Ahad, 13 Jun 2010

"The A Team"


Dari kecil memang saya minat The A Team. Masa sekolah selalu main jadi The A Team. Pernah bercita-cita nak beli van warna hitam bila besar macam The A Team. Saya ada sehelai baju gambar kepala B.A Baracus dengan tulisan "I pity the fool!". Tapi ternyata tak ramai yang tahu mengenai siri TV kegemaran saya sekitar 80an dahulu.

Apa yang buat saya suka sangat? Sebab semangat cerita dia. Tak lembik, dan tak mudah terpedaya dengan gadis-gadis macam Knight Rider. Mereka buat kerja memang sistematik dan tak pentingkan diri. Mereka bekerja berkumpulan 4 orang dengan setiap ahli mempunyai kebolehan yang unik. Tak macam Macgyver buat kerja sorang-sorang lepas tu dapat makwe lain setiap cerita. Mereka juga tak pakai baju seragam macam Airwolf. Suka hati nak pakai baju apa. Sikap melawan ketidakadilan dengan cara mereka sendiri. Mereka menentang sistem yang korup. Bagi saya A mereka untuk Anarki.

Saya tak nak cerita lebih lanjut mengenai siri TV dahulu sebab internet ada, anda boleh cari sendiri. Tapi hari Jumaat yang lalu, ketika balik dari sembahyang Jumaat, Nik menceritakan dia sudah tengok cerita The A Team. Padahal Nik tak tahu menahu pun mengenai kewujudan siri tv itu. Saya terus jadi malu dan tercabar. Dalam perjalanan pulang ke Gombak, hati saya nekad untuk menonton The A Team malam itu.

Sampai sahaja di rumah, saya terus ajak adik saya Halim untuk menonton wayang malam itu. Tak pernah saya tengok wayang dengan dia. Hakim sudah tengok, makwe dia belanja. Cis! bedebah! Hawa tak nak ikut sebab dia pun jenis tak pernah tengok siri tv sedap gila tu. Jadi hanya Halim yang nak ikut.

Saya suruh Halim siap lekas, lepas maghrib terus gerak. Saya ambil tindakan mandi dan berak lebih awal, sebab saya masih belum sihat. Saya masih sedikit demam, batuk dan cirit-birit. Jadi, saya berak dulu puas-puas.

Walau dalam keadaan tidak sihat, semangan The A team punya pasal, saya mendapat tenaga luar biasa. Saya biarkan Halim yang memandu. Kami nak menonton di Jusco Kepong kerana kami mengesyaki bahawa sana tak ramai yang akan menonton The A Team. Halim terus memecut naik tingkat parking sama level dengan wayang.

Sampai sahaja, kami terus beratur nak beli tiket. ternyata tanggapan kami tersasar. Ramai juga yang mahu menonton The A Team.

"Kalau seat biasa, tinggal yang bawah je bang. Kalau couple seat ada yang atas." Menyampah juga saya tengok mamat kaunter sopan rambut belah tengah.

"Lantak lah. Couple seat je lah. 2 orang!" Saya tak berfikir panjang. The A Team punya pasal.

"Ok bang, Couple seat satu tiket RM 12."

Saya terus bayar tiket dua orang dan tahan rasa nak berak. Halim yang memang kebulur terus beratur nak beli bertih jagung. Dalam menanti Halim membeli bertih jagung, saya ke tandas dahulu. Nasib baik tandas dia bersih dan tak busuk. Boleh saya berak sepuas hati.

Keluar tandas, kami terus berlari masuk ke pawagam. Ternyata di deretan couple seat, hanya kami pasangan lelaki. nasib baik tak ada yang pandang serong. kalau ada yang berani tegur atau pandang serong, memang saya akan tendang gaya B.A Baracus kuat-kuat.

Cerita mula.. saya terus diam,menikmati dan menghayati.

Serius, ceritanya memang sedap. Tak bosan langsung. Penuh pakej aksi, drama dan komedi. semangat kerjasama, setiakawan dan strategi memang adalah rempah utama cerita ini. Setiap plot digarapkan dengan sangat kemas. Watak-watak yang dilakonkan juga tidak memalukan watak bersiri sebelum ini. Tak ada beza. Cuma beza sedikit, B.A Baracus kali ini kurang memakai rantai emas.

Cuma agak kecewa sedikit kerana tiada cameo dari watak-watak terdahulu. Jika ada pun, saya tak perasan. Aduh!

Untuk filem ini, saya terus bagi 5 bintang. A untuk Anarki!

Saya dan Halim keluar dari pawagam dengan kepuasan sejati. Sambil mulut berbunyi lagu tema rasmi The A Team, saya hantar Halim pulang dahulu sebab saya mahu terus ke Majlis Mesyuarat Jumaat menceritakan kesedapan cerita The A Team. Walaupun saya tidak sihat....

Siapa belum tengok, sila lah tengok. Tak rugi.


3 ulasan:

NaziaNaz berkata...

sy blom tgk..ms kecik2 dlu x pernah kenal pon dorg ni

maszShimi berkata...

bob...tak salah aku masa last2 tu ada la cameo....faceman ng murdoch...

محمد هاريت berkata...

watak faceman orang lain pegang bagi episode 1 dan 2...episode 3 dan seterusnya orang lain lak...keke... sbb faceman episde 1 dan 2 ..kaku cam kayu..wkaka!