Selalunya, saya tidak menulis mengenai hal yang tiada penglibatan secara terus dengan peribadi saya. Akan tetapi, oleh kerana saya Muslim, dan gambar di atas benar-benar menyentuh hati saya. Gambar itu saya curi dari blog - peejburhan.blogspot.com.
Apa tindakan kita? 6 tahun yang lalu, semasa saya masih lagi seorang aktivis yang aktif, saya sempat berkempen untuk memboikot produk-produk Israel, Saya juga sempat menyelitkan risalah-risalah dalam zine terbitan saya, "Hati Kontras". Saya selalu ke sini untuk panduan.
Selain berdemonstrasi, kita juga boleh berdoa bersama-sama. Ingat, Doa mestilah ikhlas dan yakin. Setelah selesai solat Jumaat tadi, Imam masjid kampung saya mengadakan solat hajat beramai-ramai, dan doa Qunut Nazilah dibacakan.
كلمتهم وزلزل أقدامهموسلط عليهم كلبا من كلابك يا قهار يا جبار يا منتقمياالله ياالله يااللهاللهم يا منزل الكتاب ويا مجري السحاب ويا هازم
الاحزابﺇهزمهم ﺇهزمهم ﺇهزمهوانصرنا عليهم
"Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 merekaYa Allah,Leburkanlah kumpulan2 mereka Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan merekaGoncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa Wahai tuhan yang bersifat murka Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah, Wahai tuhan yang menurunkan kitab, Wahai tuhan yang mengarakkan awan Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab Kalahkan mereka Kalahkan mereka Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka."
Apa itu Qunut Nazilah? Sila klik sini untuk belajar, dan jangan hanya bertaklid buta ya... :)
Awal bulan, saya dapat tiket percuma, pemberian Kak Seri untuk menonton wayang Cicakman 2 di KLCC. Saya membawa kedua-dua adik perempuan saya pergi menonton. Kalau bukan tiket percuma, jangan harap la... hahahaha.
Tamat menonton, kami pergi ke Kinokuniya, sebab Hawa kata dia nak cari buku resipi kek. Nak cuba kek baru katanya. Saya pun terus membiarkan dia membelek-belek buku-buku resipi, dan saya menyambung proses merayau-rayau melihat-lihat buku lain.
Cis! Bertuah punya budak! Cari buku bukan nak beli rupanya, semata-mata nak tangkap gambar resipi-resipi yang macam menarik. Nak jimat katanya. Mana la agaknya dia belajar kedekut macam tu. Resipi pun nak plagiat ka?!
Sebut-sebut pasal makanan ni, teringat pada minggu lalu, tiba-tiba tekak saya gatal berselera untuk makan makanan barat untuk sarapan. Jadi, setelah bertolak dari rumah Mat Aris, saya singgh dahulu di Maju Junction. Niat asal saya untuk makan waffle bersama aiskrim, seperti yang terdapat di Alamanda, Putrajaya. Akan tetapi, tak wujud pula di Maju Junction. (memang sampai sekarang, saya tidak tahu jika benda alah itu wujud di KL).
Jadi, saya melantak sepinggan hidangan "Turkey Slice + Pastry". Hampir kembang tekak saya. Punya lah berminyak dan berlemak. Akan tetapi, saya agak kagum dengan kenikmatan kopi yang dihidangkan bersamanya.
Hahahahaha! hurmm... Apa-apa pun, apabila anda menikmati hidangan, makanlah sampai habis, jangan nak mengada-ngada tinggal sisa. Ingatlah pada mereka yang jangankan nak makan.. nak jumpa makanan pun susah. Membazir itu amalan Syaitan... he he he he :)
Selamat menyambut Maal Hijrah 1430 dan tahun baru 2009 Masihi. Memang agak lambat saya ucapkan di sini, tapi, apa boleh buat, saya tewas terhadap kesibukan dan kelalaian.
Banyak perkara yang saya sudah lalui pada tahun sudah. Macam-macam yang sempat saya rasa, alami dan jumpa. Tahun 2008 memang agak rancak dan mencabar bagi saya. Ibarat pada tahun 1998 di mana saya mengalami perubahan hidup dengan masuk tingkatan 4. Perghh.. Cerita panjang pun tak guna. Buat penuh hard disk je.
Menjelang akhir tahun 2008, Pelbagai perkara yang tidak saya jangka sangat sempat pula saya buat. Antaranya :-
1- Menonton konsert Dewangga Sakti di AF bersama Soraya
2- Merayau di Annexe, Central Market dan melihat pameran-pameran, serta singgah di ‘Kafe Korang’ anjuran Food Not Bombs KL. (sempat juga cetak baju sehelai).
3- Menghadiri forum kebebasan bersuara, juga di Annexe.
4- Menonton ‘Teater Bukan Teater’ arahan Isham, sebanyak dua kali. Sekali bersama Pokcik dan Lisya, sekali bersama Farhan.
5- Bertemu politikus veteran, Syed Husein Ali.
6- Bertemu penyajak idola saya, Pyan Habib.
7- Merayau sampai letih bersama Jaja di Taman Megalit, Putrajaya.
8- Mencari barang-barang dan merayau di Nilai 3 bersama Ewok.
9- Terkejut dengan harga makanan yang super murah di UiTM Segamat bersama Firdaus.
10- Lepak sambil menyaksikan persediaan malam tahun baru di Dataran Merdeka, bersama Pokcik, Paan dan Firdaus.
11- Membawa adik-adik perempuan saya lepak di Bukit Bintang.
Akhir sekali, atas sebab-sebab tertentu, saya terpaksa Hijrah kembali ke Gombak, meninggalkan teman-teman saya Firdaus, Paan dan Hakim… .
Oh ya, kali ini, saya mendekorasikan semula blog saya, dan gaya penulisan saya mungkin berbeza. Apa-apa pun, terima kasih semua!
Andai aku Pasha Ungu semua wanita kan memburuku Bila aku Ariel Peterpan kau yakin ngefans karena gua keren
Haa haa haaa… Haa haa haaa…
Sexy badannya.. Mulan Jameela cantiknya dia seperti aku Giring Nidji sahabat aku dekat denganku.. dialah aku..
Tapi kenyataan aku bukan siapa-siapa kuingin engkau mencintaiku apa adanya
Ku bukan superstar kaya dan terkenal Ku bukan saudagar yang punya banyak kapal Ku bukan bangsawan, ku bukan priyayi Ku hanyalah orang yang ingin dicintai
Haa haa haaa… Haa haa haaa…
Andai ku Letto wis pasti aku wong jowo Tapi kenyataan aku bukan siapa-siapa kuingin engkau mencintaiku apa adanya
Ku bukan superstar kaya dan terkenal Ku bukan saudagar yang punya banyak kapal Ku bukan bangsawan, ku bukan priyayi Ku hanyalah orang yang ingin dicintai
Kata orang ku mirip Glenn Fredly suara merdu, wanita jatuh hati Namun semua itu hanya mimpi bagimu woohoo~
Jadi… semua itu hanya mimpi? Ya iya laah… masya ya iya dong duren aja dibelah bukan dibedong
Ku bukan superstar kaya dan terkenal Ku bukan saudagar yang punya banyak kapal Ku bukan bangsawan, ku bukan priyayi Ku hanyalah orang yang ingin dicintai
Kamu bukan super, kamu bukan setar Kalo digabungin kamu bukan supersetarr.. Ku bukan bangsawan, ku bukan priyayi Ku hanyalah orang yang ingin dicintai Haa haa haaa… Haa haa haaa…
Petang Jumaat, 19 Disember yang lalu, beberapa Kerabat Astena telah mengajak saya untuk menonton teater bangsawan percuma di Panggung Bandaraya, Kuala Lumpur. Memandangkan lokasinya di Pusat Bandaraya, saya mempergunakan sepenuhnya peluang ini untuk memahami lebih lanjut sistem bas Rapid.
Saya bertolak agak awal, dalam jam 4.00pm, kerana ingin mencari-cari barang dan mengambil kesempatan merayau dahulu di Jalan Chow Kit. Sampai sahaja di Chow Kit, pemandangan wajib yang saya dapat lihat adalah sekumpulan manusia tekun berkumpul menonton TV di kedai barang-barang elektrik. Fenomena ini saya sudah lihat dari zaman saya meneman ibu membeli ikan di pasar Jalan Chow Kit lagi, lebih kurang 18 tahun yang lalu. Tidak kisahlah sama ada yang ditayangkan itu gusti ataupun gelek dangdut dari Indonesia, pasti ada yang akan menonton.
Saya meneruskan perjalanan lagi, masuk ke sebuah kompleks yang menjual barang secara borong, akan tetapi saya masih gagal menemui barang yang saya kehendaki. Saya keluar dengan hampa, dan terus berjalan menuju ke kompleks SOGO. Ini adalah kerana Farhan menanti saya di sana. Sebelum itu, saya sempat singgah melewati pasar-pasar bundle di situ.
Perjalanan diteruskan dengan senyuman, kerana saya memang meminati aktiviti berjalan kaki. Saya agak kasihan melihat kereta yang berpusu-pusu bergerak lebih perlahan dari pejalan kaki. Itulah hakikat jika memandu di ibu kota. Mesti pemandu-pemandu itu menghidapi tekanan perasaan yang menakjubkan.
Perjalanan saya terhenti seketika ketika saya hampir sampai ke Maju Junction. Bukan apa, lampu isyarat sudah bertukar ke warna merah. Saya terpaksa menanti selama lebih kurang 5 minit. Di Kuala Lumpur ini, berjalan kaki juga wajib mengikut lampu isyarat jika mahu perjalanan anda selamat.
Sampai sahaja di SOGO, rupa-rupanya Farhan pergi menghantar sebentar temannya menaiki LRT ke Sentul. Saya terus merayau dalam kompleks SOGO itu, melawat tempat-tempat saya melayan emosi lebih kurang 6 tahun yang lalu.
Sempat juga saya pergi ke tempat di mana saya menghabiskan duit poket bermain permainan video 15 tahun yang lalu. Ternyata, pusat itu masih wujud dan menghabiskan duit poket remaja-remaja muda yang lain.
Zul Mak Nyah meminta saya menempah tiket lebih awal kerana mereka takut tiba lewat. Saya terus berjalan menuju ke Panggung Bandaraya. Sampai sahaja, kelihatan petugas-petugas sedang masih sibuk menyiapkan niasan panggung itu. Rupa-rupanya, tiket tidak boleh ditempah. Siapa cepat, dia dapat. Jadi, saya yang masih belum solat Asar pergi dahulu ke Masjid Jamek untuk solat dan berehat. Saya beriktikaf sehinggalah masuk waktu Maghrib.
Selesai solat Maghrib, saya menanti Farhan yang katanya sudah tiba di stesyen Masjid Jamek. Terkejut juga saya melihatkan gadis yang dibawanya, rupa gadis itu amat serupa dengan sahabat saya Nazeera. NAMA MEREKA PUN SAMA!! Ustazah saya pernah beritahu bahawa di dunia ini akan ada 7 orang berwajah sama. Jadi, tinggal 5 sahaja lagi yang perlu dicari Nazeera.
Kami masuk dan menikmati Bangsawan Musang Berjanggut itu. Walaupun persembahan mereka agak seperti kurang professional dan diselit dengan persembahan-persembahan yang kurang relevan, akan tetapi agak seronok menonton dan menghiburkan. Santai juga rupanya.
Bangsawan itu turut dimuatkan dengan persembahan nyanyian oleh Haziq dari AF4.
Tamat bangsawan, saya pun keluar untuk berjumpa dengan Kerabat Astena yang duduk terpisah dari kami, kerana mereka lewat sampai. Kami kemudiannya pergi makan dan pulang ke rumah. He he he he.
18 Disember, malam itu saya baru sahaja tiba di rumah bersama Ewoq untuk mengambil kemeja-t kami yang sudah siap dihantar ke rumah saya. Dalam pada itu, sahabat saya Cicak sudah sibuk bertanyakan sama ada saya boleh berfoya-foya bersama beliau atau tidak pada malam itu.
Setelah selesai makan malam di rumah ibubapa saya, saya menumpang kasih Ewoq untk menghantar saya ke Tesco Extra Cheras, kerana Cicak dan Mat Aris ada menanti saya di sana. Kedua-dua paksi kejahatan yang sudah ada jalan hidup yang agak sempurna itu telah berjanji akan memulaukan saya jika saya mungkir janji untuk berfoya-foya bersama mereka.
Sampai sahaja di lokasi yang dijanjikan, mereka kelihatan sedang berbual hangat di Restoran Mamak yang terletak di Tesco itu. Saya pun lantas menambah kehangattan sambil memesan segelas kopi tarik suam-suam kuku. Rupa-rupanya, mereka menanti saya untuk makan bersama. Sungguh murni hati mereka. Apakandaya, saya sudah kenyang sehingga terbelahak membedal lauk masakan ibu di rumah.
Saya membiarkan mereka memesan makanan dan menyatakan saya sudah makan. Sambil makan, kami rancak berbual mengenai kerjaya, pelajaran, teknologi dan juga maklumat. Sungguh kurang adab kami ini kerana berani bercakap sambil makan. Jika ibu saya tahu, pasti saya dimarahi kerana ibu selalu memesan supaya saya menjadi seorang anak yang beradab.
Selesai menjamah selera, perancangan untuk merayau-rayau pula giat dilaksanakan. Sambil berjalan ke kereta Cicak, akal sihat kami ligat berpusing. Jam sudah pukul 12.00pm. Mat Aris mencadangkan kami lepak di kelab malam atau pub. Memandangkan kami bertiga tidak minum arak, tidak merokok, tidak begitu berduit, malah tidak pandai menari, cadangan itu hanya diketawakan sahaja dengan serta-merta. Itu belum jika dikira kadar faedah aktiviti itu. Kalau setakat menjeling-jeling amoi amoi mabuk, baik tak payah!
Cadangan saya pula untuk merayau-rayau di Downtown Cheras turut dibangkang majoriti kerana dikatakan membosankan, membazir tenaga dan juga tidak berfaedah. Kami memang tidak gemar melakukan perkara yang tidak mendatangkan hasil atau faedah.
Akhirnya, Cicak mengeluarkan satu cadangan yang agak bernas dan munasabah. Oh, ya, sebut fasal munasabah, baru saya teringat. Cicak esoknya akan terbang ke Sabah bersama ibunya untuk meminang kekasihnya yang tinggal di Sabah. Cicak akan bertunang! Patutlah beliau begitu baik hati membelanja makan minum kami pada hari itu… Sebenarnya perkara ini masih rahsia, akan tetapi Mat Aris telah terlepas cakap tercerita kepada saya dengan sengaja… ha ha ha ha!
Sambung cerita asal, Cicak mencadangkan kami lepak bersama Nen, sahabat beliau dari Filipina. Ini adalah kerana Nen memintanya menformatkan komputer riba yang baru dibelinya di Pesta Komputer di KLCC yang lalu. Jadi, setelah selesai menelefon Nen, kami terus menuju rumah Nen di Subang Jaya.
Sampai sahaja di sana, Nen dan sahabatnya Dino menyambut kami dengan penuh ramah mesra. Isteri Nen, Josh sudah tidur, jadi kami tidak boleh bising sangat. Dino pula baru sahaja memeluk Islam. Nama Islam beliau adalah Muhammad Subran. Saya agak seronok berbual dengan Dino dan bercerita mengenai Islam.
Sambil Mat Aris menggodek komputer riba mini itu, Nen menjamu kami dengan air dan keropok. Dia juga melayan kami dengan menunjukkan beberapa silap mata menggunakan kad terup. Sehingga dia kehabisan skil, kami pun bersama-sama memainkan permainan kad yang telah diajar oleh Cicak.
Rumah mereka sudah dipenuhi dengan hiasan-hiasan berkonsepkan Hari Natal memandangkan Nen dan isterinya beragama Kristian. Siap ada pokok krismas lagi. Kami terus minum kopi, bermain kad, dan menonton DVD sambil menanti komputer Nen siap diformat. Sehingga jam 3.45am barulah siap.
Siap saja kerja, kami lantas meminta diri untuk pulang. Sebelum itu kami bergambar kenang-kenangan bersama pokok krismas, kerana itu adalah benda yang jarang dapat kami dekati. He he he he…