Selasa, 24 Mac 2009

Engkau kah?


Sumpah! Senyuman dia memang manis.

Dia mempunyai rupa yang biasa sahaja. Tapi, bila dia senyum, metafora pun meliar. Macam-macam kau cakap.

Kau bukan tak tau, kalu pertama kau jumpa dia je, kau dah mula terpaku tengok dia. Tapi, macam biasalah. Kau selalu mengaku, memang cepat jatuh cinta, tapi paling lama pun, tak sampai 24 jam. Esok kau dah mula lupa, yang kau pernah jatuh cinta. Konon-konon macam lirik lagu Sweet Charity, "Raja Kumbang".

Kau memang kental. Bukan layan sangat bab kasih asmara, jiwa bergelora, hati terkesima, intan payung, duli cinta kuasa, sayugia badai kassorga, putus sudah kasih sayang, mekarmu tasik jiwa, nigina... Kau memang kental.

Konon laa....

Tapi, kali ni lain. Setiap kali dia senyum, kau pun mula keras. Terpaku dan terdiam. Macam orang spastik pun ada, diam bodoh, tengok je dia senyum. Orang keliling kau pun rasa pelik tengok kau macam tu. Kadang-kadang jijik pun ada. Apa gila, dari rancak berborak, tergelak bahak, tiba-tiba terdiam senyum macam badut. Semata-mata kau kagum melihat senyum dia menguntum. Nasib baik air liur kau tak meleleh keluar. Mau kena tempeleng gamaknya. Tapi...

Sumpah! Senyuman dia memang manis.

Kau sendiri tahu, kau memang agak cerewet dan memilih dalam bab kejelitaan ni. Selera kau pun selalunya tak sama dengan orang lain. Kau seorang je yang awal-awal lagi dah memartabatkan yang dia tu cantik, dengan sekali usha. Orang lain kena tengok banyak kali, fikir dua tiga hari, tengok balik kat gambar, baru nak mengaku yang dia tu cantik. Baru nak kecoh.

Kalau kebanyakan orang lain, tengok sekali memang tak pandang lagi dah. Ada yang kata macam jantan lah, selekeh lah, serabai lah, macam-macam lah yang diorang cakap. Kau, siap kagum, siap berangan, siap terbayang-bayang lagi senyuman dia tu. Siap bawak lagi topik pasal senyuman dia tu masa lepak minum dengan kawan-kawan. Apa dah jadi dengan kau ni? Tapi...

Sumpah! Senyuman dia memang manis.

Kau memang pegang kuat pada prinsip "Kecantikan adalah pada mata yang melihat". Pada siapa yang tak faham, bagi kau, kecantikan adalah tidak sama bagi semua yang melihat. Macam contoh Amir kata Kelly Rowland cantik, ramai kata tak. Zul kata Azizah Mahzan cantik, ramai kata tak. Kau kata Sherie Merlis cantik, ramai kata tak. Itu semua pandangan masing-masing. Orang memang tahu, kau mengamalkan konsep hak dan kebebasan individual.

Kau sanggup buat lawak paling bodoh, bukan kelas kau, semata-mata nak tengok dia senyum. Kau dah mula sanggup buat lawak yang nampak sangat nak menarik perhatian gadis-gadis depan kawan-kawan kental kau. Kau dah lupa, dia bukan macam gadis biasa. Kau sendiri pun, dah lama tak mengeluarkan kenyataan yang "Senyuman dia memang manis". Rasanya, dah 8 tahun kau tak berhadapan dengan senyuman yang semanis kau sendiri iktirafkan.

Kau memang berani dan gila. Tapi, kau akan jadi pengecut dan bodoh depan gadis yang berjaya mencairkan hati kau. Terutamanya apabila senjata dia hanya sekuntum senyuman. Mula lah terdiam, kontrol macho. Tak sudah-sudah lagi, kau mula lah, khayal sendirian. Mulut pun mula diselang-selikan dengan zikir puisi cinta. Penuh dengan metafora. Kau ingat kau siapa? Omar Khayyam? Tolonglah... Tasbih kifarah pun tak pernah hafal. Tapi...

Sumpah! Senyuman dia memang manis.

Kau sanggup buat apa sahaja nak tengok dia. Nak tengok dia senyum secara lebih spesifik. Walau kau masih tak pasti dengan oriantasi seksual dia. Walau kau masih tak pasti dengan citarasa dia. Walau kau tak pasti kau sendiri sudah mahu bercinta? Kau memang kental, terutamanya bila kau berani keluarkan kenyataan "Aku sanggup jadi pondan kalau dia nak"

Sudah lah tu brader! Kembali balik ke akal sihat kau. Memang betul orang kata, kau ni nampak je rock, tapi hati bentuk "love". Poyo nak mampus! Sudah lah wei... Apa guna simpan hati, kalau tak berani? Tapi...

Sumpah! Senyuman dia memang manis.



7 ulasan:

HBM Consultant berkata...

Ayat orang angau...

abdul hadi berkata...

tu la! dah la angau! pemalas lak tuh! siapa la agaknya nih! hahaha

Krazer berkata...

da tau sape... hehehehe.. tp kerna sumpah, ku kunci mulut.. ^^

usai_tribe berkata...

he or she????kompius....haahahahah.

a p e x berkata...

giler..berdiri bulu roma dan segala bulu yg ada...hahha..jiwang weiii...tlg jgn ckp zul eh...zul senyum manis gak...hahha

NaziaNaz berkata...

hurm..perlu penghayatan nii

Tanpa Nama berkata...

tga bygkan cmne ko smpikan sajak ni.... uuuu~ hahahahahah

sapekah?????