Isnin, 30 November 2009

Saya dan Ben


Dahulu saya adalah pejalan kaki yang tegar.
Berjalan kaki dengan saya memang terlalu kamcing ibarat bersaudara.
Tidak terniat langsung untuk saya memandu kereta, apatah lagi memiliki sebuah kereta.

Akan tetapi, semenjak saya bekerja di Kota Cyber, semuanya mula berubah sedikit demi sedikit.

Daripada saya diangkut gadis gadis, sekarang saya pula yang membawa gadis gadis termasuk para jejaka merayau.

Kalau dahulu, menaiki kenderaan awam sudah seperti darah daging walaupun tak ngam, tapi sekarang hendak menaiki kenderaan awam pun hampir kekok.

Kalau dahulu saya tidak hairan langsung mengenai harga minyak, sekarang stesyen minyak pun saya memilih. Siap ada kad keahlian.

Semuanya gara-gara Ben.

Ben adalah kenderaan rasmi kepada para pelopor Kultus Haram Teratai Hitam, dan saya warisi dari penjagaan Bendahari Agung Amir Azizi.


Dibayarkan penuh oleh Ayahanda :)

Biasalah, masih papa asal bergaya kan?


3 ulasan:

..nOWa.. berkata...

boleh kelly kawan dengan ben? (salam perkenalan versi kereta2)

abdul hadi berkata...

oh boleh je, walaupun ben liar sikit, tapi tak sombong.. haha

محمد هاريت berkata...

hai ben...