Rabu, 29 April 2009

Menanti Daus, pasti sempat tidur nyenyak

Setelah kecewa dengan sesi temuduga yang entahapa hapa, Saya pun balik rumah keletihan dan kekenyangan.

Balik, saya sempat buka komputer kejap, nak cek email. Sempat juga tengok Facebook sekelip dua. Saya sengaja malas nak buka YM pasal tak mahu diganggu.

Tiba-tiba Daus mesej saya pakai Facebook.

"Amacam interview?"

"Macam haram" Saya jawab ringkas dan padat.

"Jom keluar, aku nak carik charger henset" Daus pelawa.

"Bila?" Saya tanya balik.

"Petang ni. Lewat-lewat sikit. Lepas Asar ke"

"Ni kau dah mandi ke belum?" Saya tanya.

"Belum" Daus jawab.

"Ok, kau pegi mandi dulu, lepas tu siap, lepas tu kau pegi makan. Bila kau dah ready, kau kejutkan aku."

Lepas tu saya terus tutup komputer, dan tidur.

Dah dekat-dekat Maghrib Daus telefon.

"Weh! Cilakak! Ada lawan bola ke hari ni?!"

"Ha'ah, Selangor lawan Kelantan." Saya jawab suara ngantuk-ngantuk.

"Siyut! Apasal takde orang bagitau aku? Aku dah stuck dua jam kat jalan jem nih!" Daus merungut dan ada carut-carut sikit.

"Kau tak tengok berita ke? Takpe, aku tunggu je kau"

Saya sambung tidur.

Isnin, 27 April 2009

Temuduga yang menduga keimanan

Beberapa minggu sebelumnya, saya mendapat mesej dari Jabatan Tenaga Kerja Kuala Lumpur.

Mesej berbau manis itu meminta saya datang di satu sesi temuduga di Perpustakaan Kuala Lumpur. Tahu tak dekat mana? Dekat betul dengan Dataran Merdeka.

Ini satu peluang baik! Ada kemungkinan saya kerja kerajaan! Ada kemungkinan saya menjadi pegawai! Ada kemungkinan saya ada pencen di hari tua, klinik percuma, anak-anak pun senang, isteri pun boleh beranak secara percuma. Ceh, berangan sampai ke situ pulak.

Pagi itu saya bangun awal. Lepas Subuh, walau saya tidur balik, tapi saya tidur tak sampai sejam. Pukul 7.45am saya dah bangun. Walaupun saya balik dari merayau pada jam 3 pagi. Mata terasa segar secara semula jadi. Awal-awal lagi saya dah gosok kemeja belang-belang biru putih saya. Baru lah kacak dan berketerampilan.

Lepas mandi, saya pun mencukur misai dan kemaskan janggut sikit-sikit. Biar nampak matang dan bijaksana. dah siap wangi-wangi, sarung baju dan seluar, boxer pun saya pilih yang paling berketerampilan. Biar tambah keyakinan. Rambut pun taruk gel sikit, pastu tolak-tolak pakai jari je. Tak pakai sikat pun.

Sedang saya menyarung kasut kulit terpakai berjenama Doc Marten yang dibeli di bundle tahun lepas, tiba-tiba ayah keluar dari bilik.

"Kau nak kemana pagi-pagi ni?" Ayah tanya.

"Interview kerja kat Kolumpo." Saya jawab sambil keluarkan kaki seluar dari stokin. Macam mana boleh termasuk pun tak sedar.

"Ada duit tak?" Ayah tanya lagi.

"Ada!" Saya separa tipu.

Kemudian ayah masuk bilik dan hulur kat saya rm10. Saya sambut dengan senyuman ikhlas dan ucapan terima kasih.

Dengan tak bersarapan, saya terus keluar rumah tunggu bas. Semasa tunggu bas lagi, sudah ramai yang memandang-mandang saya. Maklumlah, mungkin mereka tak pernah lihat saya sekacak itu. Hari Sabtu pula tu. Selalunya saya hanya akan pakai baju hitam. Tapi, saya tidak pedulikan pandangan masyarakat waktu itu. Segala harungan akan saya tempuh.

Dalam bas, saya memandang ke luar tingkap, sambil jari mengetuk-ngetuk kerusi depan ikut rentak irama lagu yang berkumandang dari telefon berMP3 saya. Kepala otak masih lagi berangan-angan jika saya dapat kerja. Mana nak pergi bercuti, siapa kawan-kawan yang saya nak belanja makan, kedai mana nak pergi beli baju baru, bila nak rekod lagu baru. Kasut Macbeth dah berkali-kali terbang depan mata dalam khayalan tu.

Sampai sahaja dekat-dekat dengan Dataran Merdeka, saya pun tekan loceng untuk turun. Saya singgah dulu di kedai serbaneka untuk beli gula-gula bagi mengelakkan mulut berbau. Reputasi kena jaga beb. Sebotol air mineral juga tidak dilupakan. Bagi menjaga kuantiti air dalam tubuh.

Sampai sahaja, saya tengok dah agak ramai manusia beratur. Ada 5 kaunter semuanya. Kaunter 1 untuk mereka yang diberhentikan kerja. Kaunter 2 untuk siswazah menganggur. Kaunter 3 untuk mereka yang kurang upaya. Kaunter 4 untuk lepasan SPM, SPMV dan STPM. Kaunter 5 untuk yang tiada kelulusan.

Saya dengan bergaya beratur di kaunter nombor 2. Gadis yang menjaga kaunter itu memberikan saya borang dan beg kertas satu. Biasalah, benda-benda kerajaan kena isi borang. Banyak pula tu. Tiba-tiba ada satu ruangan "Jawatan yang dipohon/syarikat". Saya sudah mula pelik. Gadis yang menjaga di kaunter itu mula kelihatan tidak menarik pada saya. Gadis itu menerangkan yang saya perlu lihat iklan yang tertampal di dinding sebelah pameran untuk senarai jawatan dan syarikat.

Lah! Bukan kerja kerajaan ke?

Saya tak terus putus harapan... Saya pergi dan mencari-cari kerja dan syarikat yang sesuai.

"Jawatan Kosong : Eksekutif IT
Kelulusan : Degree/Diploma (Fresh Grad)
Gaji : RM 2000
Lokasi : Wangsa Maju"

Menarik...

"Umur : 19 - 24 tahun"

Bedebah! Saya tumbuk iklan pertama.

"Jawatan Kosong : Web Programmer
Kelulusan : Degree/Diploma
Lokasi : Kuala Lumpur"

Menarik lagi...

"Gaji : RM 1000 tetap"

Bedebah! Saya tumbuk juga iklan yang kedua. Gila apa RM 1000! Hutang PTPTN je dah RM 500 sebulan!.

Dan beberapa lagi iklan tak munasabah yang sempat saya tumbuk.

Kemudian...

"Jawatan Kosong : Eksekutif IT
Pengalaman : Minimum 1 tahun
Kelulusan : Degree/Diploma
Lokasi : Jalan TAR, Kuala Lumpur
Gaji : Boleh dirunding
Syarikat : XXX (Bukan nama sebenar)"

Dengan pantas saya menulis nama syarikat itu ke dalam borang. Tapi sebagai manusia bijak yang sudah beberapa kali terkena, saya mengambil langkah berhati-hati.

Saya masuk dahulu ke dalam pameran, dan mencari kaunter syarikat XXX itu.

"Kami agensi yang dipercayai! Kami juga menawarkan skin latihan graduan menganggur... bla bla bla.."

Saya lipat lengan baju, kemudian tumbuk iklan syarikat itu. Kemudian saya terajang meja urusetia dan terus pergi ke kedai nasi kandar.

"Ayam masala, sayur kobis, kuah campur tau ane!"

Saya makan dengan lahap.

Ahad, 26 April 2009

Mesyuarat Jumaat yang agak emosi

Malam itu seperti biasa, Cicak ajak saya keluar. Cuaca sangat panas dan membuat saya meluat.

Dia ajak saya keluar awal. Lepas Maghrib katanya. Tapi entah apa masalahnya, lepas azan Isyak baru dia muncul di hadapan rumah saya. Mungkin apa yang dimakudkan dengan lepas Maghrib itu adalah lepas habis waktu Maghrib.

"Ada masalah laa.. Tunang dah buat hal.. Dia nak tangguh tarikh kawin." Cicak serius sambil buat-buat senyum. Tapi jelas senyuman dia nampak kelat.

"Patut bulan 6 kan? Dia nak tangguh sampai bila?" Saya bertanya.

"Tak tau lagi bila tu yang masalahnya.. Aku rasa ada kospirasi nih!" Kata Cicak sambil ketuk stering pakai jari. Macam main drum konon-konon.

Saya terus mesej Daus tanya dia nak join mesyuarat malam ni ke tak. Kemudian, kami terus menuju ke Jusco tempat Amir kerja. Sana ada ramai gadis-gadis manis kerja di kaunter. Sejuk sikit hati memandang. Sampai sahaja di sana, kami terus cari Amir dan merayau-rayau beli barang sikit.

Mula-mula Cicak ingat nak beli sushi diskaun, tapi bila sampai sahaja di kaunter sushi, mata kami tertarik tengok benda lain pula. Ada makanan percuma untuk dirasa.




Terus terbatal niat Cicak untuk beli sushi. Kami terus merasa makanan cubaan itu berulang-ulang kali sampai tersendawa. Tapi kami bijak, kami tidak tunggu di situ sahaja... Satu kali jalan kami makan 2-3 suap. Kemudian kami pergi tempat lain pula. Kami datang balik dan ambil lagi 2-3 suap. Sampailah 6 kali. Ternyata tindakan bijak kami itu tidak menimbulkan syak wasangka.

Saya dan Cicak masih kebosanan. Amir perlu kembali masuk ke pejabat. Cicak membeli satu botol keropok kentang, dan kami mula melangut di luar Jusco. Memerhatikan orang yang lalu lalang sambil mengunyah keropok.




Tahap kebosanan kian memuncak. Nak tunggu Amir habis kerja, jam baru pukul 11. Lantas Cicak ajak saya bergerak menuju ke Mali's untuk minum-minum. Kami pun mula bergerak.

Daus telefon saya, dan saya terus bagitahu supaya terus kumpul dekat Mali's. Amir pun saya mesej.

Sampai sahaja di lokasi, kami tak tahan dengan kesibukan di Mali's. Ramai sangat manusia. Nak letak kereta pun susah. Tak ada tempat. Ini boleh tambah serabut jawabnya.

Lantas, Cicak terus mengubah destinasi. Dia ajak minum di kedai sebelah kubur berdekatan UIA Gombak.

"Sana tak ramai orang sangat." Cicak kata.

Saya pun terus mesej Amir dan Daus tentang peubahan lokasi.

Malam itu, bersesuaian dengan cuaca yang panas, serta suhu hati yang panas, saya dan Cicak minta ABC sebagai bahan minuman. Tidak lupa air suam segelas seorang untuk menjaga suara.

Kami hanya menghirup ABC sambil menonton TV. Layan perasaan masing-masing. Tak banyak bersuara.

Sebentar kemudian baru lah muncul Daus dan Amir. Diorang duduk dan pesan minuman masing-masing. Nak mintak saya punya sikit, jangan harap! Panas ni!

"Emosi siut... Cinta hati aku buat hal laa..." Daus kata.

"Aku ni ha, tangguh tunang Lagi emosi! " Amir balas.

"Aku lagi best. Tunang aku tangguh kahwin entah sampai bila..!" Cicak menang.

"Aku lagi la, makwe pun takde!" Saya jerit. Dalam Hati... Hahahahahaha!

Memang malam itu penuh emosi.

ABC malam itu adalah paling tak sedap pernah saya rasa.



Rabu, 22 April 2009

Sepetang di Klang

Minggu lalu, bersempena dengan menyambut hari menjadi penganggur kehormat, saya telah merayau-rayau di Klang.

Klang adalah tempat saya belajar mengenal erti hidup padatahun 1995-1997.

Banyak pengalaman pahit, manis, masam, masin, tawar yang saya tertinggal di Kota Di Raja itu.

Kali terakhir saya singgah di Klang adalah pada tahun 1998, iaitu masa saya ingin mengambil sijil PMR saya. Sempat juga saya menyeludup masuk ke asrama AYSK ketika itu untuk berjumpa dengan kawan-kawan yang dirindui.

Setelah 11 tahun, akhirnya saya kembali menjejakkan kaki di Klang.



Masjid Sultan Sulaiman. Masa saya belajar di Klang dahulu, hanya ada 2 masjid yang pelajar-pelajar AYSK pergi untuk solat Jumaat. Kalau bernasib baik, dan tidak tertinggal bas, kami akan solat di sini. Kalau tidak, Masjid India lah jawabnya. Merasa lah kutbah Jumaat bahasa Tamil.




Asrama Yayasan Selangor Klang. Macam-macam yang saya belajar di sini. Dari sebaik-baik perkara, sehingga ke sejahat-jahat perkara. Di sini juga ramai insan-insan yang berhati mula sempat saya kenal, dan masih berhubungan sehingga sekarang, walaupun saya ada sejarah hitam. Insan berhati busuk pun ada juga.

Saya masuk di sini atas tiket antara pelajar terbaik Selangor pada masa dahulu. Biasalah, sepuluh terbaik dalam sekolah rendah pula tu. Cerdik kan? Bila masuk sahaja asrama ini, saya bertukar menjadi antara pelajar terbodoh. Sangat cerdik kan? Sehingga saya ditendang selepas PMR. Agak terkejut apabila saya singgah di AYSK, banyak yang telah berubah di sekeliling luarnya. Saya tak berkesempatan menjejakkan kaki masuk ke dalam, kerana bukan waktu melawat. Juga kerana saya malas nak berurusan secara rasmi.




Sekolah Menengah Methodist Lelaki (Anglo Chineese School) Klang. Panjang kan nama sekolah ni? Inilah satu-satunya sekolah Orang Putih yang sempat saya belajar. Sekolah ni ada Reverand dia sendiri sebagai penaung. Hebat kan? Sekolah ini memang sedap untuk belajar. Apakandaya, saya bukan pelajar yang bagus. Saya lebih sesuai digelar penjenayah pada masa itu.




Ini adalah antara kelas yang sempat saya duduk untuk belajar. Antara cita-cita saya masa sekolah dahulu adalah supaya retak-retak dalam kelas itu akan membesar dan mengakibatkan sekolah usang ini roboh. Ya, sikap anti sekolah saya memang tidak dapat dibendung pada masa lalu. Dalam kelas ini adalah antara tempat yang paling saya benci pada masa dahulu. Nak tidur pun susah. Kelas kecil sangat. Mesti Cikgu nampak punya. Tapi kelas ni sangat sesuai untuk aktiviti mengelamun. Memang layan sangat kalau mengelamun. Sampai ke Karachi pun boleh.




Tapak perhimpunan halal. Tempat saya bermesyuarat dengan penjahat-penjahat dari kelas lain. Walaupun selalunya tapak ini panas macam syaitan, tapi zaman budak-budak dahulu peduli apa. Segala jenayah-jenayah biasanya dirancang di tapak ini. Antaranya, bagaimana nak membakar sekolah, bagaimana nak ponteng tanpa disedari, bagaimana nak mencuri arnab di ladang Kemahiran Hidup.

Di sini juga kami sekelas pernah dipaksa beratur dan ditahan selepas tamat waktu sekolah, sehingga ada budak kelas kami yang mengaku mencuri kunci bilik Pendidikan Seni. Memang cilaka betul. Sumpah saya tak terlibat langsung. Nak buat apa dengan kunci bilik Pendidikan Seni? Bukan ada duit pun dalam kelas tu. Lukisan bogel ada lah. Kalau cantik tak apa. Ini hodoh nak mampus. Tak selera langsung nak curi. Siapa yang curi memang bodoh atau terencat akal.

Antara budak AYSK dalam kelas saya adalah Zakaria Basar, atau Zack. Zack, kau ingat lagi tak? Kita kena balik dah azan Maghrib masa tu kan? Hahahahahaha!




Kantin sekolah. Kantin ini kami kena kongsi dengan sekolah rendah. Dulu kantin ini agak unik sebab dia ada 2 kedai. Kedai Melayu dan Kedai Cina. Halal atau haram? masa itu saya tak berkira sangat.. Saya jarang lepak kantin ni. Maklumla, kami budak-budak AYSK ni bukannya ada duit sangat nak makan di kantin. Selalunya lepak surau atau tapak perhimpunan.

Di kantin ini, dahulu ada 2 menu yang agak unik. Nasi lemak berkuah dan roti krim boleh tambah sambal. Kalau duit lebih sikit, nasi lemak tu boleh taruk ayam. Kalau miskin tapi lapar, roti krim taruk sambal pun dah cukup mewah dah...

Air pula, tak payah banyak cerita. Memang celup tangan punya...




Nampak tak bilik disiplin dekat tingkat atas tu? Itu lah tempat kami budak-budak asrama pernah dikurung dan disoal-siasat. Kami siap kena lempang bertalu-talu. Mata saya pernah luka dan berdarah. Kenapa kami dilempang sebegitu rupa? Sebab kami tak bagi tahu ke mana kawan-kawan kami yang ponteng sekolah pergi. Mana kami nak tahu diorang ponteng pergi mana? Bukan kami yang ponteng. Diorang tak ajak pun... Masa itu pertama kali saya lihat Syukri, Hamka dan Mansor menangis. Orang lain saya dah banyak kali menangis saya tengok.

Siapa yang berani lempang kami tu dulu? Ustaz Nazri. Celaka punya ustaz. Sekarang berani ke dia? Cuba lah. Mansor dah besar macam dinosour. Hamka dah jadi Pegawai Tadbir Khas Keselamatan, ada pistol. Silap-silap mesingan pun ada. Maklumlaa, bodyguard VVIP kerajaan. Masa saya melawat sekolah hari itu pun Ustaz Nazri tak ada. Tak berani tunjuk muka lah tu. Saya memang dah siap pelempang bersihir nak balas balik. Hahahahahaha.

Selasa, 21 April 2009

Engkau Kah? Bahagian II


Kalau selama ini memang kau akui , senyuman dia memang manis.

Tapi, hari itu, bukan hanya senyuman dia yang manis.

Hari itu, tanpa kau sangka, dia sangat ayu dan cantik.

Hari itu juga, kemunculan dia memang mengejutkan kau, bukan?

Kau memang beruntung hari itu sebab kau sendiri tak sangka, kan? Yang kau akan dapat jumpa dia lagi.

Terlihat jelas cahaya mata kegembiraan penuh kesyukuran terpancar dari mata kau, saat kau terpandang sahaja kehadiran dia.

Walaupun jelas sekali dia cuba menyembunyikan keayuan dan kelembutan diri dia. Akan tetapi, mungkin kerana pandangan mata kau sudah dipijak oleh pandangan hati kau yang sudah mula berubah arus.

Sedalam mana pun dia cuba sembunyikan kelembutan dan keayuan dia...

Tapi persembunyian itu tak pernah menghalang pandangan telus kau.

Macam orang tua-tua kata, dah berkenan, apa pun cantik.

Kau ni dah gila agaknya.

Betapa banyak lagi yang ada di sekeliling pada hari itu... Dia juga yang kau perhatikan?

Mana pergi derap komando hati kontras kau? Dah berubah jadi rentak balada?

Tapi...

Hari itu dia memang sangat ayu dan cantik.

Bila Daus bersiap

Jam 8.40pm

Dikala azan Isyak baru sahaja habis berkumandang, Daus YM saya.

"Kau kat mana ni Bob? Jom lepak."

"Kat Gombak. Jom la."

"Nak lepak mana ek?" Daus yang ajak, dia pulak yang tanya nak lepak mana.

"Kita lepak Jusco tempat amir kerja. Kat sana ramai gadis-gadis. Boleh la kita usyar-usyar. Kau datang la cepat sikit."

"Ye ke? boleh lepak ke kat sana? Betul ni ada gadis?" Daus masih melengahkan masa.

"Yup. Kau cepat la siap."

"Ok, ok. Aku mandi jap. Sekarang" Daus jawab.

Saya terus daftar keluar dari YM, baring dan tidur. Sebab saya dah tahu akibatnya.

Jam 11.30.pm

"Bob! aku kat depan rumah kau!" Daus menelefon saya.

Nota : Jarak perjalanan dari rumah Daus ke rumah saya adalah 30 minit.

Mana pergi lagi 2 jam itu?