Tahun 2000, Kolej Lagenda, Langkawi.
Ketika itu Hadi belum lagi mencecah umur 18 tahun. Masih 17 tahun. Kehidupan di kolej memang liar. Kolej terletak di bekas chalet, tepi pantai, memang tak ada suasana belajar langsung!
Di zaman itu, tak ramai orang ada komputer. Jadi, hiburan juga adalah tercatu. Kalau sesuatu bilik itu ada radio pun sudah dianggap mewah.
Ada seorang mamat diketahui umum membawa set komputer di dalam biliknya. Lalu kecohlah satu blok bahawa wujudnya satu medium hiburan yang paling optimum pada masa itu.
Jam 9.00pm
Faizal, teman sebilik Hadi memang cukup masyhur sebagai perancang aktiviti bukan-bukan dan selalunya bermoral rendah. Sambil tersengih, Faizal mengeluarkan kotak arkib saktinya dan menunjukkan beberapa keping objek maksiat.
Hadi yang pada ketika itu masih belum dewasa, hanya mengikut perangai Faizal yang lebih tua setahun. Hadi memandang tinggi pada Faizal dan menganggap Faizal kaya dengan pengalaman dan remaja urban yang cool. Kerana ingin kekal urban dan cool, Hadi sentiasa mengikut rentak Faizal.
Dengan kepingan vcd porno pelbagai tajuk di tangan kiri Faizal, mereka melangkah ke bilik mamat yang ada komputer itu. Oleh kerana mereka agak popular dan menjadi ikutan, maka beberapa remaja lain yang tinggal sederet dengan mereka juga.
Sampai di bilik itu, dengan izin dan restu tuan punya komputer, maka vcd dengan tajuk tak senonoh ada perkataan "bang" di belakangnya pun dimasukkan pada pemacu cakera. Oleh kerana Hadi masih buta IT pada waktu itu, dia hanya membiarkan mereka yang celik IT menjalankan tanggungjawab.
Bilik yang pada asalnya cukup muat untuk 4 orang, dengan sekejap sahaja dipenuhi oleh lebih kurang 20 orang remaja yang penuh dengan perasaan ingin tahu. Ternyata, remaja memang mudah tertarik dengan hiburan berkonsepkan maksiat. Tak kisah bersesak dalam kehangatan cuaca kathulistiwa.
Dalam umur sebegitu muda, memang mudah teruja walaupun menonton porno beramai-ramai. Dalam keterujaan seperti itu, hal keliling selalunya dipandang sambil lewa. Semua biji mata terpaku memandang skrin 14 inci yang sedang elok memaparkan seorang wanita telanjang bersedia untuk digomol oleh 5 orang lelaki bertubuh sasa. Tak ada seorang pun yang mempedulikan daun jendela yang ternganga luas, di sisi bilik
"Hah! Buat apa tu?!"
Kedengaran satu suara orang tua tepat di jendela. semua remaja dalam bilik itu kaget. Seorang pengawal keselamatan, yang hanya nampak dari paras hidung ke beret, sedang menyuluh masuk ke dalam bilik. Keadaan sepi dalam masa lebih kurang 3 saat.
"Jangan bergerak semua!"
Pengawal keselamatan yang agak berumur mula menggunakan radio walkie-talkie untuk meminta bantuan mengepung pintu utama bilik.
Dalam keadaan yang masih kaget itu, hanya Faizal mampu berfikir tajam.
Faizal dengan yakin, menggunakan selimut, melindungi tubuhnya dari pandangan pengawal keselamatan itu, lalu berjalan selamba keluar dari bilik.
"Jangan lari! Jangan bergerak!"
Sergahan pengawal keselamatan itu ternyata tidak membawa erti apa-apa. Bertaburan semua yang ada di bilik itu lari keluar ikut pintu hadapan. Mengikut langkah berani si Faizal.
Oh, rupanya hanya 18 orang sempat lari bertaburan. 2 orang manusia masih tertinggal.
Seorang yang baring tidur di katil atas, Ijam, salah seorang ahli asal bilik itu.
Seorang lagi adalah Hadi. Rakan sebilik Faizal.
Hadi tidak ikut lari, kerana kakinya sangkut di celah katil bawah. Pehanya yang besar sukar untuk dikeluarkan dari kerangka kepala katil. Lalu, Hadi pura-pura tidur, dan berselimut.
Ketika pengawal keselamatan seorang lagi mula masuk ikut pintu hadapan. Mula menanti di pintu gaya polis memeriksa rumah kongsi pendatang haram. Skrin komputer masih menayangkan aksi tak senonoh. Ijam dengan wajah mamai, pergi ke komputer lalu menutup komputer.
"Hangpa tengok apa ni?" Kata pengawal keselamatan itu sambil merampas vcd porno itu.
"Ikut saya pi balai pengawal!" Arahan pengawal keselamatan kami turuti.
"Saya tak tau apa-apa cik, saya tidur dari lepas maghrib tadi." Kata Ijam membela diri dengan ringkas.
"Saya mula-mula nak main game cik, masa tu ramai yang tunggu turn. Saya pun baring-baring lah. Sedar-sedar saya dah terlelap." Hadi juga membela diri dengan cerita rekaannya, sambil gosok-gosok mata, betul-betul gaya mengantuk.
"Hanpa, habaq betui-betui. Toksah nak menipu. Hangpa tau tak ini kesalahan besaq. Ini bukan salah biasa, yang boleh setakat bayaq denda. Tengok benda lucah ni boleh kena tindakan tatatertib!"
Ijam dan Hadi hanya buat muka toya. Masing-masing memang muka sememeh, dan rambut kembang tak sikat. Hanya buat gaya bodoh habis dalam sesi soal-siasat itu.
"Benda ni, tak elonk tengok hangpa tau. Walaupun Mahathir tak kisah, tapi Nabi kita marah. Tak suka.."
Pengawal keselamatan itu meneruskan kutbah percuma beliau.
"Ok lah. Tulis report statement kamu, nanti tunggulah apa kata pihak kolej"
Setelah selesai menulis laporan pengakuan, lalu Ijam dan Hadi pun berjalan pulang ke bilik masing-masing.
"Fuh, nasib baik selamat. aku berlakon je tadi" Hadi berkata pada Ijam sambil berjalan dalam gelap.
"Aku pun.. hehe" Ijam juga menipu sebenarnya.
"PAP!" Hadi dan Ijam membuat high-five kemudian meneruskan perjalanan diiringi rentak Sex Pistols.
Versi lain:
Gunx | Zalila | Sharul | Azzahari

2 ulasan:
bob......kekek2 aku glk kt ofis ni smpi satu ofis dgr.lawk la....adoiyai.haha!
Power, macam power rangers kaler putih, dude. :)
Catat Ulasan