Ahad, 1 Februari 2009

Kena Tag ~ Gambar dan suasana

Saya kena tag oleh Mastot yang busuk.

Nasib baik tag yang ni agak menarik, kalau tak, jangan harap la nak buat! Ahahahahah!

Dah la dalam Bahasa Inggeris, Dengan izin ya..


1. A picture of you at the most unique environment.

Describe the environment:

Malam itu, Saya dan Cicak bergambar di hadapan gergasi-gergasi yang pelik melihat manusia normal seperti kami yang merayau di waktu malam, di Taman Tasik titiwangsa. Gambar ini diambil dalam tahun 2006. Sekarang, gergasi itu sudah tiada



2. A picture of you at somewhere you dislike

Describe why you dislike that place:

Ini gambar makan-makan sempena tamatnya persembahan teater "Selendang Milik Laila". Ingatkan hebat sangatlah makan kat sini. Makan kat William's. Overrated sangat tempat nih. Ini semua Ewok punya pasal. Tak berbaloi la tempat ni. Jauh, mahal, berbau pulak tuh! HaHAHAHA


3. A picture of you with someone who means a lot to you.

Who is that person and what did that person do to you before?

Mak, Ayah, dan seluruh adik beradik. Itu sahaja. Ini sahaja gambar yang satu keluarga ada dalam gambar. Inilah keluarga saya. Hari Raya 2008. Hari lain, jangan harap nak ada gambar sama-sama. Masing-masing susah nak dikumpul sekaligus. :)


4. A picture of you with your best smile (mouth open).

Why were you smiling?

Nak tangkap gambar, memang lah selalu senyum. Tapi senyuman kali ni terlebih nganga pulak. Ini adalah antara gambar saya tersenyum lebar dengan mulut ternganga. Gambar ini diambil di Muzium Kesenian Islam, Kuala Lumpur pada tahun 2007.


5. A picture of you with your best smile (mouth closed)

Were you posing or smiling naturally?

Saja je nak cuba senyum mulut tutup. Terasa macam terencat akal pulak. Gambar ini masa main gamelan buat kali terakhir di Uniten. Tahun 2008. Ya, kali terakhir dalam Uniten.



6. A picture of you with your lamest pose.

Why?

Dah tengah malam sangat kot, pukul 3.00am. Pergi lepak dan menangkap gambar kat atas bukit Ampang. Bersama ahli-ahli Jason Vorhees. Kadak dan Daus. Tahun 2007


7. A picture of you with some toys or cute stuff

What were you with?

Patung Bubbles! dari "Powerpuff Girls". Dalam kereta Jaja, tahun 2008. Dulu kami adalahPowerpuff Girls, Jaja - Blossoms, Tehah - Buttercup, Saya - Bubbles. Jaja dan Tehah yang merekrut saya dan memandai-mandai bagi pangkat. :)


8. A picture of you in blue shirt.

Why were you wearing blue instead of other color?

Fuh, punya lah susah nak cari gambar pakai baju biru. Selalunya saya hanya pakai baju hitam. ini pun biru gelap. Tak tau hari tu kenapa tercapai nak pakai baju biru. Kira nasib laa. Ini gambar di Chicken Hartz, Sunway Pyramid. Tahun 2007.


9. A picture of you with a sad face

What happened that day?

Itu adalah antara hari-hari yang sedih dalam perjalanan hidup saya. Biasa lah, ada hati, mesti lah ada kesedihan. Walau saya jarang bersedih. Malam itu saya keluar di Putrajaya ditemani Amir dan Asrina. Tahun 2008.


10. A candid picture of you n your friends.

Do you look good in it?

Muka macam sememeh sikit la. Tak sedar bila Faris ambik gambar ni. Jalan-Jalan Zoo tahun 2008. Keletihan dan kecewa pasal tak dapat tengok beruang.

Tiada ulasan: