Memaparkan catatan dengan label teratai mewah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label teratai mewah. Papar semua catatan

Ahad, 15 Jun 2008

Secangkir susu semanis puan



"Lapar lah pulak... " kata Pokcik sambil menepuk-nepuk perut lepernya "Kau tak lapar?" Tanya Pokcik setelah kami tamat menonton sebuah filem Stephen Chow.


"Macam lapar..." Jawab saya setelah menepuk-nepuk perut yang bulat, dan berombak apabila ditepuk. "Nak turun ke?"


"Ingat nak carik burger la, boleh beli susu sekali, nak minum dengan coklat yang Sheikh bagi tadi." Jawab pokcik yang sudah mula menyarungkan baju. "Nak ikut?"


"Jom lah..." Saya pun menukar baju, kerana pada waktu itu, saya sudah pun memakai pakaian seragam tidur.


Jam di telefon bimbit sedah menunjukkan waktu 2.58am. Tetapi, oleh kerana suasana Teratai Mewah yang tidak pernah tidur ibarat Manhattan kecil, jadi tidak menjadi masalah jika anda perlu membeli apa-apa barang, termasuklah makanan walaupun sudah hampir subuh.


"Azhar... Kitorang nak turun, kau nak kirim apa-apa?" Saya bertanya pada azhar yang sedang asyik menonton filem The Incredible Hulk yang baru selesai dimuat turun.


"Hang beli untuk aku "mister potato" botoi besaq satu." Jawab Azhar sambil mata masih memandang monitor.


Lalu, saya pun turun dengan pokcik, dan seperti suasana biasa di Teratai Mewah, masih ada manusia menunggu lif ibarat hari siang. apabila sampai di gate utama, pengawal keselamatan sedang bermain-main bersama anjingnya. Saya agak cuak seketika, tapi masih ego dan meneruskan perjalanan.


"Alamak.. burger dah tutup laa.." Ujar Pokcik seraya melihat pekerja-pekerja gerai burger di hadapan kedai Anandur sedang berkemas-kemas.


Kami terus masuk ke kedai Anandur dan memesan nasi lemak dan susu ais. Sambil menanti makanan kami siap dibungkus, kami berjalan masuk ke kedai runcit bersebelahan untuk membeli keropok kentang kiriman Azhar.


Setelah siap makanan kami dibungkus, mamak pekerja Anandur itu bergurau dengan saya dengan melekatkan bungkusan susu ais yang ternyata amat dingin itu di tangan saya. Nyaris-nyaris saya terlatah. Nasib baik saya tidak terjerit latah seperti biasa. setelah siap membayar, kami pun berjalan masuk semula ke Teratai Mewah.




Masuk sahaja ke dalam lif, Pokcik menekan butang tingkat 10 untuk ke tingkat 11. Bukan kerana kami mamai atau mabuk, tetapi itu lah hakikatnya di Teratai Mewah ini, butang lif nya berterabur susunannya. Sampai sahaja di atas, kami terus makan sambil menonton filem Bruce Lee "The Big Boss".

Sabtu, 7 Jun 2008

Semalam yang Melayu di Kampung Baru



Malam ini, saya tidur di rumah Pokcik di Teratai Mewah. Pada kertas kerja awalnya kami ingin menyiapkan buku laporan praktikal kami. Apabila sampai sahaja di rumah Pokcik, Sheikh dengan tersenyum memberitahu bahawa beliau sudah siap memuat turun 4 filem-filem yang menarik.


Sampai sahaja, saya terus memasang komputer saya untuk terus bermain internet. Pokcik dan Sheikh pula teruja untuk menonton filem animasi ‘Horton Hears a Who!’. Saya pun asyik bermain internet sehingga sampai waktu senja. Kami sudah ada perjanjian untuk makan di Kampung Baru malam itu. Kami menanti Pak Yad siap, dan menunggu untuk merasakan naik kereta baru beliau. Sempat juga saya termenung di balkoni, menikmati horizon senja sambil menanti masuk waktu Maghrib.




Ketika asyik menulis untuk kemasukan blog semalam, Pak Yad pun menelefon Sheikh untuk kami lekas turun. Dengan pantas, kami siap memakai pakaian dan saya pun mengemaskini blog dengan tergesa-gesa. Sesudah itu, kami pun turun bersama-sama menaiki lif.


Dalam lif, kami kasihan melihat seorang makcik tua yag terpaksa mengawal 5 orang cucu yang lasak dalam lif. Kejap tekan sana, kejap tekan sini... melanggar-langgar orag lain dalam lif. Saya agak gelihati melihat telatah anak-anak lincah itu. Budak-budak itu juga terlalu ramah dan mengur-sapa kami. Tetapi, mereka terlalu lasak, dan agak susah dikawal nenek mereka. Sampai tingkat 5, keluarga makcik itu pun turun. Kami meneruskan perjalanan ke tingkat bawah


“Tak lama lagi, boleh mati makcik tu” kata Pokcik setelah makcik itu keluar. Mungkin anak-anak makcik itu ingin lepas tangan, dan menghantar anak-anak mereka ke rumah ibu pada musim cuti sekolah. Sampai sahaja di bawah, Pak Yad sudah sedia di hadapan lif dengan bergayanya. Lantas kami melajukan langkah tanpa banyak songeh lagi.


Kami menaiki kereta Pak Yad meluncur dengan cermat menuju Kampung Baru. Ternyata walaupun Pak Yad seorang yang gagah perkasa, tetapi beliau adalah antara pemandu paling cermat dan berhemah dalam sejarah hidup saya. Ini membuatkan saya rasa selamat dan damai. Perjalanan kami malam itu mengumpulkan 4 sahabat yang berlainan fahaman dan ideologi, tetapi masih akrab. Seorang ultra nasionalis pro kerajaan. Seorang liberal demokratik. Seorang anarkis pro Islamik dan pembangkang. Seorang lagi pesara anarkis non partisan pro pembangkang.


Sampai sahaja di Kampung Baru, agak sukar untuk kami mencari parking dekat dengan kawasan tempat kami ingin makan. Kampung baru agak penuh dengan manusia-manusia berkenderaan. Hampir kesemua yang bersusun di jalanraya Kampung Baru itu adalah orang Melayu. Memang agak sesak malam itu. Mungkin mereka semua mempunyai niat murni untuk makan seperti kami Mungkin juga mereka kebosanan kerana tiada lagi siri AF untuk ditonton di rumah. Nasib baik bukan malam minggu.


Setelah puas kereta Pak Yad mengesot-ngesot, akhirnya kami berjaya mendapat parking di hadapan sebuah kedai serbaguna D-LIMA. Sebuah kedai Melayu yang beroperasi sama seperti kedai 24jam 7-11 yang terletak dihadapan kawasan Nasi Lemak Antarabangsa. Ternyata di Kampung Baru, persaudaraan sesama bangsa masih kuat. Seorang penjaja gerai telah menolong kami menunjuk arah untuk parking dalam kesibukan jalanraya. Walaupun kami tidak pernah saling mengenali.


Setelah parking, kami terpaksa berjalan agak jauh. Sepanjang perjalanan, kami berbicara tentang sejarah Kampung Baru, suasana Kampung Baru, komuniti Kampung Baru.... Itulah sahaja satu-satunya kawasan Kampung Melayu yang masih gagah kekal di tengah-tengah kota yang pesat membangun. Kami semua berharap agar Kampung Baru terus kekal sebagai warisan. Perjalanan diteruskan dengan Pak Yad yang kekaguman kerana beliau yang walaupun ultra nasionalis, tetapi tidak pernah masuk ke Kampung Baru.




Akhirnya kami pun tiba ke destinasi. Sebuah steak house sederet dengan Masjid Kampung Baru. Walaupun kami makan lamb chop malam itu, tetapi jatidiri kami masih Melayu... Sambil mengunyah lambchop yang mengecurliurkan itu, kami berbbicara lagi tentang masalah negara dan dilema bangsa yang meruncing sekarang. Bermula dengan kenaikan harga minyak yang mengejut dan mendadak, sehinggalah kesilapan pemimpin-pemimpin negara, dari sebelum merdeka, sehinggalah zaman akan datang. Ini termasuklah cerita mengenai kisah pensyarah UKM yang ingin menuntut hak kesultanan Pahang. Tiba-tiba terniat oleh Pokcik untuk menuntut takhta kesultanan Pasir Mas, daerah kelahiran beliau. Kami bertiga sudah mula berangan-angan untuk menjadi pembesar-pembesar daerah Pokcik itu... Kami semua terus berbual sambil menghisap rokok. Memandangkan hanya saya seorang yang tidak merokok, saya menghabiskan kentang goreng dan roti berseorangan.




Setelah perut dan paru-paru kami sarat, kami pun mula melangkah keluar dari restoran untuk pulang. Dalam jam 11.30, kami mula bergerak keluar dari Kampung Baru. Pada mulanya kami ingat ingin merayau-rayau sekitar Jalan Chow Kit untuk melihat telatah pelacur atau mak nyah, tetapi kami teringat 4 filem Jet Li yang sedang dimuat turun di rumah. Kami pun membeli kacang dan minuman untuk dilayan sambil menonton.

Ketika sampai di lampu trafik kami terlihat satu pohon besar yang menakutkan, tetapi tidak ditebang berhampiran monorail Jalan Chow Kit.

“Pokok ni mesti ada hantu... pasal tu tak tebang” kata Pokcik.

“Mana... Kat KL ni, hantu yang takut kalau tengok manusia!” bidas Sheikh..

Kami ketawa, dan terus pulang ke Setapak.. hehehehehe

Jumaat, 16 Mei 2008

Tangga


Dah selesai membuang hajat besar menggunakan tandas horror @ angker, serta dipenuhi dengan elemen damn! di rumah bernombor 4-11-1, saya meneruskan usaha saya menelaah video2 yang sudah temaktub dalam youtube. Terima kasih pada mereka yang rajin berhempas pulas memuatnaikkan video2 itu. Lantas asyik menikmati lenggokan tarian dan lunakan suara Mulan Jameela mendendangkan lagu ‘makhluk tuhan paling sexy’. Oh.. oh.. oh..

Tiba2 pintu dibuka dan kelihatan Sheikh pulang dengan sebungkus bihun ditangannya. Dia berpeluh2 dan tercungap2 lesu. Itu adalah waktu pulang dari kerja yang normal bagi Sheikh iaitu jam 8.00am. Walaupun tercungap2, namun dia masih mampu tersenyum mesra seperti biasa.

“Aduh.. Lif rosak siyut! Sampai kul 11” kata Sheikh.

Lif rosak adalah perkara biasa ketika saya masih adalah penghuni tetap di Teratai Mewah. Nasib baik lah hari ini saya akan hanya menuruni tangga sahaja, walau 11 tingkat, namun menuruni tangga takdelah menewaskan stamina saya. Takpela, boleh eksesais sikit.

9.45am saya dan Pokcik mula meninggalkan 4-11-1 untuk ke tempat kerja. Sampai je di muka tangga bersebelahan dengan lif, sudah terlihat hasil tamadun manusia yang indah menghiasi muka tangga – sebungkus sampah dibungkusi plastic transparent. Didalamnya siap ada pampers budak terpakai.. aduh, situ je buang taik anak? Mentang2 lif rosak, tangga jadi tong sampah diorang.


Dalam perjalanan menuruni tangga, kami sempat berbual2 dengan kakak2 cleaner yang sedang melepaskan lelah di tangga itu, maklumlaa.. tangga tu tinggi.. “dia urang kok buang sampah rata2 sih” kakak tu cakap. “ini kerja orang tak bertamadun!” kata Pokcik.. agak ahh.. setiap tingkat pasti ada sampah kat ruang tangga. “dik! Jaga2..! ada orang buang beer kat lantai tu..” pesan kakak lagi sorang kat saya..

Huh! Mabuk pandai.. tak pandai habiskan.. kalau tak habis pun, buang la elok2.. apa punya bodoh.. Nasib baik saya tak pijak.. kalo tak mungkin tergelincir pasal licin.. atau tergelincir pasal kaki saya mabuk.. ahahahahah..

Khamis, 15 Mei 2008

pagi di teratai mewah


hari ini saya bangun pagi.. ya, memang agak pagi dari biasa, jam 7 dan saya tidak tidur balik. selalunya saya akan bangun jam 9.00 pagi memandangkan saya masuk kerja jam 10.30am. bangun pagi, tapi tak buat apa2 pun.. tengok internet, cek email, layan YM, layan video2 kat you tube, dan tak keluar langsung dari teritori tilam sheikh yang saya tumpang untuk mengecapi nikmat tidur malam tadi. keluar je dari tilam pun atas dasar perasaan nak terberak yang amat kemuncak.... hehehehe. tapi sebelum melangkah ke tandas, saya sempat singgah ke berandah. di berandah, saya melihat panorama yang telah lama tidak saya kecapi.. melihat pasar pagi dari berandah yang tinggi... dari atas, saya terasa seperti penguasa bumi yang memerhati dari langit.. sambil2 tu saya mengusyar2 mana lah tahu ada amoi2 manis yang membeli katak atau itik di pasar.. lalu kenyataan kembali, saya tersedar saya perlu berak.. hehehe adios!

Rabu, 14 Mei 2008

semalam di teratai mewah

malam ni saya tidur di apartment teratai mewah, sebuah apartment yang tak semewah namanya tapi penuh dan kaya dengan memori. malam ni saya tumpang rumah azhar n pokcik, perghh dah lama tak tido sini, teringat zaman belajar kat kolej dulu, bangun pagi pun pasal terdengar peniaga pasar dibawah bising tawar menawar dan menyembelih katak.. malam ni saya ingat nak pinjam internet azhar sebenarnya, nak chat dengan pa'an.. tapi keadaan pa'an tak mengizinkan malam ini.. jadi saya menikmati internet je la jawabnya...

~Kenangan gembira tahun 2003 di teratai mewah~