Saya nak jadi penulis yang rajin, menulis walau dalam apa sahaja keadaan. Apa masalahnya menulis? Kalau dah handal, macam mana pun, mesti ada idea punya. Hanya pemalas sahaja yang akan menyelitkan pelbagai alasan. Tidak kira lah alasan itu bijak atau tidak. Alasan tetap adalah senjata utama pemalas dan penipu.
Tak kira lah dah kerja ke, dah berumahtangga ke, dah pindah rumah ke, dah cacat tubuh ke...
Kalau mahu pasti mampu!
Tapi...
Itu semua hanyalah sumpah keramat sebelum melangkah ke alam bekerjaya.
Sekarang?
Semenjak kerja... tercungap-cungap saya nak membahagi masa. Saya masih belum dapat mengatur masa saya berbanding ketika masih memegang jawatan penganggur tepu pada bulan-bulan yang lalu.
Sekarang, lepas subuh tu dah kena siap-siap nak pergi kerja. Kalau dulu, lepas subuh tu la bar nak tidur.
Sekarang, kadang-kadang jam 9.30pm saya dah terlelap. Kalau dulu, pukul 9.30pm lah saya baru bersiap-siap nak keluar merayau.
Dulu, buka mata sahaja sudah mahu sentuh komputer. Bila dah kerja ni, komputer sendiri pun rasa malas-malas nak usik. Dah letih menghadap komputer.
Saya akan cuba memastikan saya masih menulis. Menaip sebenarnya. Kenapa ya? Kenapa masih digunakan istilah 'penulis' sedangkan sekarang sedang menaip. Sepatutnya 'penaip' lah kan? Ahh! suka hati lah...
3 ulasan:
Salam.
Wah, sudah tidak menyandang gelaran penganggur kehormat lagi rupanya. Selamat datang ke dunia yang meletihkan minda, penuh tekanan dan cabaran.
Ambillah masa bagi menyesuaikan diri. Insyaallah, warga kerja yang berdedikasi tidak akan berasa tidak cukup 24 jam sehari kerana mereka bijak membahagi dan mencuri masa untuk diri sendiri.
Teruskan menulis (atau menaip) kerana itu satu cara mudah untuk berkongsi. Menulis juga satu kepuasan minda untuk mereka yang bijak memanfaatkan akal fikir anugerah Ilahi.
Semoga Allah permudahkan segala urusan dan semoga Allah mengganjarkan kekuatan buat Hadi. ;)
terima kasih angah... Terima kasih juga sebab Angah selalu sokong dan ambil tahu pasal saya. InsyaAllah, saya akan sesuaikan diri.. Amin..
haha..lpas ni dh xder la merayap yek..makan pun tak lalu??boleh caye ker??janji blanje makan ikan bakar kat melaka mesti dikotakan!!!!
Catat Ulasan