Perbualan penuh tersirat...
Selasa, 30 Mac 2010
Sabtu, 27 Mac 2010
Halal, Hak dan Batil
Walaupun letih akibat mesyuarat sampai petang, saya tetap keluar rumah pukul 10.30 malam. Majlis Mesyuarat Jumaat sudah dua minggu saya terlepas. Nasib baik tidak dikenakan tindakan tatatertib.
Cicak angkut saya ke Malis malam itu keana saya malas hendak isi minyak kereta. Memandangkan kami berdua agak awal, jadi kami pergi lepak di sebuah gerai burger berhampiran Malis dahulu. Cicak mengidam mahu makan burger banjir. Hanya di gerai burger itu yang ada jual. Tempat lain kami tak pernah jumpa.
Seperti biasa pesanan sampai lewat. Nak ambil pesanan pun lembab. Salah satu contoh biasa bagi peniaga bumiputra.
Setelah menelan satu kunyahan kemas, Cicak kesat bibir dan mula berbicara.
"Rakyat Malaysia ni pelik kan?" Sambil angkat kening sikit. Gaya baru lepas berfikir.
"Apsal?" Saya tanya dengan tangan masih pegang cawan teh o dengan kemas.
"Bila nak makan, sibuk cari tanda halal. Kalau tak ada tanda halal tak makan. Tak kisah lah kalau yang buat makanan tu memang orang Islam, bersih, sah macam mana pun. Tapi kalau tak ada tanda halal memang tak akan makan."
"Memang lah..." Saya menyampuk ringkas.
"Ya, betul. Tapi, kalau diorang dapat tanda halal tu dengan cara menipu dan rasuah macam mana? Macam mana pulak kalau yang tak dapat tanda halal sebab masalah birokrasi atau tak mampu bayar?" Cicak sambung hujah.
"Biasa tu..." Saya jawab sambil sempat usya amoi yang lalu di seberang jalan.
"Yang paling pelik, takde tanda halal tak nak makan. Tapi selamba je makan rasuah, makan riba, dengan tipu claim. Betul tak?" Cicak hirup sikit air teh.
"Betul!" Saya angguk sambil hirup teh o panas sikit sikit.
"Itulah dia masalah masyarakat sekarang ni bila yang hak dah bercampur aduk dengan yang batil..." Cicak bagi hujah penamat.
Saya senyum sinis...
Khamis, 25 Mac 2010
Ayah dan Ben
Ayah memang kamcing dengan Ben.
Kalau ada Ben, memang Ayah macam ada geng baru.
Pergi masjid waktu Subuh bawa Ben, pergi ronda kampung bawa Ben, pergi kenduri bawa Ben, pergi kedai pulut bawa Ben, pergi pejabat Penghulu bawa Ben, pergi jumpa YB bawa Ben, pergi jumpa Pak Ayem pun bawa Ben.
Pergi mesin rumput sahaja tak bawa Ben. Sebab perut Ben kecil.
Nak bawa anak sulung dia? Nak kejut pagi pun susah.

Gambar : Ben tolong ayah bakar sampah
Puisi : Lagak Sang Bebas
Gambar hiasan
Dia peduli apa!
Dia memang pantas,
punya helah agak cerdas,
sayang dia tak pernah ikhlas,
dasar hidup tanpa batas,
sebat makan tak kira beras,
apa tinggal semua dia kebas.
belum masak pun dia libas,
sahih tak pernah mandi hadas,
selalu dilempar carutan pedas,
memang dia terlalu bebas,
dia bijak bikin panas!
Rimas! Rimas! Rimas!
Hah! Memang patut kena sedas!
Siapa dia?
Makhluk Tuhan berbangsa lipas.
-Abdul Hadi-
6.16pm,
1 Rabbiul Akhir 1431
17 Mac 2010
Jumaat, 19 Mac 2010
Ahad ini! Ayuh kita ramai ramai layan teater, puisi dan emosi.

21 Mac 2010, 8.30pm.
Menara KBS, Presint 4, Putrajaya.
Saya akan baca puisi sepentas dengan Erma Fatimah.
Tapi tak tahu siapa baca dahulu. Kalau ikut nama dalam poster, saya paling akhir.
Tak kisah lah kan?
Saya akan baca catatan ini dan satu lagi puisi pendek yang baru siap dua hari lepas.
Satu perihal asmara, satu perihal amarah.
Yang penting, dua-dua penuh emosi.
Sedap ke tidak? Sedap gila punya. Tak percaya datang sendiri tengok baru puas hati.
Boleh bawa air kotak dan kuaci, buat macam rumah sendiri. Tak boleh hisap dadah.
Yang penting, sampah jangan sepah-sepahkan. Nanti kesian orang lain kena kutip.
Teman
Saya sedang menonton TV. Agak bosan dan kurang menarik.
Firdaus sedang bersiap-siap hendak pergi kerja. Memang waktu dia pergi kerja agak merepek dari waktu pejabat biasa.
Ketika membuka pintu untuk keluar, tiba-tiba Firdaus berhenti seketika, berpusing ke arah saya.
Lalu terpacul persoalan dari mulutnya.
"Bob, aku nak kau janji satu benda dengan aku boleh tak?"
Agak serius bunyi persoalan itu.
"Apa dia?" Saya tanya kembali. Serius, ringkas dan padat.
"Janji duduk rumah bujang dengan aku sampai umur aku 30 tahun"
Saya diam, mata kembali ke TV.
Tiba-tiba rancangan di TV terasa sangat sedap.
Khamis, 18 Mac 2010
Siri bercakap dengan Hidayat (Cicak)
Hidayat
oi
2:15amAbdul
oi
2:15amHidayat
mana?
lama x nampak
2:15amAbdul
ada..
rumah sewa
minggu depan baru balik
hahaha
2:15amHidayat
oooo
2:15amAbdul
jadi ke lu terengganu?
2:16amHidayat
xjadik
duit lak xde
sedey la ini macam
2:16amAbdul
ceit
hahahah
2:16amHidayat
tu aku pelik
duit asyik xde jek
akakaka
2:16amAbdul
sama la kita
2:16amHidayat
akakaka
maksudnya kita belum di tahap zon selesa
so kita masih selamat
2:17amAbdul
betul2
kenapa kalo zon selesa?
2:17amHidayat
nabi suka org miskin
sbb tu dia miskin
akakakaka
2:18amAbdul
perghhh...
falsafah.. falsafah...
2:19amHidayat
ya
zon selsa hanya menghanyutkan kita
ko tau
2:21amAbdul
tau tau.. keh keh keh
Langgan:
Catatan (Atom)