Cicak angkut saya ke Malis malam itu keana saya malas hendak isi minyak kereta. Memandangkan kami berdua agak awal, jadi kami pergi lepak di sebuah gerai burger berhampiran Malis dahulu. Cicak mengidam mahu makan burger banjir. Hanya di gerai burger itu yang ada jual. Tempat lain kami tak pernah jumpa.
Seperti biasa pesanan sampai lewat. Nak ambil pesanan pun lembab. Salah satu contoh biasa bagi peniaga bumiputra.
Setelah menelan satu kunyahan kemas, Cicak kesat bibir dan mula berbicara.
"Rakyat Malaysia ni pelik kan?" Sambil angkat kening sikit. Gaya baru lepas berfikir.
"Apsal?" Saya tanya dengan tangan masih pegang cawan teh o dengan kemas.
"Bila nak makan, sibuk cari tanda halal. Kalau tak ada tanda halal tak makan. Tak kisah lah kalau yang buat makanan tu memang orang Islam, bersih, sah macam mana pun. Tapi kalau tak ada tanda halal memang tak akan makan."
"Memang lah..." Saya menyampuk ringkas.
"Ya, betul. Tapi, kalau diorang dapat tanda halal tu dengan cara menipu dan rasuah macam mana? Macam mana pulak kalau yang tak dapat tanda halal sebab masalah birokrasi atau tak mampu bayar?" Cicak sambung hujah.
"Biasa tu..." Saya jawab sambil sempat usya amoi yang lalu di seberang jalan.
"Yang paling pelik, takde tanda halal tak nak makan. Tapi selamba je makan rasuah, makan riba, dengan tipu claim. Betul tak?" Cicak hirup sikit air teh.
"Betul!" Saya angguk sambil hirup teh o panas sikit sikit.
"Itulah dia masalah masyarakat sekarang ni bila yang hak dah bercampur aduk dengan yang batil..." Cicak bagi hujah penamat.
Saya senyum sinis...
2 ulasan:
salam..nak burger banjir jugeee~. BEN blanje teheheee...
so maknanya leh makan kt tmpt takde halal sign ke? hahah
Catat Ulasan