
Rabu, 13 Oktober 2010
Selera pendosa adakalanya tak sedap juga

Jumaat, 30 Oktober 2009
Pernahkah saya kawin dengan makcik anda? Bahagian 2
Nak pergi Putrajaya sebab ada urusan dengan Tabung Haji. Biasalah... hardcore hardcore jugak. Akhirat kena jaga. Rukun Islam tu.
Pukul 2.57pm saya sudah mula memerhati kiri dan kanan. Memerhati keadaan keliling sama ada selamat atau tidak untuk saya cabut awal. Bukan saya sengaja mahu mengular. Tapi sebab pejabat urusan Tabung Haji yang hanya buka di waktu pejabat. Macam mana saya nak pergi tanpa ponteng? Salah siapa? Bila keadaan sudah tidak mencurigaka, saya mula bungkus barang dan cabut dengan gaya menyelinap. Terasa macam perisik handalan.
Ketika dalam perjalanan hendak ke tempat saya meletakkan Ben, saya bertembung dengan Pengurus Akaun pejabat saya.
Aduh, macam mana boleh ada Pengurus Akaun di tempat letak kereta ni? Tak pernah dibuat orang isi masa lapang dekat tempat letak kereta. Hobi baru ke?
"Eh, nak kemana?" Pengurus Akaun tanya.
Saya dah mula sengih-sengih nak selindung perasaan cuak.
"Nak pergi Tabung Haji" Selamba saya jawab. Tak berani nak menipu sebab Pengurus Akaun muka dia gaya orang alim.
"Oh.. Bos ada kat atas?" Dia tanya lagi.
"Ada, dia dalam bilik. macam sibuk je" Saya jawab mesra.
Fuh, nasib baik dia cepat naik atas nak jumpa Bos Besar.Saya terus tambah kelajuan jalan kaki nak pergi dekat Ben.
Dalam Ben, saya pasang CD lagu The Cure, '4:13 Dream'. Saja nak layan sambil memandu cermat bersendirian. Kalau bawak orang lain sekali, tak boleh dengar lagu macam ni. Nanti mereka pening.
Sampai sahaja di Anjung Putrajaya, mudah sahaja saya mencari tempat yang sesuai untuk meletak Ben.
Dalam hujan renyai-renyai, saya berjalan kelajuan biasa masuk ke dalam bangunan. Terasa seperti babak bergaya dalam drama. Kasut kulit basah sedikit pun tak mengapa.
Masuk dalam Tabung Haji, saya dengan cermat dan cekap mengisi borang. Pengisian terhenti seketika kerana saya terlupa nombor kad pengenalan Soraya. Nasib baik ada teknologi yang bernama telefon bimbit. Dengan pantas pesanan ringkas dihantar dan jawapan diterima.
Selesai mengisi borang, saya mencari tempat yang paling strategik dan selesa untuk saya duduk. Memang strategik betul. Mudah untuk saya mengusya gadis kaunter yang manis rupawan.
Berhampiran saya ada seorang gadis remaja dalam lingkungan 15-16 tahun sedang mengawasi adik kecilnya yang lasak memanjat-manjat kerusi. Ibu mereka sedang berurusan di kaunter.
Agak sernok melihat gelagat kanak-kanak yang lasak, kerana selalunya kanak-kanak lasak ini selalunya cerdik akal fikirannya. Teringat semasa saya masih kecil dahulu. Memang lasak Ya Tuhan.
Agaknya, gadis remaja itu sudah tak terkawal kelasakan adiknya. Lalu dipegang erat adiknya seraya berkata.
"Dah! duduk diam, nanti pakcik tu marah karang! baru tau!"
Sambil menunjuk ke arah saya.
Cilakak punya budak! Pakcik?
Esok saya rasa macam nak cukur janggut dan dah tak nak pakai baju gaya pejabat.
Isnin, 14 September 2009
Batal ke tidak?
Isnin, 31 Ogos 2009
Pelaburan yang mengalahkan ASN dan ASB
Sampai sahaja di Malis, tiada seorang pun kaki lepak yang wujud. Jadi, kami beralih ke warung mamak berdekatan. Kami berdua lepak berborak sambil minum teh halia. Gaya jaga kesihatan. tiba-tiba Cicak bukak satu topik ada bunyi bunyi perniagaan.
"Kau tau tak, ada pelaburang yang lebih menguntungkan dari ASB, ASN semua tu."
"Apa dia? Forex?" Saya layan Cicak.
"Bukan, kalau ASB semua tu, pulangan dividen dia dalam 7% je kan? yang ni lebih lagi beb. Memang untung gile. Lebih 700% pulangan dia." Cicak bedal cakap dengan fakta ntah mana dia dapat.
"Apa dia weh?" Saya layan sambil hirup teh halia.
"Melabur di jalan Allah..." cicak jawab dengan tangan pegang kemas cawan teh.
FIRMAN ALLAH : " Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, seumpama seperti sebiji benih yang mengeluarkan 7 tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi 100 biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (Rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya" (surah al-Baqarah, ayat 261)
Ahad, 15 Februari 2009
Siri bercakap dengan Cicak

Oh celaka, setelah penat terkejar-kejar untuk menonton bangsawan percuma Puteri Sakdung, akhirnya hampa kerana panggung itu terlalu penuh. Saya dapat masuk, tapi penuhnya manusia... berhimpit-himpit.
Saya cuba menggoda dan merayu gadis yang menjaga pintu masuk supaya membenarkan saya naik ke tingkat atas. Akan tetapi, masih gagal, kerana tingkat atas ada VIP bertaraf menteri kata beliau dengan berat. Agenda merayu mula bertukar menjadi agenda mengurat.
Baru sahaja jampi pemanis mulut hendak dilafazkan, Cicak a.k.a Hidayat menelefon saya
"Hey you! Ada mana?"
"I kat Panggung DBKL, nak tengok teater, tapi penuh sangat, kena berdiri"
"Mau lepak ka? Aku pun kat area KL ni... "
"Bole bole... meh amik aku kat Dataran Merdeka"
Dengan melemparkan senyuman yang paling manis kepada gadis yang menjaga puntu, saya pun beredar meninggalkan panggung.
Lalu, bertemankan lagu-lagu yang sedia ada dalam telefon saya, saya pun menanti Cicak mengangkut saya, ibarat kupu-kupu malam menanti pelanggan di Dataran Merdeka.
Sambil menanti, saya sempat memerhatikan gelagat manusia keliling di malam minggu. Huh, tak pernah saya duduk bersendirian pada waktu malam di Dataran Merdeka.
Oleh kerana kesesakan lalulintas, Cicak hanya tiba setelah 25 minit. Agak lambat bagi saya yang sentiasa kejarkan masa.. :)
"Mana mau lepak?" Ujar Cicak, sejurus selepas punggung saya dilabuhkan ke dalam kereta
"Kita lepak luar KL la."
"Memang beb! Aku memang nak keluar dari KL, Sesak beb!"
"Jom makan ABC..." Tiba-tiba saya teringin makan ABC
"Jom, kita keluar dulu dari KL."
"Nak lepak kedai mana?"
"Kita lepak kat kubur, Batu 11 Gombak"
"Oh, Gelas Besar, jom! Aku call Amir jap. Ajak dia sekali"
Lalu kereta hitam + hebat Cicak dipandu laju ke Gombak.
Dalam perjalanan, Cicak mula bercerita dengan pelbagai topik.
Dari bab politik, menjurus ekonomi, perkahwinan, sosial, dan akhirnya soal Agama.
Isu kafir tiba-tiba terusik
Ini adalah kerana, bakal bapa mertua Cicak, bukan lahir Islam, tetapi masuk Islam.
"Dalam Islam, ada 2 jenis Kafir, Kafir Harbi ngan Kafir Zimmi kan?" Saya sambung cerita Cicak.
"Ada lagi satu.. Kafir Laknat! Ha ha ha ha!"
"Tapi, itu bukan pakai untuk orang kafir je, orang Islam pun guna tu perkataan kafir laknat tu gak cakap kat orang Islam lain" Cicak bernada separa serius.
"Kita sebenarnya tak boleh kafirkan orang lain. Sebab itu bukan hak kita"
Saya hanya diam, tekun mendengar.
"Orang Islam belum tentu mati dalam Islam, Orang Kafir pun, belum tentu matinya Kafir"
Saya kagum kembali mendengar kata-kata pesara anarkis porno grindcore itu.
"Betul tuh. Entah-entah, kita ni pun murtad sebelum mati... Na'uzubillah" Saya mengiakan kata-kata bernas Cicak.
"Kau tau tak, Azan sebenarnya 24 jam, tanpa putus." Cicak mengeluarkan lagi fatwa beliau.
"Hah?" Saya masih kurang faham.
"Bila habis je azan kat satu tempat, tempat lain akan masuk waktu. Jadi, bila habis je azan, dia akan disambut dengan azan baru. Jadi, takkan putus"
"Oh..... betul betul betul.."
Baru saya perasan... memang unik seruan azan ini.
"Patutlah Allah syariatkan azan.... Jadi, bila ada negara yang tak azan, kitaran ini akan putus?"
Saya insaf seketika. Begitu uniknya azan.
Saya jadi malu sendiri, kerana selalu menukar siaran apabila azan berkumandang di tv.
"Mana ko tau ni Cicak?"
"Kata zaman IT beb, aku tengok kat youtube..."
Saya semakin sedar, internet bukan untuk budaya hedonis semata-mata.
Dan saya tak sangka, orang yang bercerita benda ini kepada saya adalah Cicak.
Pesara Anarkis yang sudah diketahui umum kenakalannya suatu masa dahulu...
Sedar tak sedar, kami sudah sampai ke medan selera yang kami gelar "Kubur"

Sabtu, 10 Januari 2009
Peduli Palestin!
Selalunya, saya tidak menulis mengenai hal yang tiada penglibatan secara terus dengan peribadi saya. Akan tetapi, oleh kerana saya Muslim, dan gambar di atas benar-benar menyentuh hati saya. Gambar itu saya curi dari blog - peejburhan.blogspot.com.
Apa tindakan kita? 6 tahun yang lalu, semasa saya masih lagi seorang aktivis yang aktif, saya sempat berkempen untuk memboikot produk-produk Israel, Saya juga sempat menyelitkan risalah-risalah dalam zine terbitan saya, "Hati Kontras". Saya selalu ke sini untuk panduan.
Selain berdemonstrasi, kita juga boleh berdoa bersama-sama. Ingat, Doa mestilah ikhlas dan yakin. Setelah selesai solat Jumaat tadi, Imam masjid kampung saya mengadakan solat hajat beramai-ramai, dan doa Qunut Nazilah dibacakan.
للهمﺇنانجعلك في نحورأعدائناونعوذبك من شرورهم اللهم بدد شملهم وفرق جمعهم وستت
كلمتهم وزلزل أقدامهموسلط عليهم كلبا من كلابك يا قهار يا جبار يا منتقمياالله ياالله يااللهاللهم يا منزل الكتاب ويا مجري السحاب ويا هازم
الاحزابﺇهزمهم ﺇهزمهم ﺇهزمهوانصرنا عليهم
"Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 merekaYa Allah,Leburkanlah kumpulan2 mereka Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan merekaGoncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa Wahai tuhan yang bersifat murka Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah, Wahai tuhan yang menurunkan kitab, Wahai tuhan yang mengarakkan awan Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab Kalahkan mereka Kalahkan mereka Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka."
Apa itu Qunut Nazilah? Sila klik sini untuk belajar, dan jangan hanya bertaklid buta ya... :)