Ahad, 15 Februari 2009

Siri bercakap dengan Cicak


Oh celaka, setelah penat terkejar-kejar untuk menonton bangsawan percuma Puteri Sakdung, akhirnya hampa kerana panggung itu terlalu penuh. Saya dapat masuk, tapi penuhnya manusia... berhimpit-himpit.

Saya cuba menggoda dan merayu gadis yang menjaga pintu masuk supaya membenarkan saya naik ke tingkat atas. Akan tetapi, masih gagal, kerana tingkat atas ada VIP bertaraf menteri kata beliau dengan berat. Agenda merayu mula bertukar menjadi agenda mengurat.

Baru sahaja jampi pemanis mulut hendak dilafazkan, Cicak a.k.a Hidayat menelefon saya

"Hey you! Ada mana?"

"I kat Panggung DBKL, nak tengok teater, tapi penuh sangat, kena berdiri"

"Mau lepak ka? Aku pun kat area KL ni... "

"Bole bole... meh amik aku kat Dataran Merdeka"

Dengan melemparkan senyuman yang paling manis kepada gadis yang menjaga puntu, saya pun beredar meninggalkan panggung.




Lalu, bertemankan lagu-lagu yang sedia ada dalam telefon saya, saya pun menanti Cicak mengangkut saya, ibarat kupu-kupu malam menanti pelanggan di Dataran Merdeka.

Sambil menanti, saya sempat memerhatikan gelagat manusia keliling di malam minggu. Huh, tak pernah saya duduk bersendirian pada waktu malam di Dataran Merdeka.


Oleh kerana kesesakan lalulintas, Cicak hanya tiba setelah 25 minit. Agak lambat bagi saya yang sentiasa kejarkan masa.. :)

"Mana mau lepak?" Ujar Cicak, sejurus selepas punggung saya dilabuhkan ke dalam kereta

"Kita lepak luar KL la."

"Memang beb! Aku memang nak keluar dari KL, Sesak beb!"

"Jom makan ABC..." Tiba-tiba saya teringin makan ABC

"Jom, kita keluar dulu dari KL."

"Nak lepak kedai mana?"

"Kita lepak kat kubur, Batu 11 Gombak"

"Oh, Gelas Besar, jom! Aku call Amir jap. Ajak dia sekali"

Lalu kereta hitam + hebat Cicak dipandu laju ke Gombak.

Dalam perjalanan, Cicak mula bercerita dengan pelbagai topik.

Dari bab politik, menjurus ekonomi, perkahwinan, sosial, dan akhirnya soal Agama.

Isu kafir tiba-tiba terusik

Ini adalah kerana, bakal bapa mertua Cicak, bukan lahir Islam, tetapi masuk Islam.

"Dalam Islam, ada 2 jenis Kafir, Kafir Harbi ngan Kafir Zimmi kan?" Saya sambung cerita Cicak.

"Ada lagi satu.. Kafir Laknat! Ha ha ha ha!"

"Tapi, itu bukan pakai untuk orang kafir je, orang Islam pun guna tu perkataan kafir laknat tu gak cakap kat orang Islam lain" Cicak bernada separa serius.

"Kita sebenarnya tak boleh kafirkan orang lain. Sebab itu bukan hak kita"

Saya hanya diam, tekun mendengar.

"Orang Islam belum tentu mati dalam Islam, Orang Kafir pun, belum tentu matinya Kafir"

Saya kagum kembali mendengar kata-kata pesara anarkis porno grindcore itu.

"Betul tuh. Entah-entah, kita ni pun murtad sebelum mati... Na'uzubillah" Saya mengiakan kata-kata bernas Cicak.

"Kau tau tak, Azan sebenarnya 24 jam, tanpa putus." Cicak mengeluarkan lagi fatwa beliau.

"Hah?" Saya masih kurang faham.

"Bila habis je azan kat satu tempat, tempat lain akan masuk waktu. Jadi, bila habis je azan, dia akan disambut dengan azan baru. Jadi, takkan putus"

"Oh..... betul betul betul.."

Baru saya perasan... memang unik seruan azan ini.

"Patutlah Allah syariatkan azan.... Jadi, bila ada negara yang tak azan, kitaran ini akan putus?"

Saya insaf seketika. Begitu uniknya azan.
Saya jadi malu sendiri, kerana selalu menukar siaran apabila azan berkumandang di tv.

"Mana ko tau ni Cicak?"

"Kata zaman IT beb, aku tengok kat youtube..."




Saya semakin sedar, internet bukan untuk budaya hedonis semata-mata.

Dan saya tak sangka, orang yang bercerita benda ini kepada saya adalah Cicak.

Pesara Anarkis yang sudah diketahui umum kenakalannya suatu masa dahulu...

Sedar tak sedar, kami sudah sampai ke medan selera yang kami gelar "Kubur"





2 ulasan:

Nurul Farhana berkata...

tak tau pulak cicak boleh cakap. :|

Wahida berkata...

hehe..ingat lagi x sape ni?
anda telah di tag....tag seksi..