Rabu, 11 Februari 2009

cicak, menanam, menuai, cita-cita

Maaf, agak lama saya tidak menulis.

Merajuk? Mana ada! hahahaha! Sibuk sikit la kawan... tak tipu punya.

Saya agak sibuk kerana adik saya Adibah tidak sihat, dan masih dirawat di hospital.



Alhamdulillah, keadaan Adibah sudah semakin pulih, dan saya sudah tidak perlu melawat dan menjaga dia hari-hari.

Melihatkan Adibah yang sakit, membuatkan saya sedar dengan mendalam, kesihatan dan keadaan kita sekarang memang takkan kekal selama-lamanya.

Umur saya juga sudah mula bertambah sekian hari. Akan tetapi, saya masih ibarat berada di takuk yang lama. Lebih kurang tiga tahun sahaja lagi, digit hadapan umur saya akan berubah. Akan tetapi, saya masih tiada tujuan hidup yang realistik dan juga masa hadapan yang masih samar-samar. Cita-cita pun tak ada!

Kali terakhir saya mempunyai cita-cita adalah pada 20 tahun yang lalu, tahun 1989, ketika saya darjah satu. Ketika itu kami wajib mengisi borang biodata sekolah. Ada ruangan cita-cita.

Oleh kerana mudah terpengaruh dengan rakan sebaya, tiga ruangan wajib itu diisi sama seperti geng-geng jahat yang lain.

1) Polis
2) Doktor
3) Pelakon

Memang sama sahaja dengan geng-geng main kapur dalam kelas.

Tadi, ketika balik dari rumah Harith, Cicak menceritakan kepayahan beliau menyiapkan persiapan perkahwinan. Ya, memang agak sukar bagi pesara anarkis seperti beliau. Tambah-tambahan lagi, beliau tinggal di Selangor dan tunangnya tinggal di Sabah.

Ketika lepak meneman Cicak makan, kami banyak berbual. Tapi, topik perkahwinan terselit juga. Walaupun saya kurang arif. Perubahan diri Cicak memang mengagumkan saya. Pemain drum kugiran bersama saya dahulu, Rukhay 696, berirama Porno Grindcore, berambut karat dan bersubang sebelah, makan limau curi dari tokong Cina, cukup liar dan bebas.

Sekarang dia sudah bekerja tetap, berkereta, bermotorsikal, bertunang, menyara keluarga, berbicara hal agama, hal politik, hal ekonomi.

Dia rancak bercerita sambil diselangselikan dengan menghirup sup ekor. Saya hanya menyedut teh ais, kerana kecewa mesin ABC warong itu rosak. Mungkin Tuhan tidak mengizinkan saya membedal ABC pada jam 12.30am.

"Aku sebenarnya kan cak, tak pasti lagi apa yang aku nak dalam hidup ni"

Saya bersuara, setelah puas menyedut teh.

"Aku pun sama gak Bob. Ye lah, macam contoh, aku dah ada kereta, ada motor. tapi still rasa nak benda lain"

Cicak menyambut.

"Aku tak nak hidup mewah pun, tapi yang penting, cukup dan selesa"

"Betul tu Bob. Hidup ini untuk menanam, bukan untuk menuai"

Wah, sungguh hebat falsafah Cicak.

"Aku baca ayat tu kat dinding pejabat Ketua Kampung tadi, masa nak mintak sain"

Ceh, kekaguman tadi terpotong di situ.

Tapi, kata-kata itu membuat fikiran saya terbuka.

Betul... Dunia ini hanya sementara... Hasil tanaman yang sejati, bukan untuk dituai sekarang.

Saya teringat ketika menjaga Adibah di hospital, Ada sekumpulan penganut Sikh menderma dan mengagih-agihkan capati bersama dal vegetarian kepada setiap pesakit.


Tanpa mengira kaum, jantina malah agama. Semua dapat. Ayah saya siap makan dua keping. Memang selera Ayah agak tidak berkira.



Itu membuatkan saya lebih percaya, masih ada orang yang ikhlas dalam dunia ini. Kebajikan tanpa batasan. Tanpa mengharapkan balasan. Saya ibarat mendapat ilham. Ilham mengenai cita-cita.

"Aku ingat nak jadi sukarelawan la Cak, nak keliling dunia"

Saya ujar setelah teh ais tinggal separuh gelas.

"Aku rasa baik ko kerja kapal. Lagi puas keliling dunia"

Balas Cicak dengan mulut berminyak.

hahahahaha! :)



4 ulasan:

maszShimi berkata...

Aku sangat kagum dengan penganut agama Sikh dan agama2 lain kadang2. Masa melawat kawan Mas dekat HKL pun aku nampak benda yg sama berlaku. Sedih jugak bila dengar desas desus suara sumbang dr kaum sendiri dok kata kita tak boleh mkn sbb tu dr agama lain. Tak taula...aku bukan pakar agama tp tak nampak apa salahnya...
Ehh...terpanjang n emo plak komen aku...

abdul hadi berkata...

hmm, bagi aku, asalkan halal.. bedal je.. kekadang yang was was halal pun TER bedal gak hahahah. Makanan tu bukan faktor utama. Yang aku nak tekankan kat sini, sikap "tangan yang memberi" tu. Kalau orang kita ni selalunya, menderma kat orang kita je. Diorang di, tak kira orang apa. Semua diorang bagi. kagum..

maszShimi berkata...

Betul tu....terkilan org kita dahla tak buat...tp bila org lain buat pandang slack...plg teruk pandang jeans.Heeheheheh

KePOMPOM berkata...

time aku kn denggi hr tu pun aku nampak org Skh bagi capati.. tp aku xselera makan sbb condition time tu loya2.. tersentuh gak la.. isk2