Rabu, 20 Mei 2009

Resolusi Paan 2009

9 Mei 2009

Setelah selesai Maghrib di Pasar Seni, saya mesej Paan KHTH. Malam ini dia menginap di Banglo Usang GPMS.

"Hang ada kat GP lagi? Aku nak datang sekarang"

"Haa.. ada ada. Hang datang la"

Saya terus memulakan langkah murni, berjalan dari Pasar Seni ke banglo usang seram itu. Dah lama juga saya tak ke sana. Semenjak saya dah tak minat nak masuk campur apa sahaja aktiviti beberbaur belia dan politik.

Sedang saya sedap berjalan di tengah-tengah Dataran Merdeka, tiba-tiba Paan telefon saya.

"Weh, hang bila nak sampai?"

"Aku dah gerak la ni. Kejap lagi sampai la."

"Hang dah kat mana? Hang dengan sapa?"

"Aku sorang je, dah sampai Dataran merdeka dah ni.."

"La.. hang naik teksi ka? Cicak takdak?"

"Cicak ada hal, aku jalan kaki."

"Hang gila ka apa? Hang buat apa jalan kaki kat Dataran tuh? Hang ingat marathon ka?"

"Biasela Paan.."

"Hang tunggu kat sekolah bawah tu. Nanti aku amik hang."

"Orait babeh."

Saya terus berjalan sehingga sampai di sebuah sekolah di hujung jalan. Sampai-sampai sahaja, tepat dengan masanya, Paan pun sampai. Dengan motorsikal canggihnya. Di tangan kirinya kelihatan satu benda yang mencurigakan.

"Nah, hang pakai ni. Aku tak jumpa helmet lebih."

Paan menghulurkan satu topi koboi kepada saya.

Saya yang malas nak berkira, terus pakai topi koboi dan membonceng motor Paan dengan rapi.

"Vrooommmm...."

Sekejap sahaja sudah sampai ke banglo usang GPMS.

"Hari ni takdak orang. Depa semua dah pegi Perak. Pastu habih tiggai suma benda sepah."

Paan merungut. Saya hanya diam dan cari tempat mana-mana yang boleh melabuhkan punggung.

"Hang ada internet ka Paan?"

Saya saja nak berborak. Saya tengok macam Paan nak bukak Facebook tapi tak lepas-lepas.

"Internet GP dah kena potong. La ni curik line kementerian depan tu haa.."

Paan bosan menunggu internet curi yang sangat lembab, lalu membuka TV. Kami tonton berita TV3 sama-sama. Kami lebih banyak diam. Saya tahu Paan sedang dalam proses bersedih. Jadi saya tak mahu kacau lebih-lebih. Jadi saya pun mengambil kesempatan untuk menenangkan jiwa yang berkecamuk.




Malam itu, semasa berita, ada satu slot menemubual anak-anak dari rumah anak yatim. Oh, bersempena hari Ibu esok rupanya.

Tiba-tiba, Paan bersuara setelah lama diam.

"Aku rasa, aku nak cari bini dari rumah anak yatim laa.. Ramai woo yang cun cun."

"Betul gak tu. Aku pun dah lama terfikir macam tu." Saya balas

"Awat?" Paan tanya balik.

"Nanti kalau dah kawin, kompom dia sayang mak ayah kita. Pasal diorang dah takde mak ayah. Kita cari la yang elok-elok sikit."

"Betui gak tu. Nanti takdak la nak gaduh-gaduh raya nak balik kampung mana..."

"Ha'ah kan? Tak payah sibuk-sibuk nak balik kampung."

"Jadi Bob, kita kena buat resolusi. Kita mesti cari awek dari rumah anak yatim!"

"Hang kena tunggu la diorang umur 18 tahun."

"Takpa... tunggu lama pun aku dah tak kesah!"

Kami terus sambung menonton TV sampai Cicak muncul jam 10.00pm untuk membawa kami mengusya gadis-gadis di Jusco tempat Amir kerja.

Tiada ulasan: