Kisah 3
Tahun 2011, baru sahaja berlaku petang tadi.
Saya, Idzuan dan Harry (rakan sepejabat) baru pulang dari kenduri Mimi (bekas rakan sepejabat) di Batu Gajah, Perak. Kami semua naik kereta Idzuan. Kami berhenti di kawasan rehat dan rawat (R&R) Tapah untuk kencing, solat dan minum.
Saya hanya ada RM 4.00 dalam dompet. Setelah usai solat, saya pun singgah di ATM Maybank di kawasan R&R itu. Dengan niat yang ikhlas, saya mahu keluarkan duit beberapa ratus untuk kegunaan belanja dan juga hendak bayar duit main kutu-kutu bila pulang di rumah nanti.
Percubaan mencucuk kad juga agak susah. Saya mula terasa tak sedap hati. Setelah beberapa kali cucuk baru kad masukKetika saya sedap melihat baki akaun, tiba-tiba datang seorang kakak menegur saya.
"Dik, jangan pakai mesin tu! Dah 10 kad dia telan!"
"Haa?" Saya terpinga-pinga tidak faham.
"Kad akak dah kena telan tadi. dah 10 orang, kad dia kena telan. Batalkan cepat dik!"
Saya yang agak terkejut lantas menekan butang 'BATAL'. Akan tetapi, malang datang menimpa. Kad saya kena telan juga.
"Akak terlambat nak bagitahu, ingatkan adik tak masuk kad lagi." Akak itu bercerita dengan wajah sugul. Ada beberapa brader-brader keliling juga berwajah sugul, mengatakan kad mereka kena telan.
"Cepat dik, telefon bank sekarang!"
Saya mula runsing kerana esok dan isnin adalah cuti umum. Saya makin panas hati kerana tiada apa-apa tanda atau notis mengatakan mesin itu rosak, padahal sudah 10 orang kad mereka kena telan. Saya yang panas hati, lalu mengangkat satu tong sampah dan meletakkan tong itu di hadapan mesin, supaya tiada orang lain kad tertelan lagi.
Dengan marah, saya menelefon bank, sambil berlalu meninggalkan sekumpulan manusia malang itu. Walaupun marah, saya masih berhemah ketika menelefon. Tak ada gunanya marahkan operator telefon, masalah tidak akan selesai. Mereka bertugas membantu kita, jadi untuk apa kita marahkan mereka?
Panggilan terputus ketika saya menelefon. Saya tidak perasan Idzuan yang memanggil-manggil saya dari jauh. Maklumlah, saya lemah dalam multitasking. Lalu saya menghampiri tempat di mana Idzuan dan Harry sedang lepak minum. Harry menyuruh saya membeli minuman untuk menenangkan fikiran.
Kemudian, pihak bank menelefon saya kembali. Saya ada dua pilihan, sama ada menanti kad saya dipulangkan ke cawangan Cyberjaya dalam masa seminggu, atau pergi ke cawangan KLCC/Pavillion besok pagi untuk ambil kad baru. Akan tetapi, untuk ambil kad baru kena bayar RM12.00.
Memandangkan Ahad dan Isnin cuti umum, saya perlu ambil kad dengan segera untuk ambil duit. Gila apa cuti tak ada duit? Bil nak bayar, kereta nak bayar, kutu-kutu nak bayar, nak lepak berborak lagi, duit minyak lagi. Pakai duit semua tu. Bukan pakai sampah.
Jadi, esok pagi, saya akan naik tren pergi KLCC bawa kapak. Imej garang kena jaga.
Terima kasih Harry sebab belanja minum, terima kasih Idzuan sebab hantar saya balik sampai depan rumah.
Persoalannya, saya yang berdendam dengan bank, atau bank yang berdendam dengan saya?
Tamat...
1 ulasan:
bank berdendam dengan lu sebab lu tak ada buat online banking transfer duit dalam akaun lu ke akaun member lepastu cucuk duit pakai kad atm member..gua agak je ni.
Catat Ulasan