Ahad, 29 Mac 2009

Ini ke yang orang cakap mulut tempayan?

Besar betul mulut Mamat ni...



Agak-agak, kalau dia bercakap, air liur dia bersepah tak?

Semalam bergelap lebih dari sejam rasanya...


Semalam saya bersatu hati dengan pecinta bumi.
Saya menikmati kegelapan di Kota Bharu.. :)

Sabtu, 28 Mac 2009

Mati di mana?


"Jangan bawak aku pergi hospital. Aku tak nak mati dalam hospital! Baik mati di tali gantung dari mati seorang dalam hospital. Kalau mati di tali gantung, ada orang ajar mengucap. Kalau di hospital, lagi nazak nak mati, lagi dada ditekan-tekan..."

~Allahyarham Tok Burok, 1985.

Pada tahun itu juga, Allahyarham meninggal dunia di Hospital Pesakit TB (kini klinik respirotari) Kuala Lumpur.

Khamis, 26 Mac 2009

Mandi dan kejuruteraan awam

Setelah bangun dari satu proses hibernasi yang panjang, saya terus mencapai tuala.

Terus pergi mandi?

Tak... duduk depan komputer dulu, layan Mafia Wars sepam dua, layan mereka-mereka di YM, dan yang paling penting, semak Facebook. Perghh.. saya sudah menjadi semakin terpengaruh dengan dunia popular! consume! consume! Saya masih salahkan Farah yang mempengaruh!

Dengan tuala masih terlilit di leher, saya semakin asyik melekat depan komputer. Ini semua pasal mereka-mereka yang menjebakkan saya bermain Mafia Wars. Tak lupa juga bahana sebab Daus yang buat saya ketagih baca blog seorang lagi pesara Hardcore nih.

Sedang asyik mengira duit juta-juta dalam akaun, tau-tau dah azan Zuhur. Eh! tadi rasanya bangun gelap lagi... Masa memang berlalu dengan kejam. Lagipun, suasana dalam bilik Ammzar memang enak dan dingin.

Oh ya, saya menumpang di bilik Ammzar buat masa ini untuk menyiapkan projek. Perjanjian pertumpangan sudah termetrai apabila saya menghantas mesej "on bilik" ke nombor Ammzar.

Bila sedar akan hari mula meninggi, dengan pantas, menanggalkan pakaian, masuk bilik air Ammzar. (Walaupun bilik ammzar macam bilik orang gaji, tapi dia ada bilik air sendiri.)

Paip dibuka, dan seperti biasa, mesti nyanyi punya... Lagu pilihan untuk mandi pagi (pagi? Dah tentu azan Zuhur tadi) itu adalah "Smile in your sleep" oleh Silverstein.

Belum sampai rangkap ke empat, saya mula terjerit lari tona. Key pun lari entah ke mana. Bukan pasal naik syeh... Tapi terperanjat. Air yang mula-mula dingin, tiba-tiba panas.

Panas sangat sampai nak melecur rasanya kulit. Terutama bila kena bahagian sulit. Panas! Fuhh.. Merah tu! Apahal boleh tiba-tiba panas ni? Ajaib?


Ammzar la nih! Tau la pancuran buatan sendiri, tapi... Mana punya kejuruteraan dia pakai. Lalu tingkap.. Memang patut la air tu panas. Dah paip tu terjemur... Huh! Esok tak nak mandi tengahari!

Selasa, 24 Mac 2009

Engkau kah?


Sumpah! Senyuman dia memang manis.

Dia mempunyai rupa yang biasa sahaja. Tapi, bila dia senyum, metafora pun meliar. Macam-macam kau cakap.

Kau bukan tak tau, kalu pertama kau jumpa dia je, kau dah mula terpaku tengok dia. Tapi, macam biasalah. Kau selalu mengaku, memang cepat jatuh cinta, tapi paling lama pun, tak sampai 24 jam. Esok kau dah mula lupa, yang kau pernah jatuh cinta. Konon-konon macam lirik lagu Sweet Charity, "Raja Kumbang".

Kau memang kental. Bukan layan sangat bab kasih asmara, jiwa bergelora, hati terkesima, intan payung, duli cinta kuasa, sayugia badai kassorga, putus sudah kasih sayang, mekarmu tasik jiwa, nigina... Kau memang kental.

Konon laa....

Tapi, kali ni lain. Setiap kali dia senyum, kau pun mula keras. Terpaku dan terdiam. Macam orang spastik pun ada, diam bodoh, tengok je dia senyum. Orang keliling kau pun rasa pelik tengok kau macam tu. Kadang-kadang jijik pun ada. Apa gila, dari rancak berborak, tergelak bahak, tiba-tiba terdiam senyum macam badut. Semata-mata kau kagum melihat senyum dia menguntum. Nasib baik air liur kau tak meleleh keluar. Mau kena tempeleng gamaknya. Tapi...

Sumpah! Senyuman dia memang manis.

Kau sendiri tahu, kau memang agak cerewet dan memilih dalam bab kejelitaan ni. Selera kau pun selalunya tak sama dengan orang lain. Kau seorang je yang awal-awal lagi dah memartabatkan yang dia tu cantik, dengan sekali usha. Orang lain kena tengok banyak kali, fikir dua tiga hari, tengok balik kat gambar, baru nak mengaku yang dia tu cantik. Baru nak kecoh.

Kalau kebanyakan orang lain, tengok sekali memang tak pandang lagi dah. Ada yang kata macam jantan lah, selekeh lah, serabai lah, macam-macam lah yang diorang cakap. Kau, siap kagum, siap berangan, siap terbayang-bayang lagi senyuman dia tu. Siap bawak lagi topik pasal senyuman dia tu masa lepak minum dengan kawan-kawan. Apa dah jadi dengan kau ni? Tapi...

Sumpah! Senyuman dia memang manis.

Kau memang pegang kuat pada prinsip "Kecantikan adalah pada mata yang melihat". Pada siapa yang tak faham, bagi kau, kecantikan adalah tidak sama bagi semua yang melihat. Macam contoh Amir kata Kelly Rowland cantik, ramai kata tak. Zul kata Azizah Mahzan cantik, ramai kata tak. Kau kata Sherie Merlis cantik, ramai kata tak. Itu semua pandangan masing-masing. Orang memang tahu, kau mengamalkan konsep hak dan kebebasan individual.

Kau sanggup buat lawak paling bodoh, bukan kelas kau, semata-mata nak tengok dia senyum. Kau dah mula sanggup buat lawak yang nampak sangat nak menarik perhatian gadis-gadis depan kawan-kawan kental kau. Kau dah lupa, dia bukan macam gadis biasa. Kau sendiri pun, dah lama tak mengeluarkan kenyataan yang "Senyuman dia memang manis". Rasanya, dah 8 tahun kau tak berhadapan dengan senyuman yang semanis kau sendiri iktirafkan.

Kau memang berani dan gila. Tapi, kau akan jadi pengecut dan bodoh depan gadis yang berjaya mencairkan hati kau. Terutamanya apabila senjata dia hanya sekuntum senyuman. Mula lah terdiam, kontrol macho. Tak sudah-sudah lagi, kau mula lah, khayal sendirian. Mulut pun mula diselang-selikan dengan zikir puisi cinta. Penuh dengan metafora. Kau ingat kau siapa? Omar Khayyam? Tolonglah... Tasbih kifarah pun tak pernah hafal. Tapi...

Sumpah! Senyuman dia memang manis.

Kau sanggup buat apa sahaja nak tengok dia. Nak tengok dia senyum secara lebih spesifik. Walau kau masih tak pasti dengan oriantasi seksual dia. Walau kau masih tak pasti dengan citarasa dia. Walau kau tak pasti kau sendiri sudah mahu bercinta? Kau memang kental, terutamanya bila kau berani keluarkan kenyataan "Aku sanggup jadi pondan kalau dia nak"

Sudah lah tu brader! Kembali balik ke akal sihat kau. Memang betul orang kata, kau ni nampak je rock, tapi hati bentuk "love". Poyo nak mampus! Sudah lah wei... Apa guna simpan hati, kalau tak berani? Tapi...

Sumpah! Senyuman dia memang manis.



Isnin, 23 Mac 2009

Dialog Majlis Mesyuarat Jumaat (Mac dan Februari)


Choy : Ada satu orang putih, dia tak boleh sebut sangat bahasa Melayu. Bila dia nampak signboard "Serdang", dia sebut "Serdeng". Bila dia nampak signboard "Sepang", dia sebut "Sepeng". Bila dia nampak pisang, dia sebut apa?

Kak Ogy : "Piseng?"

Choy : Apa daa Piseng.... Banana la!


..................................................


Apeng : Dalam banyak-banyak huruf, huruf apa yang paling busuk?

Cicak : Huruf apa?

Apeng memanggil Cicak lebih rapat...

Apeng : Huruf "Haa" (sambil memberi hembusannya di muka Cicak)


..................................................


Cicak : Dalam banyak-banyak pen, pen apa yang paling besar dalam dunia?

Amir : Penis?

Cicak : Apa daa!

Hadi : Habis tu?

Cicak : Peninsular Of Malaysia!


..................................................



Choy : Apa dia, masuk segitiga, keluar gulung-gulung?

Kak Ogy : Apa tu? Entah?

Amir : Alah, Kak Ogy pun mesti ada pakai punya!

Kak Ogy : Apa wei?

Choy : Spender!

Amir : Kalau untuk Bob, tak boleh macam tu. Dia kena masuk petak, keluar gulung-gulung.

Choy : Apasal pulak?

Amir : Bob pakai boxer! Ha ha ha ha!

Hadi : Hampeh!

..................................................

Ahad, 22 Mac 2009

Selipar , shushi dan sterika

"Mana?"

Satu mesej masuk, ditujukan oleh Cicak.

Mesej itu menandakan masuknya waktu dia bosan, atau akan datang ke rumah saya, atau mengajak saya keluar, atau meminta bantuan.

"Ada kat rumah" Saya jawab.

"Apa plan?" Cicak tanya lagi.

"Jom, kacau Amir." Saya lontarkan cadangan.

"Aku balik mandi kejap."

Oh, Cicak terus dari tempat kerja rupanya. Saya terlupa petang itu adalah petang Jumaat. Bermakna, kalau kami tiada hal, kami akan bermesyuarat Jumaat di Jalan Malinja. Saya pun siapkan segala kerja awal, mandi dan selesaikan segala yang tertunggak.

Selepas Isya', Cicak muncul. Tersengih-sengih.

"Pinjam selipar... Selipar aku kena curik siut..."

Tak senonoh punya budak, ada ke patut datang rumah orang berkaki ayam. Nasib baik naik kereta. Lalu saya bagi Cicak pakai pakai selipar ayah saya. Sebab selipar simpanan saya sudah dikebas Rasyid, sepupu saya. Dia bawa ke Melaka.

Dengan selipar ayah saya, kami mula bertolak ke Jusco Setiawangsa, tempat Amir bekerja.

"Aku ingat nak beli sterika lah, nanti dah kawin kena gosok baju." Cicak cakap.

"Haa, elok lah tu, jangan lupa beli selipar sekali.. haha" Saya balas.

Dalam perjalanan, seseorang menelefon Cicak.

"Kawan lama aku call, Kak Ogy, mintak amik dia kat Bukit Bintang."

Apalagi, kami memang pantang bab rayau-merayau ni. Lalu, kami terus bergerak untuk mengangkut Kak Ogy, teman lama Cicak di Bukit Bintang. Gaya mengejar masa, ibarat lelaki buas mencari kupu-kupu malam di Bukit Bintang. Ibarat sahaja tau...

Setelah mengangkut Kak Ogy, kami bergegas untuk menyerang Jusco tempat Amir kerja.

Sudah pukul 10.15... Memang sesuai jika kami mahu membeli makanan pelik-pelik di sana. Maklumlah, makanan seperti roti, kuih, dan sushi biasanya dijual dengan potongan harga yang memuaskan nafsu selepas jam 10.00pm.

Sampai sahaja, kami terus menyerang bahagian makanan pelik-pelik tanpa memberi tabik hormat pada Amir sebagai penjaga kawasan. Oh, kami agak terlambat, kerana banyak makanan yang sudah habis. Melihat pada kaunter sushi, seperti menyelerakan.

Tapi, kali ini saya tidak akan percaya pada nafsu mata. Ini adalah kerana saya sudah beberapa kali hampir termuntah kerana makan sushi. Bukan kerana makan banyak, tapi kerana tidak tahan dengan rasanya. Mual beb. Mungkin kerana saya tidak berdarah Jepun. Atau saya berketurunan pendekar yang bangkit menentang penjajah Jepun satu masa dahulu.

Cicak yang konon-kononnya berdarah separuh kaukasian, mengambil sebekas salad kentang dengan potongan harga 30%. Saya tak berani, kerana ternampak ada potongan-potongan daging ketam dalam salad itu.

Amir pun muncul melihat perangai kami yang kekampungan itu. Kami seperti biasa, bising apabila bertemu, seperti Jusco itu kami yang punya. Bukan ibubapa kami yang punya. Kerana, jika ibubapa kami yang punya, kami tidak akan berani bising. Ibubapa kami garang. Nasib baik kena maki sahaja. Nasib kurang baik kena pelangkung sedas dua.

Kami terus berjalan-jalan dengan bising, sambil menuju ke kaunter untuk membayar. Seperti biasa, mata kami akan meliar melihat-lihat jika ada gadis yang cantik di sekitar itu. Malangnya, pada jam hampir 11.00pm, tiada seorang gadis pun yang berani membeli belah di situ.



Sibuk berkeliaran, barulah kami ternampak bahagian menjual selipar. Sebagai pengguna yang bijak, kami bertiga melakukan analisis dari sudut ekonomi dan fesyen semata-mata hanya untuk membeli selipar Cicak. Jadi, kami telah bersepakat memilih selipar berharga rm2.90, dan bercorak bunga-bunga supaya sedondon dengan seluar pendek yang dipakai Cicak.


Kami terus ke kaunter untuk membayar. Walaupun hanya seorang, kami tetap pergi bertiga. Ini adalah kerana, gadis yang menjaga kaunter itu agak cantik dan amat manis senyumannya. Kami sebagai lelaki budiman, sanggup beratur bersama-sama demi membalas senyuman gadis kaunter itu.

Selesai membayar dan membalas senyuman, kami naik ke tingkat atas pula.

Bukan untuk mencari gadis yang lebih cantik... bukan... jangan cepat mengadili...

Kami mahu mencari sterika pula. Menurut Amir, sebagai wakil majlis di Jusco, barangan elektrik ada di tingkat atas sahaja. Sampai diatas, kerambangan mata melihat barang-barang menjadi-jadi. Banyak juga rupanya jenis sterika.



Sambil sengih-sengih, cicak berkata...

"Beli bulan depan lah, tunggu ada sale"

Kami pun keluar, agak hampa kerana tiada peluang untuk mengurat gadis kaunter lagi.

Oh, terlupa pula pasal Kak Ogy yang kami biarkan bersendirian di luar Jusco.

Angkut Kak Ogy kembali, dan kami terus ke destinasi seterusnya... Majlis Mesyuarat Jumaat.

Sabtu, 21 Mac 2009

Satu kata... GEMPAK!

Bahasa Jiwa Bangsa


Kisah 1

Akibat dari aktiviti seharian berjemur di Taman Tasik Titiwangsa, beberapa minggu yang lalu.. Saya yang selalunya cerah melepak ini bertukar menjadi agak hitam.

Ya, memang hitam... ibarat kuih cekodok yang baru digoreng..

Bukan sahaja hitam, malah agak pedih dan panas-panas.. terutamanya apabila terkena air.

Fenomena itu biasanya dipanggil "sunburn".

Jadi, saya yang mempunyai sifat ingin tahu, dan memang selalunya tidak tahu, terfikir apakah istilah "sunburn" dalam bahasa Melayu.

Oleh kerana saya sudah asyik bermain Facebook, jadi saya meletakkan status saya

"Apa agaknya sunburn dalam Bahasa Melayu?"

Tidak disangka, sahabat saya Shi Yun yang menjumpai maknanya

"sunburn - selar matahari".

Terima Kasih Yun!
..................................


Kisah 2

Saya meneman Kak Ina, dan suaminya, Abang Ramdzan membeli komputer di plaza Low Yatt.

Sedang jurujual berbangsa Cina itu sedang menyiapkan pemasangan perisian pada komputer riba baru Kak Ina, saya dan Abang Ramdzan melihat-lihat bentuk komputer baru itu.

Kami pun agak pelik melihat lubang berjaring besi di sisi komputer riba itu.

"Lubang untuk cucuk apa ni?" Abang Ramdzan bertanya.

"Ini lubang sebaran haba" Jawab jurujual itu.

"Sebaran haba?" Saya bertanya lagi.

"Ya lah" Jurujual itu menyambung kerjanya.

"Oh.. untuk heat transfer" Saya berkata kembali, sambil mula faham.

"Apa la lu cakap, sebaran haba" Abang Ramdzan berkata sabil ketawa.

"Tapi, itu bukan perkataan yang betul ke? Saya belajar itu macam..." Jurujual itu persoalkan kami.

Kami terdiam... Terasa bodoh.. hu hu hu

Rambut? Potong dah...


Akhirnya, setelah semakin rimas dan berserabut, maka rambut pun dipotong...

Pada mulanya saya ingin botak terus, biar ringan.

Tapi, tukang potong peribadi, merangkap pakar rundingan rambut saya, Hakim menghalang niat itu.

Saya ikut sahaja, dia yang potong... malas nak melawan. Hahaha...

Ahad, 8 Mac 2009

Apa - apa hal pun, lari dulu!

Jumaat malam itu, seperti biasa, Cicak mengajak saya untuk bermesyuarat Jumaat.

Tapi malam itu kami keluar awal, kerana Cicak mengajak saya meneman beliau mencari rumah sewa.

Maklumlah, beliau bakal bergelar suami.

Dalam perjalanan, kami singgah di stesyen minyak Shell di Batu 4, Jalan Gombak.

"Henset ni kena bawak, tak boleh tinggal kat dashboard beb, bahaya. Nanti kena ragut"

Cicak bersuara sebelum dia keluar kereta dan masuk ke dalam kedai untuk membayar duit minyak.

Saya hanya tersenyum sambil meneruskan siulan lagu "Senandung Raja Singa" oleh Jamrud, sambil tangan bergendang-gendang mengetuk dinding pintu kereta. Seperti biasa, saya hanya menanti dalam kereta.

Sedang asyik bergendang, tiba-tiba terdengar pembesar suara stesyen itu dipasang kuat.

Kedengaran seperti ada perbualan kasar kedengaran. Saya sangkakan ada pelanggan di pam bergaduh dengan pekerja di kaunter.

Tiba-tiba, saya yang masih asyik bergendang, ternampak Cicak sedang berjalan pantas keluar dari kedai Shell, sambil tersengih dan kening terangkat-angkat. Memang pantas beliau berjalan, seperti berlari-lari anak.

Ada sesuatu di tangan kiri Cicak.

Cicak terus masuk dalam kereta, menghidupkan enjin sambil mulut beliau terkumat-kamit.

"Lari.. Lari.. Sikit lagi je beb.. Selamatkan diri"

"Weh! kata nak isi minyak? Apsal ni?"

Setelah enjin dihidupkan dengan pantas, Cicak bergegas beredar, memecut dari kawasan Shell itu. Mulutnya bersuara kembali.

"Keluar parang beb, Mamat sebelah aku tu. Aku baru je nak bayar kat kaunter. Lepas tu dia mintak duit kaunter."

"Hah?! Ada perompak ke? Biar betul?"

"Betul beb... Parang beb... Real punya! Tara tipu punya! Aku undur slow-slow, sampai pintu aku terus cabut!"

"Rompak betul ni? Aku telefon polis lah"

"Betul! Betul! Telefon! Telefon!"

Dalam masa saya menelefon polis, kami hampir sampai di stesyen minyak BHP Jalan Pahang.

Tiba-tiba terperasan sesuatu yang dibawa Cicak tadi. Atas dashboard.

"Eh.. Ni dah bayar ke belum?"

"Gila ko, mana nak teringat. Aku dah fikir nyawa je tadi."

"Habis tu?"

"Bukak je la, bedal dulu. Esok kita bayar"

Dengan pantas, saya pun membuka bungkusan keropok Twisties itu... Rezeki beb.


Sabtu, 7 Mac 2009

Bahasaku Sayang... 7 Mac.. Saya akan turut berhimpun. Ayuh!


Ya, saya bukan Nasionalis, Politikus, apatah lagi pakar bahasa. Rasis? Jauh sekali.

Anarkis? Nihilis? Anti pembangunan? Sudah lama saya tidak aktif dalam menjana ideologi-ideologi tersebut.

Tapi dalam 9 jam lagi, saya akan turun, berbaju putih, bersama-sama berhimpun bagi menentang dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Saya anti bahasa Inggeris? Tolonglah... Saya lebih membenci Matematik sebenarnya.

Kalau tak percaya, cuba rujuk markah MUET saya.

Saya hormat pada setiap bahasa yang wujud, kerana bahasa adalah akar kepada bangsa.

"Bahasa Inggeris memang perlu kita kuasai, tetapi jangan sampai kita menyerah."

Saya sudah meluat dengan sikap memandang rendah pada Bahasa Melayu.

Saya sudah meluat, apabila kita bercakap Bahasa Melayu, orang akan menganggap kita biasa. Akan tetapi, apabila kita bertutur dalam Bahasa Inggeris, orang akan memandang kita mulia.

Saya sudah meluat, mendengar Melayu sesama Melayu berbual, bercinta, bergurau, dalam Bahasa Inggeris.

Saya sudah meluat, banyak nama-nama jalan dan nama-nama tempat di Malaysia dalam Bahasa Inggeris.

Saya sudah meluat, melihat Bahasa Melayu hanya dipenuhi dengan sukukata-sukukata Inggeris yang disalah eja. Seperti Bajet, Presint, termasuk juga Politik.

Tahukah anda?

Francois Valentyn mencatitkan dalam bukunya Aud en Nieuw II Del V bahawa pada akhir abad 17 dan abad ke 18, Bahasa Melayu adalah bahasa yang paling bermartabat di seluruh kota pelabuhan di kepulauan Melayu. Jika seseorang tidak mengetahui Bahasa Melayu seolah-olah dia tidak mengerti apa-apa pun.

Bahasa Melayu telah mendapat perhatian luar biasa seawal tahun 1522.

Antonio Pigafetta, seorang pelayar berbangsa Itali dari Vicenta telah menyusun sebuah kamus kecil hasil penjelajahannya di laut Melayu selama tiga tahun.

Kamus tersebut bernama Vokabell De Quedti Populi Mori.

Pigafetta belayar bersama pelaut Barat yang tersohor si Ferdinand Magellan.

Tentu, daftar kata Melayu itu hanya berjumlah 400 patah perkataan tetapi ia membuktikan bahawa bahasa Melayu adalah sebuah bahasa yang agung dan perkasa hingga menggiurkan orang Barat.

Bahasa Melayu adalah bahasa tamadun.

Sejak zaman Srivijaya lagi kedaulatan Bahasa Melayu amat utuh tak digugat sama sekali.

Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa kuliah agama Buddha di sebuah pusat pengajian Seriwijaya zaman abad ketujuh.

Ini dirakamkan oleh pendeta Cina I Tsing.

Merdeka kah kita, apabila Bahasa pun sudah hilang daulatnya?

Merdeka kah kita, apabila kita sendiri malu dengan Bahasa Melayu?

Begitu banyak perkataan Melayu yang dilupakan, seperti Belasungkawa, Kendatipun, Usai, dan juga Tungau??!!

Jangan sampai Bahasa Melayu menemui ajal seperti tulisan Jawi.

Saya sendiri sudah merangkak-rangkak untuk membaca dan menulis Jawi.

Ayuh! Mari berhimpun! Mari membantah! Mari bersuara! Kita jumpa lagi 9 jam!




Jumaat, 6 Mac 2009

Kena Tag ~ 100 Kebenaran

Saya kena tag oleh Farah Tots.. Gila lah panjang tag kali ni.

100 Truths

001. Real name -- Abdul Hadi bin Abdul Razak.
002. Nickname(s) -- Adi, Bob, Bustamam, Kombat, Komrad.
003. Zodiac sign -- Virgo, Tahun anjing (kalau zodiak Cina).
004. Male or female -- Lelaki sejati.
005. Elementary School -- Tadika Ihkam, Taman Ibukota.
006. Primary School -- Sekolah Kebangsaan Gombak Utara.
007. High School -- Sek. Men. Methodist (A.C.S) Klang, Sek. Men. Keb. Gombak Setia.
008. Hair color -- Hitam.
009. Long or short -- Sekarang ni pendek je, rimas dah kalau nak buat afro.
010. Loud or Quiet -- Bergantung pada kadar perasaan dan ukur jiwa.
011. Sweats or Jeans -- Jeans la... semestinya tiruan dari Thailand.
012. Phone or Camera -- Telefon berkamera.
013. Health freak -- Ha Ha Ha Ha! tengok keadaan jugak, kalau hampir maut, kena jaga-jaga.
014. Drink or Smoke -- sXe for life sayangku...
015. Do you have a crush on someone -- Mungkin tidak
016. Eat or Drink -- Makan sambil minum la, baru perut buncit kaw kaw punya.
017. Piercings -- Dulu ada kat telinga kiri, ngan bibir. Tapi dua-dua tu pun palsu
018. Tattoos -- Pernah dulu buat, kat lengan kiri. Tapi pakai inai India tu. Hawa yang buatkan.

HAVE YOU EVER?

019. Been in an airplane? -- Tak pernah! ha ha ha ha!
020. Been in a relationship? -- Malas nak ingat balik, berapa ramai yag dikecewakan.
021. Been in a car accident ? -- Pernah babeh.
022. Been in a fist fight ? -- Pernah.... tapi puluhan tahun yang lalu.

FIRSTS:
023. First piercing -- Yang palsu tu.. pakai masa lepas SPM, tahun 2000
024. First best friend -- Umur 5 tahun. Atan anak Makcik Rodi.
025. First award -- Nombor 1 darjah 1 Hijau, SKGU
026. First crush -- Entah..
028. First big vacation -- Pergi Port Dickson satu keluarga, termasuk arwah Datuk, Arwah Nenek, Makcik, Pakcik, sepupu sepapat semua. Masa tu saya masih pakai lampin.

LASTS:
029. Last person you talked to -- Hakim
030. Last person you texted -- Soraya
031. Last person you watched a DVD with -- Hakim
032. Last food you ate -- Bihun goreng ngan ikan talapia goreng cili padi.
033. Last movie you watched alone -- Flyboys
034. Last song you listened to -- Thinking Of You ~ Katie Perry... Ketagih beb.
035. Last thing you bought -- Semalam, air asam jawa suam.
036. Last person you hugged -- Faiz, budak teater. Perpisahan lepas teater Jebat.

FAVES:

037. Food -- Banyak beb, asalkan halal, dan bukan makanan laut. Tapi ikan boleh.
038. Drinks -- Air suam dan kopi. Bukan Starbucks!
039. Clothing -- Yang selesa dan lambat kotor.
040. Flower -- Saya suka lavender...
042. Colors -- Kalau baju, hitam sahaja.
043. Movies -- Asal bukan yang ada hantu atau potong² nampak daging.
044. Subjects -- Paling suka Sejarah dan Agama (he he he he)

IN 2008 I:

045. [x] kissed someone -- Cium kat mana?
046. [ ] celebrated Halloween -- tak pernah. mengarut ah.
047. [ ] had your heart broken -- hati gua keras beb..
048. [ ] went over the minutes/texts on your cell phone. << tak paham laaa?
049. [x] someone questioned your sexual orientation << pernah
050. [ ] came out of the closet -- tak
051. [ ] gotten pregnant -- perut buncit dah 20 tahun
052. [ ] had an abortion -- Gilo apo?
053. [x] done something you've regretted -- Semestinya pernah
054. [x] broke a promise -- pernah gak
055. [x] hid a secret -- pernah juga
056. [x] pretended to be happy -- biasala, nak jaga hati...
057. [x] met someone who changed your life -- banyak kali.
058. [ ] pretended to be sick -- Oh, selalunya time sekolah dulu, sekarang tidak lagi..
059. [ ] left the country -- tak pernah.
060. [x] tried something you normally wouldn't try and liked it. -- Pernah, banyak benda dah.
061. [ ] cried over the silliest thing -- takde dah...
062. [ ] ran a mile -- berjalan ada la.
063. [x] went to the beach with your best friend(s) -- Pergi Teluk Cempedak!
064. [x] got into an argument with your friends -- memang selalu.
065. [x] hated someone -- ada dah list.
066. [x] stayed single the whole year -- selalu sangat.

CURRENTLY

067. Eating -- Jambu batu.
068. Drinking -- Tak minum sekarang.
069. I'm about to -- Mandi, dah nak maghrib
070. Listening to -- Silverstein - Smashed Into Pieces
071. Plans for today -- Buat kerja sikit, pastu mesyuarat jumaat.
072. Waiting for -- Maghrib
073. Want kids -- Mesti la, nak kekalkan keturunan.
074. Want to get married -- Tengok dulu.. ha ha ha
075. Careers in mind -- Kerjaya yang banyak merayau.

WHICH IS BETTER WITH A GUY/GIRL?

076. Lips or eyes -- Dari mata jatuh ke hati.
077. Shorter or taller -- tak kisah
078. Romantic or spontaneous -- Ni dah masuk soalan pasal apa pulak sebenanya nih?
079. Nice stomach or nice arms -- Apa daa. Tapi perut Agnes Monica macam best
080. Sensitive or loud -- Sukahati lah.
081. Hook-up or relationship -- Apa beza 2-2 tu?
082. Trouble-maker or hesitant -- Mesti la tak nak masalah.

HAVE YOU EVER:

083. Lost glasses/contacts -- Tak pakai pun..
084. Snuck out of your house -- Masa kecik² ada la.
085. Held a gun/knife for self defense -- tak payah. Kata ada hikmat "api syurga meragut lalang"
086. Killed somebody -- tak pernah.
087. Broken someone's heart -- Dulu, masa menolak cinta Natalie Imbruglia.
088. Been arrested -- RAHSIA :P
089. Cried when someone died -- 3 kali sayang...

DO YOU BELIEVE IN:
090. Yourself -- Mesti lah!
091. Miracles -- YA! Saya percaya!
092. Love at first sight -- YA! Dan cinta itu akan pergi bersama angin yang lalu!
093. Heaven -- Mesti!
094. Santa Claus -- Tak
095. Sex on the first date -- Tak.. Still, sXe for life sayang!
096. Kiss on the first date -- Entah.. haha!

TRUTHFULLY:
097. Is there one person you want to be with right now -- Oh Mat Aris! Tolong! Projek!
098. Are you seriously happy with where you are in life -- Saya bersyukur seadanya...
099. Do you believe in God ? WAJIB!

100. Post as 100 truths and tag 12 people -- yang ni saya dah malas.. hehe

Khamis, 5 Mac 2009

Kena Tag ~ Jika ..... Kenapa?

Saya kena tag oleh Onny, juga seorang rakyat Negara Gombak

Nowadays, there're so many "IF".. "WHY" there're so many "IF"?!
.
.
1. If you can be an animal, what will you be?! Why?!

~ Semestinya saya akan memilih untuk menjadi Helang! Sememangnya saya emang suka menjadi helang dari kecil lagi. Mungkin kerana saya terpengaruh dengan siri TV "Manimal".


2. If you robbed the bank, what do you want to do with the money?! Why?!

~Kalau saya sudah berani merompak bank, itu bermakna saya sudah tidak kira lagi hukum halal atau haram. Sudah pasti saya akan menggunakan wang itu sehabis-habisnya. Sama ada membiayai pasukan pengganas saya, atau membeli rumah di pinggir laut Casablanca.


3. If you can teleport yourself to any places in the world, where do you want to be? Why?!

~Teleport? Sudah tentu saya akan berkeliaran tanpa had sempadan. Seperti saya akan ke Kutub Utara hanya semata-mata untuk mengambil ketulan ais, memetik kurma di Oman semata-mata untuk berbuka puasa, lepak di Australia untuk memakan stik kangaroo, dan lepak di jepun untuk bergurau nakal bersama Maria Ozawa.


4. If you are in X-Men or Brotherhood of Evil Mutants, who are you in the team? Why?!

~Mungkin saya akan menjadi Professor X. Kerana saya memang malas untuk bertarung sendiri. Lebih mudah mengarahkan sahaja dari rumah, sambil menonton TV. Dan watak ini memang bersesuaian dengan kebijaksanaan saya.. ha ha ha ha!


5. If you know that you are dying, what is the last meal that you want?! Why?!

~Saya akan meminta sedulang penuh dengan makanan laut seperti Ketam, Kupang, Udang, Sotong Gurita, Udang Kara, dan pelbagai lagibinatang bercengkerang. Ini adalah kerana saya alah dan boleh maut jika makan makanan laut. Jadi, alang-alang dah nak mati, biar mati kerana makan.


6. If you can kill only 1 person in this world, who is that person?! Why?!

~Sorang je? Gila tak menarik. Hmm... Saya akan membunuh seorang ustaz yang saya sudah lupa nama dia. Ustaz apa entah, yang mengajar di sekolah Methodist A.C.S Klang, ketika saya Tingkatan 2, tahun 1996. Ustaz itu pernah melempang saya sehingga berdarah kelopak mata saya, walaupun saya tidak melakukan kesalahan yang dituduhnya. Celaka!


7. If you can choose either want to have more than 24 hours a day or can live more than 100 years, what is your choice?! Why?!

~Saya memilih untuk lebih dari 24 jam sehari. Sebab, kalau hidup lama sangat pun, tapi tua gegek, nyanyuk, dan menyusahkan orang lain, saya tak sanggup.. huhu


8. If you can date a celebrity, who is that person?! Why?!

~Siapa lagi kalau bukan Jang Nara... Saya pun tak tahu kenapa saya angau sangat kat dia. Saya memang syak dia ada mengunakan ilmu sihir kepada saya.


9. If you can have only 1 thing in this world, what should that be?! Why?!

~Saya memilih Kuasa. Dengan Kuasa, saya boleh memperolehi segala-galanya, termasuk wang dan cinta. Walaupun cinta yang palsu, seperti cinta RM 50 di tepi jalanan. Ha Ha Ha Ha Ha


10. If you have an opportunity to TAG 7 of your friends, who are they?! Why?!

~ Saya memilih untuk mengetag Mastot, Shimi, Zul, Wahida, dan Angah Marni. Kenapa? Entah. Tiba tiba gatal pulak nak tag mereka... he he he he he

Kena Tag ~ 3 gambar seksi

Saya telah ditag pula oleh Wahida, sahabat dari UMP

Walau saya agak keberatan melakukan tag ini, akan tetapi, demi persahabatan, seksi pun seksi lah.. he he he.

1. Tangkap @ sertakan 3 gambar anda yang anda rasakan paling seksi

2. Tak semestinya tak berpakaian atau mendedahkan.Mungkin anda rasa senyuman anda
masa itu seksi. Sertakan!!

3. Nyatakan kenapa gambar itu begitu seksi bagi anda

4. Tag 5 rakan-rakan anda yang seksi



Oh, gambar ini selalu disalahertikan sebagai seksi oleh para penilai gambar yang konon konon pandai. Ada yang mengatakan mereka mengalami ejakulasi pra matang setelah menikmati gambar ini. Mereka kagum dengan teknik mengucup sedut tanpa simpati yang begitu mengasyikkan sekali. Membuatkan nafsu serakah menguasai diri...





Gambar yang kelihatan biasa ini, akan boleh menjadi seksi jika sang pemerhati menggunakan imaji dan khayalan seksual tahap tertinggi. Bisasanya mereka yang gatal akan membayangkan air batu campur beserta laici itu sebagai bahagian tubuh. Bahagian apa? Itu saya tidak tahu. Tolong jangan berkhayal lebih-lebih ya. Saya tiada masa untuk berkongsi dosa bersama anda.





Apa yang seksi? Mari kita fikirkan.. Diatas katil, berkain pelekat, dan masih belum sempat berseluar dalam... fuh.. sempurna...


Siapa si seksi yang saya tag kemudian? :

1) Shu Qi
2) Coco Lee
3) Agnes Monica
4) Datuk Noraini Ahmad
5) Karpal Singh

Kena Tag ~ 10 Perkara

Mastot yang menyibuk mengetag saya lagi..

WHOEVER WHO GETS TAGGED HAS TO WRITE 10 THINGS ABOUT THE PERSON WHO TAGGED HIM/HER

Agak susah bagi saya yang kurang peduli sangat pasal dia ni. Saya cuba je lah.

- Suka sangat main piano, sampai tahap demam kalau tak dapat sentuh sehari.

- Suka mengumpat, bergossip, mencari cerita-cerita yang hangat.

- Ada teman lelaki, tapi macam masih gatal je..

- Rajin mencatat, menulis, menaip, dan membazir masa buat tag.

- Agak cantik jugak la rupa dia ni, berebut jugak la mereka² yang "biasa" tu.

- Sangat sukakan kucing. Sehingga adakalanya beliau berttur bahasa kucing.

- Saya rasa dia gemar warna ungu

- Paling selalu nampak dia pakai baju warna merah jambu atau biru cair.

- Dulu Uniten, sekang KLIUC

- Sangat cintakan teater. Itu pasti

THE PERSON WHO GOT TAGGED HAS TO WRITE 10 THINGS ABOUT HIMSELF/HERSELF

Alamak! Yang ini saya tangguhkan dulu. hahahahaha!