Sabtu, 24 Mei 2008

Menjelang hari pertandingan akhir..


Hari Jumaat, saya mengambil cuti hari ini, kerana saya perlu menghantar skrip untuk pertandingan akhir pengkisahan kenegaraan peringkat negeri Selangor. Untuk itu, saya perlu pergi ke Jabatan Penerangan di bangunan Darul Ehsan, Shah Alam. Ini adalah kerana mereka menyatakan mereka tidak menerima faksimili saya semalam, atas alasan toner mesin fax mereka kehabisan. Adoi.. Selalunya saya akan tidur setelah usai subuh dan hanya akan bangun jam 9.00am untuk pergi kerja. Tetapi, pagi ini saya perlu berjaga terus dan mengikut ayah saya menghantar Hawa ke sekolah dan terus ke Shah Alam.


Sudah pulang ke rumah, dan sudah selesai solat Jumaat, saya menerima SMS dari Zul


“Kul bape nak gerak?” Zul bertanya untuk tahu pukul berapa saya mahu pergi ke Uniten untuk latihan terakhir.


“skang pun ok” balas saya ringkas. Setelah tiada balasan lain, saya menjangka bahawa itu lah persetujuannya. Pokcik juga mesej saya dengan soalan berikut:


“bila nak gerak? Jgn lupe amik aku”


Saya balas, “jap lagi Zul sampai kot” Waktu di jam ketika itu menunjukkan 2.35pm.



Saya bergegas berkemas, memakai pakaian sesuai, menyusun atur pakaian ke dalam beg, menyisir rambut, dan juga makan tengahari dengan segera. Setelah siap semua dan yakin tiada barang yang tertinggal, saya terus duduk di kerusi hadapan TV untuk menenangkan fikiran. Saya sabar menanti Zul sambil menonton TV.




Jam sudah menunjukkan 3.45pm, zul masih tak kunjung tiba, dan tiada khabar berita. Pokcik pun sudah mula SMS saya. Akhirnya, saya terus tanya Zul, dan balasannya adalah




“aku dalam keta ni, baru gerak” Jam 4.00pm




Saya terus mengSMS Kavi untuk mengambil barang2 prop di bilik Astena, kerana takut tak sempat ambil nanti. Pokcik juga sudah membebel mengatakan bahawa beliau sangat lapar dan tak mandi lagi. Hahahha. Akhirnya, kami sampai di Uniten pada jam 5.45pm. Setelah itu saya terus SMS kavi untuk membawa beliau sekali menjenguk tempat kami akan bertanding esok, iaitu Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).




Sebab pokcik sudah tak tahan lapar, dalam perjalanan kami singgah di gerai2 kuih tepi jalan Uniten untuk membeli alas perut. Puas mata melilau, tiba2 saya dan Zul ternampak sebentuk objek yang agak jarang dijumpai iaitu kerepek bayam goreng tepung. Atas dari nasihat Zul yang meyakinkan, saya pun membeli lah makhluk itu 1 ringgit.




Baru 2-3 kunyah makhluk itu, saya sudah mula terasa nak muntah. Perghh.. saya tak boleh terima rasa dia. Cendawan goring tepung yang Pokcik beli juga mematahkan selera beliau. Kavi juga tak mahu makan bayam yang saya hulur, sambil mengkekek mengetawakan saya. Sepanjang perjalanan saya, mulut asyik menceritakan ketidaksedapan makhluk itu, sambil sekali-sekala saya usaha kunyahkan juga, kerana takut membazir. Setiap kali saya suap, saya rasa nak muntah dan kawan2 lain juga kata tak payah la makan, tapi saya tetap berdegil. Layan juga kadang2 walaupun rasa nak muntah. Maklumlah, saya kan degil.. Hehehehe..




Setelah sampai ke KUIS, kami melilau mencari dewan auditorium mereka. KAmi melakukan survey pentas dan lokasi. Sedang asyik duduk dalam dewan, perut saya mula meragam dan saya mula mencari tandas. Saya tidak jumpa sesiapa untuk bertanya arah, dan akhirnya terjumpa 2 lelaki berkulit hitam, mungkin dari benua Afrika. Saya memberi salam, dan mulakan pertanyaan..




“brother, do you know where is the toilet?” saya bercakap inggeris.




“sorry, what?” dia kembali bertanya




“toilet? Do you know?” dia seperti tidak faham..




“toilet?.. er.. washroom? ..” dia masih terpinga2..




Lalu saya menunjukkan gaya membasuh muka.. “washroom? Toilet? Tandas?” saya ulang.. perut pun sudah mula bergelocak..




“Owh.. you mean thandas?” dia mengulang dengan pelat dialeknya…




“Yes!!” At last.. tandas baru dia faham rupanya, bangga saya dia faham sebutan Melayu sahaja rupanya.. pelik betul.. Setelah itu, beliau bersungguh2 menunjukkan saya arah tandas yang berdekatan, memang dia seorang yang baik dan peramah. Tidak sempat pula saya bertanyakan nama beliau. Terasa kurang sopan pula saya. Setelah selesai urusan tandas, saya segera menunaikan asar di masjid KUIS itu. Waktu juga sudah hampir maghrib. Selesai sahaja solat, saya dan Zul menangkap gambar panorama indah senja sekeliling masjid itu. Setelah itu, kami bergegas pulang ke Uniten, memandangkan kami belum lagi pernah berlatih untuk hari esok.. hehehehehe




Setelah sampai di Uniten, ketika jam lebih kurang 8.00pm, kami berlatih di Imrish Café. Sebuah café yang terletak berhampiran perpustakaan. Saya maghrib dahulu di surau bawah tanah itu, dan selesai sahaja solat, saya mula bergegas mencari tandas. Itulah penangan makan bayam tadi. Nasib baik tandas dekat. Akhirnya, kami mula berlatih jam 9.00pm dan habis jam 10.00pm.. fuh.. hanya 1 jam untuk pertandingan esok. Habis je latihan, kami terus meluncur laju pergi ke restoran rahsia yang selalu menjadi markas kami di kg sungai merab untuk makan malam.




Selesai makan, kami terus pulang ke bilik Apis dan Os, malam ini kami tidur di bilik mereka. Akhirnya, saya pun tidur dengan berselimutkan selimut warisan Maharaja Zhao yang memang ada disimpan untuk acara2 istimewa.. hehehehe

Tiada ulasan: