Memaparkan catatan dengan label kultus haram teratai hitam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kultus haram teratai hitam. Papar semua catatan

Rabu, 20 Mei 2009

Resolusi Paan 2009

9 Mei 2009

Setelah selesai Maghrib di Pasar Seni, saya mesej Paan KHTH. Malam ini dia menginap di Banglo Usang GPMS.

"Hang ada kat GP lagi? Aku nak datang sekarang"

"Haa.. ada ada. Hang datang la"

Saya terus memulakan langkah murni, berjalan dari Pasar Seni ke banglo usang seram itu. Dah lama juga saya tak ke sana. Semenjak saya dah tak minat nak masuk campur apa sahaja aktiviti beberbaur belia dan politik.

Sedang saya sedap berjalan di tengah-tengah Dataran Merdeka, tiba-tiba Paan telefon saya.

"Weh, hang bila nak sampai?"

"Aku dah gerak la ni. Kejap lagi sampai la."

"Hang dah kat mana? Hang dengan sapa?"

"Aku sorang je, dah sampai Dataran merdeka dah ni.."

"La.. hang naik teksi ka? Cicak takdak?"

"Cicak ada hal, aku jalan kaki."

"Hang gila ka apa? Hang buat apa jalan kaki kat Dataran tuh? Hang ingat marathon ka?"

"Biasela Paan.."

"Hang tunggu kat sekolah bawah tu. Nanti aku amik hang."

"Orait babeh."

Saya terus berjalan sehingga sampai di sebuah sekolah di hujung jalan. Sampai-sampai sahaja, tepat dengan masanya, Paan pun sampai. Dengan motorsikal canggihnya. Di tangan kirinya kelihatan satu benda yang mencurigakan.

"Nah, hang pakai ni. Aku tak jumpa helmet lebih."

Paan menghulurkan satu topi koboi kepada saya.

Saya yang malas nak berkira, terus pakai topi koboi dan membonceng motor Paan dengan rapi.

"Vrooommmm...."

Sekejap sahaja sudah sampai ke banglo usang GPMS.

"Hari ni takdak orang. Depa semua dah pegi Perak. Pastu habih tiggai suma benda sepah."

Paan merungut. Saya hanya diam dan cari tempat mana-mana yang boleh melabuhkan punggung.

"Hang ada internet ka Paan?"

Saya saja nak berborak. Saya tengok macam Paan nak bukak Facebook tapi tak lepas-lepas.

"Internet GP dah kena potong. La ni curik line kementerian depan tu haa.."

Paan bosan menunggu internet curi yang sangat lembab, lalu membuka TV. Kami tonton berita TV3 sama-sama. Kami lebih banyak diam. Saya tahu Paan sedang dalam proses bersedih. Jadi saya tak mahu kacau lebih-lebih. Jadi saya pun mengambil kesempatan untuk menenangkan jiwa yang berkecamuk.




Malam itu, semasa berita, ada satu slot menemubual anak-anak dari rumah anak yatim. Oh, bersempena hari Ibu esok rupanya.

Tiba-tiba, Paan bersuara setelah lama diam.

"Aku rasa, aku nak cari bini dari rumah anak yatim laa.. Ramai woo yang cun cun."

"Betul gak tu. Aku pun dah lama terfikir macam tu." Saya balas

"Awat?" Paan tanya balik.

"Nanti kalau dah kawin, kompom dia sayang mak ayah kita. Pasal diorang dah takde mak ayah. Kita cari la yang elok-elok sikit."

"Betui gak tu. Nanti takdak la nak gaduh-gaduh raya nak balik kampung mana..."

"Ha'ah kan? Tak payah sibuk-sibuk nak balik kampung."

"Jadi Bob, kita kena buat resolusi. Kita mesti cari awek dari rumah anak yatim!"

"Hang kena tunggu la diorang umur 18 tahun."

"Takpa... tunggu lama pun aku dah tak kesah!"

Kami terus sambung menonton TV sampai Cicak muncul jam 10.00pm untuk membawa kami mengusya gadis-gadis di Jusco tempat Amir kerja.

Jumaat, 17 April 2009

Kultus Haram Teratai Hitam dah ada blog?

Atas sebab saya dah habis belajar, maka saya pun dah ada masa nak buat benda ni:


Kepada para kultusan, sila klik gambar untuk melawat...

Majlis Tertinggi KHTH diwajibkan masuk

Selasa, 3 Februari 2009

Teras keras, sekolah lama, emosi dan air mata lelaki, Oh, Jason Vorhees

Suatu petang, Firdaus SMS saya. Kemudian, kami berbual di YM


tefirrorist30: dapat msg aku bob?

komrad_zaibatsu: jap
komrad_zaibatsu: ada org caci kita lagi ke daus?
komrad_zaibatsu: aku masih sayang jason
komrad_zaibatsu: huhuuh

tefirrorist30: takde ah..
tefirrorist30: dulu2 kan ada..
tefirrorist30: aku tgk balik video show kita brulang2 ni..
tefirrorist30: show this is hell..
tefirrorist30: walaupun bertiga jer..
tefirrorist30: tapi energetic...
tefirrorist30: best gak lagu2 kita..
tefirrorist30: cuma kita infamous je..

komrad_zaibatsu: ahahaha

tefirrorist30: tak main gig pun kita record..

komrad_zaibatsu: betul
komrad_zaibatsu: pastu print t-shirt

tefirrorist30: hehehhe...

komrad_zaibatsu: kenangan kita daus
komrad_zaibatsu: itu punca kita jadi siapa kita

tefirrorist30: walaupun musik2 indie, post hardcore, metalcore, pop yang menguasai dunia ini..

komrad_zaibatsu: jantung hati KHTH

tefirrorist30: yaarrhhhh!!!!!
tefirrorist30: budak hardcore ke bukan budak hardcore ke tau lagu kita.
tefirrorist30: boleh nyanyi sama2...

komrad_zaibatsu: betul....

tefirrorist30: aku mimpi semalam bob

komrad_zaibatsu: abang kita tu macam mana?

tefirrorist30: kita jammming ramai2

tefirrorist30: ntah senyao je..

komrad_zaibatsu: aku rindu kat dia, tapi dia buat aku segan nak tegur dia
komrad_zaibatsu: bila cerita pasal ni, aku jadi syahdu siyut
komrad_zaibatsu: ahahahahah

tefirrorist30: tu la pasal..
tefirrorist30: semalam pagi2 dia dah kaco aku
tefirrorist30: cilaka tul..

komrad_zaibatsu: ko mimpi kita jamming katne daus?

tefirrorist30: tak tau la..
tefirrorist30: tapi ramai giler yang sing a long..
tefirrorist30: semua kultusan!!

komrad_zaibatsu: oh deym!

tefirrorist30: syahdu woooo..

komrad_zaibatsu: rindu beb, rindu... masuk studio jamming pun toke jamming kenal
komrad_zaibatsu: masuk jam, ramai kawan2 datang nak join tengok

tefirrorist30: bukan sebarang tokey tau!!!
tefirrorist30: artis tuh!!!

komrad_zaibatsu: ahahahha

tefirrorist30: buat riuh pun relax jer..
tefirrorist30: takde nak poyo2...

komrad_zaibatsu: tu la pasal
komrad_zaibatsu: padahal dia toke otai

tefirrorist30: betul bob...
tefirrorist30: nampak berbeza..
tefirrorist30: walaupun aku dah pkai kasut kulit sekang nih...
tefirrorist30: jiwa tetap hatkor!!! JV la punca komplete nye kita sebagai seorang hardcore.. (tuiii, ayat macam haram)
tefirrorist30: komplete nyer sebagai seorang muslim tanak buat..
tefirrorist30: adoii laa..
tefirrorist30: hehehe..

komrad_zaibatsu: aduh....
komrad_zaibatsu: luka hati beb
komrad_zaibatsu: ahahahaha!
komrad_zaibatsu: aku nak solat jap
komrad_zaibatsu: hehehe

tefirrorist30: adieeehh..
tefirrorist30: sama la kita bob..
tefirrorist30: sambung nanti..

Tiba-tiba, air mata mula mengalir. Satu demi satu memori kembali


Jason Vorhees, 2004



Paul's Place, Jalan Klang Lama - 2004



Larkin, Johor Bharu - 2004



Paul's Place, Jalan Klang Lama, 2007 (pertama tanpa arwah)







Arwah Fendi (Panjang), Apis Kadak, Firdaus 2004

Al-Fatihah....

Ahad, 25 Januari 2009

Satu malam dengan Kultusan...



Alhamdulillah, dengan perancangan yang agak tiba-tiba, Majlis Makan Bayar Sendiri KHTH berjaya dilaksanakan dengan aman.

Kultus Haram Teratai Hitam yang bersatu hati semenjak tahun 2003. Walaupun beberapa ahli asal masih tidak dapat dikumpulkan, akan tetapi, makan-makan malam itu agak menyeronokkan, walaupun terdapat beberapa kesalahan major.

Terimakasih pada semua yang menjayakannya. Jumpa lagi!



Dari kiri, Apeng, Amir, Sas, Amat, Paan, Choy, Hadi, Jan, Harith, Daus




Kultusan yang memang berasaskan kasih sayang sesama manusia.




Kambing agak liat pada malam itu




Makan sambil bising




Choy dan Paan yang berkemungkinan gambar mereka tidak nampak




Bising, sampai gambar pun gegar




Makanan kegembiraan




Choy, dengan topeng pengelak bau mulut



Harith dan Cicak yang angin kerana makanan mereka tidak sampai-sampai



Sas, Amat, Apeng



Apeng sempat memberikan saya sekeping EP "euphony" dari band pop nya, Lovesick Avenue.

"Aku masih hardcore" - Kata Apeng, semasa beliau mahu pulang.

Terima kasih juga bagi mereka yang telah menghulurkan derma buat Palestine. Sumbangan dari kultusan telah saya bank-in kan ke akaun MERCY Malaysia malam itu juga. :)