. Kami pun keluar ketika waktu lunch untuk membeli nasi.

Sedang bergembira mencari nasi, Boss menelefon Zul. Ternyata perjalanan murni mencari nasi kami terhenti disitu. Kami dikehendaki membawa sebuah monitor kepada Abang Mat Noh di Jalan Raja Chulan. Perjalanan diteruskan ke Jalan Raja Chulan. Bukan setakat monitor sahaja, kami juga membawa 3 bungkus nasi lemak itu supaya tidak berlaku pembaziran. Dalam kereta, tanpa banyak cerita, saya membedal sampai habis 1 bungkus. Mereka yang lain masing2 masih malu2 untuk makan dan Pokcik kata, dia nak makan dekat gerai sana sahaja.

Macam biasa, apabila ada percantuman gelombang otak antara saya dan Pokcik, pasti kami akan sesat. Kami sudah lalu dihadapan bangunan Telekom itu, tapi sebab kami terlepas jalan, kami hanya tiba di sana setelah berpusing2 sekitar pusat Bandar 20 minit kemudian akibat tersalah jalan. Heheheheh. Sampai sahaja, Abang Mat Noh sudah menunggu sambil menghisap rokok tanda kebosanan. Kami terus mengambil pas pelawat di bilik pengawal dan naik ke tingkat 9.

Setelah selesai, kami perlu membawa pulang 3 buah monitor yang disyaki rosak Sun workstation yang disyaki rosak untuk diperiksa dan diperbaiki. Kami fikirkan sama sahaja seperti monitor biasa. Setelah diangkat, Ya Rabbi… Ya Zal Jalal li Wal Ikram! Berat nak mampus.. rasa macam nak terkelepet bahu dibuatnya. Kami mengangkat montor itu turun tanpa senyum, tetapi tersengeh bodoh sambil tercungap-cungap.

Setelah selesai mengangkat monitor, kami bersama-sama Abang Mat Noh bergegas ke gerai mamak berhampiran untuk makan tengahari paa jam 4pm. Mereka semua makan, dan saya Cuma minum sahaja. Bukan kerana diet atau memilih, tetapi kerana masih kenyang dialaskan dengan nasi lemak tadi.

Sampai kembali ke markas pejabat kami di Danau Kota, kami terus berusaha mengangkat monitor itu yang seberat anak gajah gamaknya. Sudahlah terpaksa meredah hujan, kerana Zul parking jauh. Terpaksa pula naik tangga pejabat sebanyak 3 tingkat. Sampai sahaja diatas, kami terus bergegas untuk pulang tanpa memedulikan keletihan yang melanda. Ini kerana kami malas jika tiba-tiba masih ada kerja menanti kami.. heheheh

Ketika saya sudah bersedia duduk sopan didalam kereta Zul, baru kami perasan ada 2 bungkus lagi nasi lemak yang tidak terusik. Saya terus mengujarkan persoalan kepada Zul ketika Zul sedang tekun memandu kereta.

“Weh nasik ni nak buat apa?” tetapi, sebelum sempat Zul buka mulut untuk menjawab, saya sudah mula membuka bungkusan itu dan mula mengidu2 penuh yakin.

“Oit, tak basi ke?” Ujar Zul separa ketakutan. Mungkin takut kereta beliau busuk, atau takut saya meninggal dunia keracunan makanan di dalam keretanya, atau takut saya makan sorang2..

Sudah habis menghidu, saya menjalankan ujian rasa pula.. sesudu.. dua sudu.. tiga sudu.. tiga puluh lapan sudu… Akhirnya nasi lemak itu habis juga.. Setelah nasi itu habis, baru saya kembali bersuara.

“Hmm.. ada rasa macam nak basi sikit..” hehehehe

Akhirnya, kami pun sampai ke rumah dengan selamat, dan ketika sampai di rumah, saya memesan agar Zul membuang nasi yang sebungkus itu lagi.. hehehehe

Rabu, 21 Mei 2008

Petang yang terbakar

Setelah menghabiskan masa tanpa disedari di pejabat tadi, maklum lah, kerje beb. Tapi padahal saya rasa lebih menjurus pada aktiviti merepek dan bertungkus-lumus menyiapkan gubahan skrip untuk pertandingan akhir pengkisahan peringkat negeri Selangor Sabtu ini. Hehehhe Akhirnya saya adalah orang yang terakhir keluar dari bilik pejabat kami. Pokcik dan abang Noh awal2 dah turun tangga. Si Asyraf pulak terhegeh2 naik balik tangga. Tertinggal beg la pulak dia. Dah berapa kali ntah. Apa raa..

Sampai je kaki saya menjejakan kaki ke lantai terbawah, hidung kecil ini terbau asap yang sangat kuat. Saya lihat diluar pintu bangunan, agak berjerebu. Tinggal abang Noh keseorangan sedang menghalau kucing kurap yang tidur di motornya.

“Eh? Apa asap ni? Mana Pokcik?” Saya tanya dengan santun.

“Dah berlari.. laju mencicit dia ke sana dah.” Jawab abang Noh sambil menunjukkan kea rah punca asap kepul2 dari arah selatan, hujung blok bangunan itu.

Baru saya teringat, tadi Pokcik parking kereta dia dekat2 area situ. Saya sebagai seorang yang bersifat agak jakun, terus mengajak Zul sekali untuk pergi ke sana menangkap gambar. Untuk keselamatan dan kemalasan, kami pergi dengan menaiki kereta Zul. Sepanjang perjalanan kami menempuh asap yang sangat tebal seperti perasaan juruterbang pesawat concorde melanggar kepulan awan komolonimbus.

Setelah sampai, kami lihat, pasukan bomba yang gagah perkasa sedang bertarung dengan kemarakan api di kawasan padang lapang tepi bangunan. Percubaan menewaskan kebakaran mereka tampak agak sukar, kerana cuaca petang itu agak panas. Api masih marak dan asap masih berkepul2. Saya dan Zul terus mengambil pusingan U-turn, untuk kembali ke kawasan kebakaran kerana kami tidak berpuas hati kerana gagal untuk menangkap gambar kereta bomba.

Setelah dapat menangkap gambar dari sudut sukar, kami pun bergerak untuk pulang. Dalam kebakaran itu, kereta Pokcik telah menjadi mangsa dan terbakar. Pokcik pun sangat bersedih dan runsing tidak tahu hendak buat apa. Lantas kerajaan negeri Selangor atas dasar prihatin terus memberi Pokcik sebiji kereta bomba sebagai ganti rugi kebakaran, semoga dapat meringankan beban Pokcik. Pokcik pun mula tersenyum. Akan tetapi, senyum itu tidak lama.. Setelah siasatan terperinci dibuat, ternyata kawasan kebakaran itu bukan di bawah naungan negeri Selangor, tetapi adalah di bawah kuasa Wilayah Persekutuan. Lantas, kereta bomba pokcik terus dirampas oleh pihak bandaraya… hehehehehe

Pisang rastali, petang dan cekodok

Petang ahad itu, seperti biasa sebab kesuntukan benda untuk diperbuatkan, saya mula lah menjenguk-jenguk keadaan di ruang makan. Ketika melilau mencari bahan hiburan atau bedalan, saya ternampak satu objek yang saya amat kenal bentuknya, tetapi lain pula sifatnya hari ini



“Mak.. pisang ni elok lagi ke? Tak nak buang ke?”

“Apa pulak nak buang? Elok lagi lah tu” Emak membalas selamba

“Elok apokobondo eh.. dah hitam legam ni haa”

Jawab saya penuh yakin. Maklumla, selama ini pisang yang saya makan semuanya kuning2 terang benderang, penuh sinar sahaja kulitnya.

“Itu pisang rastali la.. memang hitam, kulit je hitam tu, tapi isi dia putih. Sedap pisang tu, dia tak manis sangat. Dia lemak2 sikit.”….. Penerangan jelas penuh sabar dari seorang ibu kepada anak bujangnya yang kadang kala agak lembab sedikit.

Setelah menjawab “owh..” saya terus mengambil sebiji untuk dikunyah. Ternyata kata Mak memang benar. Lemaknya gemalai memenuhi ruang rongga mulut, dan empuk dikunyah, apabila ditelan menuruni rongga halkum, air mata pun hampir mengalir.. hehehehe..

Oleh kerana petang itu, Kak Ina bertandang membawa anak2 nya yang comel-comel belaka, saya sebagai pemegang tugas sukarelawan tetap, duduk di berandah luar rumah. Ini adalah bagi memudahkan tugas saya untuk memantau permainan Ila dan Non yang bergilir2 bermain basikal di halaman rumah. Adalah perlu untuk mengawasi mereka agar kisah sedih petaka yang menimpa adik Nurin dan Sharlinie takkan berulang lagi. Sambil2 memerhatikan meraka, saya seperti biasa akan memerhati juga alam nan indah untuk menenangkan kepala yang sarat. Pandang langit, pandang burung, pandang semut, tiup semut.. Pandang laying-layang.. yang masih terbang di udara dan juga yang sudah tersangkut 3 bulan di wayar eletrik rumah saya. Memang bagus suasana petang itu, boleh juga saya dapat ilham untuk gubah skrip nanti.

Sedang asyik termenung, tiba2 Cacah menjenguk keluar pintu, memerhati kiri dan kanan.

“Pak Di, nenek dah masak cekodok..” itu lah kata2 hikmat yang terkeluar dari mulut kanak2 comel itu.

Tanpa berlengah, dari mulut saya yang agak comel juga terpacul satu ayat berbentuk arahan.. “Cah, tengok kejap Non ngan Ila ni.. Pak Di masuk kejap..”

Jelas sekali, tindakan saya itu adalah untuk membedal cekodok panas yang terhasil dari gabungan gula, tepung gandum dan tidak lupa pisang rastali tadi, yang dilenyek sekata, tanpa kompromi.. dan di akhiri dengan gorengan celup dalam minyak panas.. Maka terhasillah satu hasil seni lemak manis, rangup diluar, empuk didalam.. huh, bisa meruntuhkan kalbu.. hehehehe

Sabtu, 17 Mei 2008

Muzik pagi sabtu - The Cure ~ Close to me

Lagu yang unik, sehinggakan paderi turut menari..

keju semalam.. ok la, 2 malam.. yela yela dah seminggu kot luar peti ais


Jam dah lebih 15 minit terlebih dari waktu formal pulang kerja kami, 4.00pm. Macam biasa, bila dah takde kerja, saya akan memandai-mandai mencari kerja. Saya mula merayau ke bilik boss. Dalam bilik tu, Zul pulak leka main PC boss. Saya malas nak mengacau dia yang cuba berahsia meluahkan cetusan hatinya dengan memblog. Jadi saya menghiburkan diri sendiri dengan melilau, meresek dan mencari objek atau bahan untuk berhibur.

Lalu saya terpandang sebiji tupperware yang terletak elok diatas rak buku. Dah dekat seminggu rasanya tupperware tu ada kat situ. Semenjak boss membawa keluar peti ais dari biliknya Isnin lalu, sejak tu la tupperware tu ada.

“weh roti ni nak buat apa Zul?” mulut saya manis memutar soal.

“buang lah.. dah basi kot..” balas Zul dengan malas.

“biar aku cek dulu lah” kata saya dengan penuh courios.

Saya bukak tupperware tu, periksa setiap inci roti dengan teliti. Puas cek dengan mata, cek dengan hidung pulak. Sniff..sniff.. saya hidu. Tiada kulat dan tiada unsur syirik dijumpai. Saya tersengih. Dibawah 2 keping roti itu pula ada sekeping keju yang masih tidak terusik. Permeriksaan yang sama saya jalankan terhadap keju itu. Sengih saya bertambah runcing.. keju pun masih bermaruah sahaja sifatnya.

“weh elok lagi ni Zul..”

“ye ke? Makan la.. memang elok lagi la tu kot.. roti tu dah bakar sikit tu, pastu simpan pulak dalam tupperware kedap udara, bilik pun aircond pulak”

Ceh.. Panjang lebar pulak jawapan Zul yang agak convincing nih. Nak sikit la tuh. Saya terus membuka keju, diapit dengan roti, lalu.. ngap! Masuk mulut.. kunyah2.. telan. Rasa dia pun masih ok. Zul yang terliur pun mintak sikit. Saya yang mempunyai nilai kemanusiaan pun memberi Zul roti itu untuk sekunyah dua.


Dah habis makan, mesti lah rasa nak minum. Dah la keju, memang kembang gak la tekak. Zul pulak bedal habis air dalam botol tu. Malas pulak nak keluar dari bilik nak carik air. Jadi, saya memilih untuk minum dari mineral pot dalam bilik tu. Pherghhhhh! Dia punya rasa, macam air tasik siyut... dua teguk je saya larat minum.

Petang itu, dalam perjalanan ke Uniten, perut saya mula bergelocak. Rasa nak kentut tapi tak boleh kentut. Bukan tak boleh pasal Zul tak bagi kentut dalam kereta dia, tapi memang usus saya petang tadi main2 pulak. Masuk je gate utama Uniten, gelocak semakin mendadak. Kentut mula keluar bertalu2 dengan nada yang sepi. Nasib baik sampai MPH. Nak gi toilet dalam segan, pasal ada org rehearsal untuk dinner esok. Akhirnya, saya menunaikan hajat besar di toilet perempuan belakang MPH. Kat belakang tu, toilet perempuan lebih bersih dan mengagumkan.. hehehehehe

Makan tengahari lepas Jumaat

Lepas usai solat Jumaat di masjid kem tentera Wardieburn, macam biasa, kami terus mengejar cita-cita murni untuk memenuhi ruang perut. Kami nak makan tengahari. Kali ni kami makan di tempat biasa, sebuah medan selera ditengah2 pusat Danau Kota. Takde lagi dah niat nak mengada2 cuba makan kat tempat lain. Nanti tak pasal2 jadi macam minggu lepas, konon2 nak tukar selera, nak cuba kedai lain, jauh sikit konon.. Ambik kau, saya makan sepinggan nasi berlauk paru goreng dan sayur ulam, kena RM 6.80. Hampir tecirit melihat bil yang diselitkan bawah pinggan oleh gadis pelayan yang agak manis itu. Kalau gerai ekslusif, saya boleh bertolak ansur.. ini kat simpang jalan, atas tar, basuh tangan pun atas longkang je.. hadoi.. hahahahah

Sampai je kat gerai biasa, terus radar mata dengan cekap meneliti segala lauk yang berkenan dengan nafsu. Selalunya saya akan makan ikan keli bakar atau goreng beserta ulam dan sambal serta sedikit kuah gulai. Akan tapi hari ini macam nak tukar selera. Bukan apa, saja nak mengada2.. saya ni kan memang mengada2.. hahaha.. Lagipun, saiz ikan keli pada hari ini kurang memberansangkan dan ulam yang tinggal hanyalah pucuk raja yang kurang saya gemari.

Jadi saya memilih untuk mengambil kurma ayam, sayur taugeh dan sedikit sambal (syarat wajib). Namun setelah suku pinggan menala nasi, saya merasakan sesuatu kekurangan disitu. Macam kurang kick ass!.. adakah mungkin kerana saya mudah bosan akan rasa ayam…. Ataupun hidangan hari ini mengingatkan saya kepada menu biasa ketika saya masih belajar di sekolah asrama.. huhuhuhu.. menyampah..

Walaupun begitu, hidangan itu tetap saya bedal sehingga tamat riwayatnya.. hehehe

Jumaat, 16 Mei 2008

Putri yang terbuang

Owh.. akhirnya tamat jugak siri kesukaan majoriti ahli rumah saya malam tadi. Siri yang mengambil masa 11.00 – 12.00 malam itu sentiasa menjadi bahan wajib tonton di rumah. Aduh… akhirnya tamat jugak.. lepas ni boleh la saya tengok HBO ngan Star Movies pulak tanpa
halangan.. ni, tengah sedap2 cerita kena tukar Astro Prima..

Yes! Yes! Habis……

Apa? Lepas ni ada cerita lain? Intan la pulak……..

Tangga


Dah selesai membuang hajat besar menggunakan tandas horror @ angker, serta dipenuhi dengan elemen damn! di rumah bernombor 4-11-1, saya meneruskan usaha saya menelaah video2 yang sudah temaktub dalam youtube. Terima kasih pada mereka yang rajin berhempas pulas memuatnaikkan video2 itu. Lantas asyik menikmati lenggokan tarian dan lunakan suara Mulan Jameela mendendangkan lagu ‘makhluk tuhan paling sexy’. Oh.. oh.. oh..

Tiba2 pintu dibuka dan kelihatan Sheikh pulang dengan sebungkus bihun ditangannya. Dia berpeluh2 dan tercungap2 lesu. Itu adalah waktu pulang dari kerja yang normal bagi Sheikh iaitu jam 8.00am. Walaupun tercungap2, namun dia masih mampu tersenyum mesra seperti biasa.

“Aduh.. Lif rosak siyut! Sampai kul 11” kata Sheikh.

Lif rosak adalah perkara biasa ketika saya masih adalah penghuni tetap di Teratai Mewah. Nasib baik lah hari ini saya akan hanya menuruni tangga sahaja, walau 11 tingkat, namun menuruni tangga takdelah menewaskan stamina saya. Takpela, boleh eksesais sikit.

9.45am saya dan Pokcik mula meninggalkan 4-11-1 untuk ke tempat kerja. Sampai je di muka tangga bersebelahan dengan lif, sudah terlihat hasil tamadun manusia yang indah menghiasi muka tangga – sebungkus sampah dibungkusi plastic transparent. Didalamnya siap ada pampers budak terpakai.. aduh, situ je buang taik anak? Mentang2 lif rosak, tangga jadi tong sampah diorang.


Dalam perjalanan menuruni tangga, kami sempat berbual2 dengan kakak2 cleaner yang sedang melepaskan lelah di tangga itu, maklumlaa.. tangga tu tinggi.. “dia urang kok buang sampah rata2 sih” kakak tu cakap. “ini kerja orang tak bertamadun!” kata Pokcik.. agak ahh.. setiap tingkat pasti ada sampah kat ruang tangga. “dik! Jaga2..! ada orang buang beer kat lantai tu..” pesan kakak lagi sorang kat saya..

Huh! Mabuk pandai.. tak pandai habiskan.. kalau tak habis pun, buang la elok2.. apa punya bodoh.. Nasib baik saya tak pijak.. kalo tak mungkin tergelincir pasal licin.. atau tergelincir pasal kaki saya mabuk.. ahahahahah..

Khamis, 15 Mei 2008

pagi di teratai mewah


hari ini saya bangun pagi.. ya, memang agak pagi dari biasa, jam 7 dan saya tidak tidur balik. selalunya saya akan bangun jam 9.00 pagi memandangkan saya masuk kerja jam 10.30am. bangun pagi, tapi tak buat apa2 pun.. tengok internet, cek email, layan YM, layan video2 kat you tube, dan tak keluar langsung dari teritori tilam sheikh yang saya tumpang untuk mengecapi nikmat tidur malam tadi. keluar je dari tilam pun atas dasar perasaan nak terberak yang amat kemuncak.... hehehehe. tapi sebelum melangkah ke tandas, saya sempat singgah ke berandah. di berandah, saya melihat panorama yang telah lama tidak saya kecapi.. melihat pasar pagi dari berandah yang tinggi... dari atas, saya terasa seperti penguasa bumi yang memerhati dari langit.. sambil2 tu saya mengusyar2 mana lah tahu ada amoi2 manis yang membeli katak atau itik di pasar.. lalu kenyataan kembali, saya tersedar saya perlu berak.. hehehe adios!

Rabu, 14 Mei 2008

semalam di teratai mewah

malam ni saya tidur di apartment teratai mewah, sebuah apartment yang tak semewah namanya tapi penuh dan kaya dengan memori. malam ni saya tumpang rumah azhar n pokcik, perghh dah lama tak tido sini, teringat zaman belajar kat kolej dulu, bangun pagi pun pasal terdengar peniaga pasar dibawah bising tawar menawar dan menyembelih katak.. malam ni saya ingat nak pinjam internet azhar sebenarnya, nak chat dengan pa'an.. tapi keadaan pa'an tak mengizinkan malam ini.. jadi saya menikmati internet je la jawabnya...

~Kenangan gembira tahun 2003 di teratai mewah~


hadi kembali.... kali ini lebih sensasi! hahahah


Hello people! Apa khabar? Assalamualaikum.. perghh lama gile beb saya tak menulis kat blog macam ni, last pun tahun 2006 kat blog lama saya, lidahhadi.blogspot.com. macam sibuk sangat je.. agak sibuk ah sebenarnya, dengan belajar tak habis-habis, dengan kelab, dengan hiburan kendiri lagi, dengan internet takde kat rumah, ayah saya tak nak masukkan line telefon kat rumah, pasal dulu adik saya gayut sampai dekat rm 1000, pastu tak nak bayar.. huh, malas lah nak cakap banyak pasal telefon, lagipun kat rumah sekarang semua dah pakai handphone masing2.. nak pakai yang wireless broadband, leceh, lagipun saya selalu je tak cukup duit, nanti tak bayar, kena potong lagi.. dah tak cool. Kenapa tiba2 nak menulis lagi nih? Huhuhuhu.. sebab tetiba je rasa banyak benda yang ternampak, teralami, terkecapi, pastu hilang macam tu je, dah tak ingat dah.. memori saya sejak kebelakangan ni macam ram murah zaman sdram dulu2 laa.. kejap je hilang, pasal hati dah tak suci kot.. hahahahha… nanti saya sambung lagi, pasal saya nak mandi..