Selasa, 4 Januari 2011

Selamat datang 2011!


Gambar ihsan Zul

Assalamualaikum!

Lama tak jumpa kan? Alhamdulillah, dapat juga saya selamat menempuh tahun 2010. Tempoh setahun memang panjang sebenarnya, tapi rasa macam baru semalam sahaja saya menyambut tahun baru 2010. Tup tup hari ni dah 2011. Sudah 4 hari berlalu dalam tahun 2011 ni rupanya. Laju sahaja kan? Tanda kiamat dah dekat ni.

Sedap juga sepanjang tahun 2010 dulu. Macam-macam pengalaman dapat, macam-macam saya buat, macam-macam juga saya dapat. Ada yang manis, ada yang pahit. Banyak yang pahit sebenarnya, tapi nampak macam manis. Kira manis juga lah tu. Ah! Peduli apa kan? Pengalaman semua tu. Kalau tak rasa sendiri, tak tahu. Pengalaman memang banyak mengajar dan mendewasakan. Mematangkan fikiran seperti permatang padi yang ranum. Apa benda pulak merepek ni?

Banyak perancangan berjaya, dan banyak juga yang gagal. Tapi tak kisah lah. Alhamdulillah untuk semua yang terjadi. Banyak benda yang saya tak pernah rasa sejak lahir, dapat saya rasa.

Saya sudah dapat rasa pergi luar negara. Singapura kira luar negara lah kan? Saya sudah merasa naik kapal terbang, merasa naik roller-coaster, merasa masuk Sunway Lagoon, merasa makan teppanyaki, merasa memandu sendiri ke Terengganu, Johor dan Melaka, merasa ada kereta sendiri, merasa pergi Sarawak dan macam-macam rasa lagi.

Alhamdulillah, saya juga bersyukur atas segala kurnia Ilahi yang melimpah ruah sekeliling saya. Mungkin rahmat ini tidak pernah saya sedari dan hargai satu masa dahulu. Saya ada keluarga yang saya sayang, sahabat-sahabat setia yang sentiasa ada tatkala diperlukan, kawan-kawan sekeliling yang menyeronokkan, emosa pendosa yang saya sayang, makwe-makwe yang tidak menyakitkan hati, rezeki yang berterusan dan juga hati yang masih bebas dan akal yang waras.

Alhamdulillah..

Banyak lagi yang boleh diceritakan sebenarnya, harap-harap sempat di lain kali. Memang betul, demi masa, sesungguhnya manusia kerugian...

Selamat tinggal 2010! Selamat datang 2011!

Biarkan aku terbang dengan jiwaku! Oyeah!