Jumaat, 12 September 2008

RM 10 boleh ke belanja besar?


Dahulu, dengan hanya RM10, saya boleh membeli belah sehingga lenguh segala otot lengan. Ye lah, berat, banyak barang nak bawak.

Sekarang, RM10? tak payah la masuk pasaraya... Duit minyak dan parking nak pergi pasaraya pun hampir tidak cukup.

Oh ya, saya hanya menumpang kereta orang, jadi saya masih boleh masuk pasaraya.

Tapi, apa saya dapat masuk pasaraya? Mi segera pun sudah tiada yang berharga bawah RM 2.50 sebunkus.

Dengan RM10? Tak payah lenguh tangan pun, hasil belian boleh disangkut di pinggang sahaja, tanpa terasa beban...

mendung setelah cucian


Selalunya bilik saya akan lebih gelap dan mendung dari biasa setelah saya selesai mencuci pakaian. Ini adalah kerana segala keindahan cahaya dalam bilik habis diserap oleh kegelapan baju-baju hitam saya yang tersidai. Ya, saya memang banyak baju hitam. Mak saya pun sudah bising kerana hobi membeli baju hitam saya.

"Kena langgar nanti baru tahu!"

"Asyik hitam je! dulu kecik-kecik tak suka hitam! Kopi pun tak minum!"

Ya, itulah antara kata-kata nasihat Mak kepada saya... hehehehe

Selasa, 9 September 2008

Jenaka setelah berbuka


Setelah kenyang berbuka di dewan utama masjid, saya bersama Zul (bukan Zul koir) dan Ammzar naik ke tingkat atas untuk mengangkat wuduk dan solat maghrib. Dengan tangan yang masih belum berbasuh, dialog ini pun tercetus.


Ammzar : Puasa sekarang ni sejuk la pulak, senang lapar.

Zul : Ada member aku, lapar dia tahan, haus pun dia tahan, tapi satu je dia tak tahan.

Ammzar : Apa dia?

Zul : Dia tak tahan nak korek hidung! dia kata, kalau tak korek hidung, tak puas.. hahahaha

Hadi : Eh, tapi sebenarnya korek hidung boleh je la... tak batal pun

Ammzar : Ha'ah, pasal korek hidung pun banyak gak orang kata tak batal.

Hadi : Tapi, jangan la pulak masuk tiub kat hidung, pastu masukkan makanan.. masukkan nasik ke, memang lah batal..

Zul : Aku rasa kalau nak senang, masukkan yogurt je... kenyang jugak... hahahaha!

Ammzar : Tapi kalau nasik terkeluar ikut hidung macam mana ha?

Hadi : Huih! pedih tu, mau nya yang ada sambal... hahahahahaha!

Isnin, 8 September 2008

Bulan puasa pun kena tag?



{Tagged by Mastot}

Jadi, sesiapa yang kena tag nih silalah,

1. Copy gambar smiley kat atas ni then post it into ur blog.
2. Tag pada min of 5 other bloggers [muslim] yang anda kenal who will then tag minimumnya pada 5 other bloggers.
3. Jangan lupa tinggalkan komen pada blog mereka utk bgtau yg diorang dah kena tag.

Insan kena tag berikutnya:

1. Asyikin
5. Nandous

Selamat beramal! hik hik hik :)

Berbuka di masjid? yum yum



Ya, di bulan Ramadhan yang mulia ini, Masjid mula menerima kedatangan saya dan beberapa ahli rumah yang lain dengan lebih kerap. Berbuka di Masjid sudah menjadi aktiviti utama bulan Ramadhan kepada saya untuk sepanjang 3 tahun saya di Uniten.


Akibat dari berbuka di Masjid, Baba, salah seorang imam dan pegawai agama di Masjid Uniten sudah menjadi sahabat saya dan selalu berbual dan bergurau dengan saya sambil menanti waktu untuk berbuka. Beliau adalah salah seorang orang agama yang agak lain dari yang lain.


Aktiviti ini amat saya sokong kerana, bukan sahaja dapat mengimarahkan Masjid, malah ia dapat menjamin kestabilan ekonomi poket saya. Maklumlah, makan percuma. Bukannya senang dapat berjimat ketika belajar di Uniten ini. Saya bersama setiausaha ekonomi dan kebajikan saya, Ammzar memang menjadikan ini sebagai aktiviti tetap kami untuk berbuka, melainkan ada rancangan lain. Apa-apa pun, Bismillahirrahmanirrahim... :)


aiskrim asam boi orgasma


Ketika pulang sahaja ke rumah tempoh hari, saya seperti biasa akan menyiasat tudung saji dan juga peti sejuk. Apabila dibuka sahaja pintu peti sejuk, Subhanallah, satu keindahan terpancar bersinar. warna oren diselaputi wap air membeku begitu mencabar keimanan saya. Oh ibu, kenapa begitu rajin membuat aiskrim asam boi di kala Ramadhan ini?


Akan tetapi, memandangkan waktu berbuka yang cuma akan tiba dalam satu jam sahaja lagi, saya langkas mengatur langkah pergi menonton televisyen untuk mengalih perhatian. Akan tetapi, mata ini lebih bernafsu untuk tidur. Ya, sungguh enak tertidur di atas sofa di hadapan TV.

Setelah habis membinasakan segala lauk yang ada di meja makan semasa berbuka, tangan rakus ini mula merayap mencari objek panjang berwarna perang tadi yang tersembunyi dalam ruang konfeksi sejuk beku dalam peti sejuk itu.

Dengan menggigit simpulan sarungnya, mencabut simpul itu, mulut kering ini terus menyedut ruang yang terbuka itu, menyonyot dan menyedut segala kemanisan dingin yang sebati bersama air membeku.. perghhh! nikmat!

Kenikmatan itu diakhirkan dengan penuh sabar mengunyah isi asam boi yang mengilingi bijinya. Asam boi itu segaja disimpan untuk mencapai mendaki kemuncak kenikmatan yang hakiki. Dan kenikmatan orgasmic itu hanya akan tercapai dengan menggigit biji asam boi itu sehingga pecah di akhir proses menikmati... kah kah kah kah!

diskriminasi kursus?


Saya memang selalu terasa hati akibat dari kursus IT yang saya ambil di Uniten. Kami selalunya terpinggir dan dianggap sebagai picisan.


Apabila orang bertanya, "Belajar mana?"
Saya jawab, "Uniten"
Pasti dibalas laju dengan "Oh, engineering ye..."


Apabila saya pergi ke karnival kerjaya di Uniten, ramai akan mula menarik saya supaya menghulurkan resume saya kepada mereka. Ramai akan memanggil-manggil saya merapati kaunter mereka. Apabila saya yang pemalas ini menggerakkan tubuh merapati mereka, kebanyakan antara mereka akan menceritakan peluang-peluang kerjaya yang menjanjikan pendapatan lumayan sesuai untuk bermewah-mewah. Kesemuanya manis mulut ibarat gula cair yang likat berkilat.

"You ambil apa? Meche? Electrical? Power?"

"IT"

"Oh, company kami pun ada juga peluang untuk orang IT macam you..."

Jawapan di atas selalunya diikuti dengan percubaan insan tersebut mencari-cari dalam katalognya, apakah masih wujud peluang untuk orang IT di syarikat mereka. Segala kemanisan tadi mulai hilang ibarat hanyut dilanda badai. Sudahlah, saya pun tak hingin bekerja dan memperhambakan diri dengan syarikat-syarikat besar seperti kalian.

Bangunan kami juga terletak terasing dari kompleks-kompleks lain di universiti ini. Tak kisah sangatlah, tempat baru lagipun. Tapi, tempat kami paling tidak sesuai untuk saya bersosial dan menghabiskan masa lapang... hahahahahaha! Beruntung buat kolej kujuruteraan kerana mereka ada medan selera yang lapang dan meriah.

Paling merimaskan saya, borang penilaian seperti gambar di atas... adoih, saya dah nak tamat beajar ni! mana ruang untuk COIT? kami menumpang ke hapa? ahahahahaha!