Isnin, 26 Mei 2008

Walaupun kami tak menang, kami tetap hot! Hehehehe



*Untuk maklumat lanjut, sila ke kerabatastena.blogspot.com

Keputusan pertandingan pengkisahan kenegaraan ternyata tidak memihak kepada kami, tapi kami tetap rasa berbaloi dengan usaha kami dan juga latihan kami yang hanya 1 jam. Hehehe.



Kami berkongsi tempat ke 4 dengan markah 75.5. tapi agak seronok juga, pengalaman seperti ini bukannya selalu dapat kami rasa. Terima kasih pada Paan kerana memberi peluang kepada kami, dan ini seperti membuka peluang lebih dalam untuk mencuba pelbagai benda selagi kami masih terlarat. Saya juga berpuas hati kerana dapat melihat wajah2 manis ibarat bidadari, pelajar2 perempuan di KUIS itu. Teringin saya untuk menegur, tapi tak berani, kerana mereka pun memandang pelik melihat kami. Hehehe.

Walaupun kami kalah, tapi kami puas kerana berjaya menghiburkan penonton dan membuatkan mereka tertawa. Setelah tamat persembahan, kami semua merayau2 keliling auditorium itu. Seperti pe’el biasa kami, kami mesti menangkap gambar dengan pelbagai pose. Setelah puas bergambar, saya ternampak wajah2 manusia yang agak saya kenali. Ya, tanpa dijangka, saya ternampak Siso dan Sani Sudin dari kumpulan Kopratasa. Tanpa berfikir panjang, saya terus meramahkan diri, menegur sapa mereka, dan meminta izin untuk menangkap gambar. Kavi juga turut bersama saya bergambar dengan abang2 Kopratasa itu. Memang saya seronok dapat bersalaman dan berbual mesra dengan mereka. Mereka juga hadir sebagai artis jemputan untuk hari itu.



Kemudian, kami semua berkumpul dan beristirahat di bilik rehat yang disediakan. Kami menghabiskan masa dengan mengunyah ikan bilis dan kacang goreng, baki untuk nasi lemak pagi tadi. Mereka juga membedal kuih2 udang dengan penuh nikmat. Hanya saya sahaja tidak berani menyentuh kuih udang itu sebab takut masuk hospital. Allergic, hehehe.. Saya hanya mengunyah kuih kasui dingin yang tidak beberapa sedap, tetapi agak layan dikunyah.


Setelah itu, kami kembali duduk di dalam auditorium, duduk diatas lantai sehaja, sebab kerusi semua penuh dengan pelajar2 dari KUIS. Dalam dewan, Kavi masih menjadi tumpuan pelajar2 lelaki, mungkin kerana kejelitaan beliau, ataupun kerana hanya beliau tidak bertudung. Kejap2 mereka akan mengintai ke belakang untuk mengintai Kavi. Kira ok lah, mereka mengintai Kavi, andai mereka mengintai saya, akan saya cucuk mata mereka dengan lidi bunga telur. Ketika tiba waktu mengira markah, kumpulan Kopratasa memulakan persembahan. Tiba2 Kavi bersuara.

“Eh, ni orang yang kita tangkap gambar tadi kan? diorang ni penyanyi ke?”


“Lor.. Ko tak kenal ke? Bukan main lagi tadi tangkap gambar sama2? Ni la Kopratasa” jawab saya dengan pelik.


“Ntah, tak kenal.. hehehe tak pernah dengar” Jawab Kavi sambil senyum2..


“Tak pernah dengar? Where were you in the 80’s?” Saya tanya dia balik.. kemudian baru saya teringat dia pun lahir tahun 1989. Huh, patutla..


Kemudian, Kopratasa menyampaikan lagu wajib mereka “Masihkah Kau Ingat” Lagu itu ternyata mengembalikan memori saya ketika masih darjah 4 Kenanga pada tahun 1992. Saya pun turut menyanyi bersama. Tapi perlahan2 sahaja, takut orang lain pandang pelik.


Setelah tamat upacara penyampaian hadiah, Kami pun bergegas untuk menjamah makan tengahari. Selesai upacara makan, kami pun pulang ke Uniten..

Tiada ulasan: