Hari Rabu yang lalu, hari kerja saya bermula dengan agak kelakar. Ketika saya dan Pokcik mencecah sahaja ruangan Danau Kota, ketika kami mencari parking, kami lihat dari dalam kereta, grill pejabat kami masih berkunci. Motor Abang Mat Noh pun tiada di persinggahan motornya seperti selalu. Sesedah mendapat parking yang jauh dan boleh menyuamkan sendi lutuk kami berjalan ke pejabat.
Setelah puas kami bersama mengatur langkah ala derap komandu menuju ke pejabat, kami lihat Asraf masih duduk diam di restoren bawah pejabat, berwajah sugul dan dengan milo ais yang tinggal suku gelas di atas meja.
“Oih.. tak masuk ofis lagi ke?” Sapa saya dengan sopan..
“Kunci lagik..” Balas beliau dengan sopan-sopan malas..
Walaupun jam sudah menunjukkan pukul 10.05, kami terus duduk semeja dengan Asyraf dan memesan kopi. Sebentar kemudian, Zul pun tiba ingin mencampuri urusan kami.
“Apsal tak naik lagi?” Zul bertanya dengan tangan menarik kerusi untuk terus duduk. Atas sebab saya yang sedang sibuk meniup bibir cawan bagi menyejukkan kopi, saya juihkan sahaja bibir menunjuk kearah grill yang masih berkunci. Ternyata Zul berpuas hati sambil memesan roti canai.
Sedang enak Zul mengunyah roti canai, telefon bimbit beliau berbunyi. Dengan tangan berminyak, dia pantas mengangkat telefon.
“ya… dah sampai dah… ada kat bawah ni.. kunci.. ntah? Ye ke.. Tak tau… Oh, Ok ok..”
Begitulah antara bait2 perbualan telefon yang saya dengar.
“Apsal Zul?” Kami bertanya..
“Boss dah sampai la rupanya.. dia suruh naik.. jap lagi dia turun bukak grill” Jawab Zul sambil tersengih manis.
Lor… Kami bingkas bangun dan bersiap, kami menuduh Ikram dari studio foto bawah pejabat kami yang telah mengunci grill. Menuduh sambil membebel untuk meyakinkan hati kami bahawa kami tidak bersalah.
Apabila kami naik, tugas sudah tersedia. Hari ini kami perlu standby untuk dihantar menolong Abang Mat Noh membuat servis di Telekom Jalan Raja Chulan. Ketika kami dalam keadaan sedia, tiba-tiba Boss masuk bilik kami.
“Atas meja ada nasi lemak, makan lah” Ujar beliau.
Wah, ini sudah bagus, jimat duit untuk makan tengahhari nanti. Tapi, setelah kami menyelak bungkusan itu, terlihat cuma ada 3 bungkus sahaja, sedangkan ada 4 manusia berperut dragon menanti untuk menyambar nasi itu. Ok lah, hanya pokcik mempunyai perut mengkarung. Tapi, masih 3 untuk 4. Jadi, kami beriktikad untuk membeli sebungkus lagi nasi demi keadilan dan kesaksamaan. Kami pun keluar ketika waktu lunch untuk membeli nasi.
Sedang bergembira mencari nasi, Boss menelefon Zul. Ternyata perjalanan murni mencari nasi kami terhenti disitu. Kami dikehendaki membawa sebuah monitor kepada Abang Mat Noh di Jalan Raja Chulan. Perjalanan diteruskan ke Jalan Raja Chulan. Bukan setakat monitor sahaja, kami juga membawa 3 bungkus nasi lemak itu supaya tidak berlaku pembaziran. Dalam kereta, tanpa banyak cerita, saya membedal sampai habis 1 bungkus. Mereka yang lain masing2 masih malu2 untuk makan dan Pokcik kata, dia nak makan dekat gerai
Macam biasa, apabila ada percantuman gelombang otak antara saya dan Pokcik, pasti kami akan sesat. Kami sudah lalu dihadapan bangunan Telekom itu, tapi sebab kami terlepas jalan, kami hanya tiba di
Setelah selesai, kami perlu membawa pulang 3 buah monitor yang disyaki rosak Sun workstation yang disyaki rosak untuk diperiksa dan diperbaiki. Kami fikirkan sama sahaja seperti monitor biasa. Setelah diangkat, Ya Rabbi… Ya Zal Jalal li Wal Ikram! Berat nak mampus.. rasa macam nak terkelepet bahu dibuatnya. Kami mengangkat montor itu turun tanpa senyum, tetapi tersengeh bodoh sambil tercungap-cungap.
Setelah selesai mengangkat monitor, kami bersama-sama Abang Mat Noh bergegas ke gerai mamak berhampiran untuk makan tengahari paa jam 4pm. Mereka semua makan, dan saya Cuma minum sahaja. Bukan kerana diet atau memilih, tetapi kerana masih kenyang dialaskan dengan nasi lemak tadi.
Sampai kembali ke markas pejabat kami di Danau
Ketika saya sudah bersedia duduk sopan didalam kereta Zul, baru kami perasan ada 2 bungkus lagi nasi lemak yang tidak terusik. Saya terus mengujarkan persoalan kepada Zul ketika Zul sedang tekun memandu kereta.
“Weh
“Oit, tak basi ke?” Ujar Zul separa ketakutan. Mungkin takut kereta beliau busuk, atau takut saya meninggal dunia keracunan makanan di dalam keretanya, atau takut saya makan sorang2..
Sudah habis menghidu, saya menjalankan ujian rasa pula.. sesudu.. dua sudu.. tiga sudu.. tiga puluh lapan sudu… Akhirnya nasi lemak itu habis juga.. Setelah nasi itu habis, baru saya kembali bersuara.
“Hmm.. ada rasa macam nak basi sikit..” hehehehe
Akhirnya, kami pun sampai ke rumah dengan selamat, dan ketika sampai di rumah, saya memesan agar Zul membuang nasi yang sebungkus itu lagi.. hehehehe
1 ulasan:
hahaha.. pecah perut membaca..
Catat Ulasan