Lepas usai solat Jumaat di masjid kem tentera Wardieburn, macam biasa, kami terus mengejar cita-cita murni untuk memenuhi ruang perut. Kami nak makan tengahari. Kali ni kami makan di tempat biasa, sebuah
medan selera ditengah2 pusat Danau Kota. Takde lagi dah niat nak mengada2
cuba makan kat tempat lain. Nanti tak pasal2 jadi macam minggu lepas, konon2 nak tukar selera, nak
cuba kedai lain, jauh sikit konon.. Ambik kau, saya makan sepinggan nasi berlauk paru goreng dan sayur ulam, kena RM 6.80. Hampir tecirit melihat bil yang diselitkan bawah pinggan oleh gadis pelayan yang agak manis itu. Kalau gerai ekslusif, saya boleh bertolak ansur.. ini kat simpang jalan, atas tar, basuh tangan pun atas longkang je.. hadoi.. hahahahah
Sampai je kat gerai biasa, terus radar mata dengan cekap meneliti segala lauk yang berkenan dengan nafsu. Selalunya saya akan makan ikan keli bakar atau goreng beserta ulam dan sambal serta sedikit kuah gulai. Akan tapi hari ini macam nak tukar selera. Bukan apa, saja nak mengada2.. saya ni kan memang mengada2.. hahaha.. Lagipun, saiz ikan keli pada hari ini kurang memberansangkan dan ulam yang tinggal hanyalah pucuk raja yang kurang saya gemari.
Jadi saya memilih untuk mengambil kurma ayam, sayur taugeh dan sedikit sambal (syarat wajib). Namun setelah suku pinggan menala nasi, saya merasakan sesuatu kekurangan disitu. Macam kurang kick ass!.. adakah mungkin kerana saya mudah bosan akan rasa ayam…. Ataupun hidangan hari ini mengingatkan saya kepada menu biasa ketika saya masih belajar di sekolah asrama.. huhuhuhu.. menyampah..
Walaupun begitu, hidangan itu tetap saya bedal sehingga tamat riwayatnya.. hehehe
1 ulasan:
wahh.. tanganku ade.. hhaha.. bile mase lak ko amik gambar.. x sedar aku..
Catat Ulasan