Selasa, 21 April 2009

Bila Daus bersiap

Jam 8.40pm

Dikala azan Isyak baru sahaja habis berkumandang, Daus YM saya.

"Kau kat mana ni Bob? Jom lepak."

"Kat Gombak. Jom la."

"Nak lepak mana ek?" Daus yang ajak, dia pulak yang tanya nak lepak mana.

"Kita lepak Jusco tempat amir kerja. Kat sana ramai gadis-gadis. Boleh la kita usyar-usyar. Kau datang la cepat sikit."

"Ye ke? boleh lepak ke kat sana? Betul ni ada gadis?" Daus masih melengahkan masa.

"Yup. Kau cepat la siap."

"Ok, ok. Aku mandi jap. Sekarang" Daus jawab.

Saya terus daftar keluar dari YM, baring dan tidur. Sebab saya dah tahu akibatnya.

Jam 11.30.pm

"Bob! aku kat depan rumah kau!" Daus menelefon saya.

Nota : Jarak perjalanan dari rumah Daus ke rumah saya adalah 30 minit.

Mana pergi lagi 2 jam itu?

2 ulasan:

HBM Consultant berkata...

2 jam tersesat dalam terowong masa.

TeFirRorist berkata...

woi! woi! apa lak 30 minit umah aku ke gombak... nak kene tendang??