Rabu, 10 Mac 2010
Teater : Aku Nak Jadi Bintang (versi kritikan membina)
Selasa, 2 Februari 2010
Selasa, 14 April 2009
Bachelor? Bujang? Bekerja? Bergaya?
Terima kasih sejuta billion extreme super human samurai cyber squad in the night kepada mereka-mereka yang berdoa untuk saya, membantu dan menyokong saya.
Merdeka?
Belum lagi...
Sekarang tinggal siapkan tesis, lepas tu baru la nak carik kerja.
Lepas tu baru boleh kumpul duit.
Nak beli kaset Ella... hahahaha
Selasa, 23 Disember 2008
Menziarahi Kerabat Astena
16 Disember yang lalu, saya sudah siap mandi dan memberus gigi agak awal pada hari itu. Saya telah dipelawa untuk bersama-sama memeriahkan Kerabat Astena yang membuka gerai kelab di Medan Selera Upten.
Pokcik sudah bersiap dengan lebih awal. Pada jam 6pm, dia sudah siap menanti di gerbang kondominium bersama keretanya. Saya pun lantas bersiap dan turun kebawah. Keluar sahaja dari pintu lif, saya agak terkejut dengan kewujudan asap berkepul-kepul memenuhi segenap ruang. Saya agak cemas, adakah bencana kebakaran sedang berlaku?
Oh, rupa-rupanya hanya semburan nyamuk yang agak hebat sedang giat dijalankan. Ada kes denggi agaknya. Saya pun meneruskan perjalanan melangkah ke pintu gerbang.
Sampai sahaja di Uniten, saya melepaskan rindu dengan bertegur sapa dengan sahabat-sahabat yang masih aktif dalam Uniten, terutamanya ahli Kerabat Astena. Mereka sedang sibuk menghias gerai ibarat menghiasi pelamin untuk majlis persandingan.
Setelah solat Maghrib, saya mahu menyambung tugas menyibuk, menayang muka di gerai kelab. Akan tetapi, Paan telah menculik saya dan membawa saya ke Dewan Seri Sarjana (MPH) untuk menemani beliau bertemu dengan ahli-ahli dari Rumah Teater Astena. Saya juga agak teruja melihatkan agak ramai pelapis-pelapis baru untuk mewarisi Rumah Teater Astena.
Selesai perbincangan bersama Rumah Teater Astena, kami terus kembali ke Upten. Sampai sahaja, saya diajak pula Mastot untuk makan malam bersama. Kami pun menempah makanan dan duduk berbual sambil menanti makanan siap dimasak. Malang sungguh, agak lewat makanan siap. Tapi, tak mengapa, lebih banyak tempoh untuk kami berbual.
Selesai makan, saya dan Pokcik pun meminta diri untuk pulang, ini adalah kerana kami perlu pulang sebentar ke rumah saya di Gombak bagi mengambil segala barang-barang penting yang dengan sewenang-wenangnya saya tertinggal tempoh hari.. he he he he.
Khamis, 25 September 2008
Berbuka di masjid Uniten di hari terakhir...
Malam tadi adalah malam yang terakhir bagi saya menyertai jemaah berbuka puasa di Masjid Uniten. Ada 3 sebab kenapa.
1) Esok saya balik Gombak
2) Esok sudah tiada majlis berbuka di Masjid
3) Ini semester terakhir saya di Uniten... huhuhu
Jadi, saya bersama ahli-ahli jemaah tetap berbuka, menikmati lauk hari ini dengan penuh kecapan nikmat dan rasa anugerah. Setiap kunyahan dinikmati dan setiap butir nasi yang hancur ditelan dengan perlahan. Setiap teguk air dibiarkan mengalir perlahan mendinginkan kerongkong.
Setelah siap makan, kami tidak bingkas bangun mencuci tangan, malah duduk diam sebentar melayan perasaan diam sebentar sambil menanti lega sengkak ruang perut.
Habis sahaja solat Maghrib, kami kembali turun ke dewan makan. Di bawah, kami berjumpa kembali dengan Imam Syafee (Baba) yang menjadi teman karib dan juga ibarat ayah angkat saya di Masjid Uniten ini.
Seloroh beliau memang tidak pernah henti, tak mengira masa dan tempat. Sudah hampir 3 tahun saya kenal beliau, hubungan kami masih mesra, walau selalunya hanya berjumpa di bulan Ramadhan... Kami bersalam raya dan berpelukan sebelum pulang. Agak susah untuk bertemu dengan seorang pendakwah dan imam seperti beliau. Semoga saya berkesempatan berjumpa beliau di lain kali...
Sekian...
Selasa, 16 September 2008
Pilihanraya atau pilih yang bergaya?
Saya fikirkan jika saya memperhambakan diri untuk seni, saya tidak perlu lagi berhadapan dengan birokrasi, korupsi dan kapitalisma.
Ternyata saya silap.
Akan tetapi, ketika kehangatan pilihanraya di Uniten, dan di detik-detik terakhir tempoh saya bergelar pelajar dan warga Uniten, saya diperkenalkan dengan seorang saudara yang ternyata berbeza pandangan politiknya dari pelajar-pelajar lain.
Kematangan beliau juga tidak dapat saya sangsikan. Saya seronok berkenalan dengan beliau. Jadi saya memilih untuk menyokong Syafeeq.

Mahu kenal beliau? sila klik sini....
Namun begitu, saya masih ternanti-nanti calon yang cuba menegakkan syariah di dalam kampus, ada berani?
Isnin, 8 September 2008
Berbuka di masjid? yum yum

Ya, di bulan Ramadhan yang mulia ini, Masjid mula menerima kedatangan saya dan beberapa ahli rumah yang lain dengan lebih kerap. Berbuka di Masjid sudah menjadi aktiviti utama bulan Ramadhan kepada saya untuk sepanjang 3 tahun saya di Uniten.
Akibat dari berbuka di Masjid, Baba, salah seorang imam dan pegawai agama di Masjid Uniten sudah menjadi sahabat saya dan selalu berbual dan bergurau dengan saya sambil menanti waktu untuk berbuka. Beliau adalah salah seorang orang agama yang agak lain dari yang lain.
Aktiviti ini amat saya sokong kerana, bukan sahaja dapat mengimarahkan Masjid, malah ia dapat menjamin kestabilan ekonomi poket saya. Maklumlah, makan percuma. Bukannya senang dapat berjimat ketika belajar di Uniten ini. Saya bersama setiausaha ekonomi dan kebajikan saya, Ammzar memang menjadikan ini sebagai aktiviti tetap kami untuk berbuka, melainkan ada rancangan lain. Apa-apa pun, Bismillahirrahmanirrahim... :)

diskriminasi kursus?
Saya memang selalu terasa hati akibat dari kursus IT yang saya ambil di Uniten. Kami selalunya terpinggir dan dianggap sebagai picisan.
Apabila orang bertanya, "Belajar mana?"
Saya jawab, "Uniten"
Pasti dibalas laju dengan "Oh, engineering ye..."
Apabila saya pergi ke karnival kerjaya di Uniten, ramai akan mula menarik saya supaya menghulurkan resume saya kepada mereka. Ramai akan memanggil-manggil saya merapati kaunter mereka. Apabila saya yang pemalas ini menggerakkan tubuh merapati mereka, kebanyakan antara mereka akan menceritakan peluang-peluang kerjaya yang menjanjikan pendapatan lumayan sesuai untuk bermewah-mewah. Kesemuanya manis mulut ibarat gula cair yang likat berkilat.
"You ambil apa? Meche? Electrical? Power?"
"IT"
"Oh, company kami pun ada juga peluang untuk orang IT macam you..."
Jawapan di atas selalunya diikuti dengan percubaan insan tersebut mencari-cari dalam katalognya, apakah masih wujud peluang untuk orang IT di syarikat mereka. Segala kemanisan tadi mulai hilang ibarat hanyut dilanda badai. Sudahlah, saya pun tak hingin bekerja dan memperhambakan diri dengan syarikat-syarikat besar seperti kalian.
Bangunan kami juga terletak terasing dari kompleks-kompleks lain di universiti ini. Tak kisah sangatlah, tempat baru lagipun. Tapi, tempat kami paling tidak sesuai untuk saya bersosial dan menghabiskan masa lapang... hahahahahaha! Beruntung buat kolej kujuruteraan kerana mereka ada medan selera yang lapang dan meriah.
Paling merimaskan saya, borang penilaian seperti gambar di atas... adoih, saya dah nak tamat beajar ni! mana ruang untuk COIT? kami menumpang ke hapa? ahahahahaha!
Satu malam berlibur di Uniten KSHAS
Atas jemputan dari pihak Citra Seni melalui Yati, Saya telah berjaya mengheret 3 kerabat Astena yang lain iaitu Faris, Man dan Zul untuk menjadi tetamu ke Muadzam bagi majlis pertandingan bakat yang mereka telah usahakan.
Perjalanan kami yang sepatutnya bermula tepat jam 4.00 pm meleret sehingga jam 5.00 pm kerana Zul yang lembab telah memungkiri janjinya untuk menamatkan kertas ujian beliau dalam masa sejam sahaja. Kami yang menanti bak beruk di perkarangan COIT sempat diperli oleh Dr. Syarifah Mumtazah kerana meletakkan kenderaan di tempat Ketua Jabatan. Sepatutnya rombongan kami terdiri dari 2 kereta, namun akibat sebab-sebab yang tertentu, kami terpaksa mengurangkan jumlah kereta dan Ammzar kami biarkan mengerekot membusuk di bilik.
Kami memilih lebuhraya Karak kerana risaukan kesesakan lalulintas dan risau tidak tahan melalui jalan-jalan di Senawang, budak-budak ini akan muntah dan mengotorkan kereta Faris. Terpaksalah kami naik kereta yang berbau muntah sepanjang perjalanan.
Setelah berhenti sebentar di RnR Temerloh, kami telah membeli beberapa bekalan makanan ringan dan separa berat. Saya terasa amat tertipu kerana maruku yang biasa saya beli dahulu, kini isinya tidak sampai suku paket. Sepanjang pengunyahan saya, mulut saya juga tidak berhenti-henti mengomel.
Perjalanan mula terasa sangat jauh apabila hari mula gelap. Pinggang mula rasa sakit dan mata mula layu. Akan tetapi, kerana saya yang agak fobia, tidak berani melelapkan mata meninggalkan Faris memandu bersendirian. Setelah kebosanan hampir menyelubungi jiwa, akhirnya kami sampai ke Tol Gambang. Menurut dari sahabat saya Ayu, kami akan mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk sampai dari Gambang.
Masuk sahaja dari Gambang, saya terasa sedikit kesayuan. Jalan yang gelap, sempit, jauh, dikelilingi hutan, serta penuh dengan lori-lori yang besar. Saya tidak pernah lagi menjejakkan kaki ke Uniten KSHAS, jadi saya agak terasa simpati dengan mereka yang walau pada hakikatnya satu Universiti dengan saya, akan tetapi, pada pandangan mata, mereka ibarat dianaktirikan. Ditempatkan nun ceruk di dalam hutan dengan jalan yang tiada satu lampu kalan pun. Kasihan dan simpati mula muncul.
Pada mulanya kami tersesat sedikit kerana termasuk dalam kompleks pentadbiran (mereka mempunyai kawasan berlainan untuk kompleks pejabat pentadbiran). Setelah saya menghubungi Yunie (wakil yang dipinta Yati), barulah kami jumpa jalan kebenaran...
Sampai sahaja di kampus utama, segala simpati tadi hilang dan bertukar dengan perasaan dengki. Umang haih! Cantik betul kampus mereka! Dengan perpustakaan yang cantik, struktur arca bulat-bulat yang aneh, susur gajah yang panjang... Belum lagi ketika kami mula masuk ke Auditorium utama meraka. Kedengkian saya mengalahkan tahap dengkinya
Ketibaan kami disambut oleh Yunie yang cantik menawan. Faris dan Man terus tergoda. Cuma Zul sahaja yang kurang tergoda. Maklumlah, selera Zul agak berbeza sedikit. Kami diberi keistimewaan duduk di tempat belakang VVIP. Terima kasih terhadap layanan mesra anda semua! hehehehe.
Malam itu juga saya sempat berbual dengan TNC KSHAS secara rapat. Ternyata beliau adalah seorang yang peramah dan juga mesra dengan pelajar. Yati dan Yunie sempat juga mempertemukan saya dengan presiden kelab Citra Seni. Dalam dewan itu, saya berkesempatan untuk duduk bersama-sama dengan Gafur dan Ayu. Meraka tiba agak lewat kerana ada perperiksaan pada malam itu. Sanggup juga mereka singgah dahulu untuk bertemu dengan saya. Memang saya terharu dengan layanan mereka.
Setelah majlis selesai, kami pun bermesra-mesra dengan para penggiat Citra Seni. Saya juga bertemu kembali dengan sahabat sodoku saya, Yanti. Akan tetapi, sayangnya saya tidak dapat berjumpa dengan Yong, insan yang bertanggungjawab memperkenalkan sodoku kepada saya. Kami sempat berfoya-foya dan menangkap gambar bersama. Agak hiruk juga dewan itu akibat karenah kami yang bising dan memekak. Akan tetapi kerana kami memang tidak tahu malu, kami biarkan aja...
Pihak Citra Seni mengajak kami untuk makan malam bersama-sama dengan mereka, namun saya terpaksa menolak kerana sudah berjanji untuk makan malam dengan Ayu. Perjanjian itu sudah dibuat sejak hari Rabu lagi. Jadi kami pun mengikut Ayu untuk makan di luar. Ayu sudah mula naik darah menanti kami yang tidak sudah-sudah berfoya-foya.
Saya ikut naik kereta Ayu bersama Gafur dan seorang lagi kawan Ayu, Riz. Wajah Riz mengingatkan saya tentang seseorang. Puas saya memerah otak, dan ketika sudah sampai ke Bangi baru saya teringat. Wajah Riz seiras betul dengan sahabat dan setiausaha saya di Bangi, Mastot. Owh, ada juga orang lain serupa dengan Mastot.
Sebelum bergerak ke tempat makan yang sesuai, Ayu membawa kami berpusing-pusing sekitar Pekan Muadzam Shah yang amat kecil tetapi lengkap dengan pelbagai keperluan. Kami merayau-rayau dan membuat kecoh di Dataran Dara dan juga Jalan Dara.
Setelah puas membuat hangar dan menganggu ketenteraman penduduk di
Kami makan dengan berpada-pada kerana masih menjaga tatasusila kami di tempat orang. Sedikit pun nasi tidak tertinggal dan tertumpah… Makan malam kami ditaja sepenuhnya oleh Gafur. Terima kasih saya rakamkan buat beliau. Terima kasih juga atas layanan mesra dari pihak Citra Seni, Ayu dan rakan-rakan Muadzam Shah lain. Seterusnya kami berpisah di situ dan memilih kembali menerusi jalan-jalan yang gelap dan berkebarangkalian besar untuk bertemu babi melintas… kah kah kah kah…!
Jumaat, 22 Ogos 2008
PTPTN - apa cerita sebenarnya?
Ini mengingatkan saya tentang duit PTPTN saya yang berkurangan secara senyap dan tidak patut. Duit saya kurang RM 500. Itu belum lagi sahabat-sahabat saya yang lain. Ada yang kurang sehingga RM 900. Ini memang sangat tidak patut.
Ini amat menyusahkan saya sebagai pelajar bebas yang tidak meminta wang dari ibu bapa. Sampai hati mereka. Terpaksa saya meneruskan gaya hidup miskin melarat dalam universiti kapitalis sedut darah ini. Ada hati pula hendak menyuruh saya menjadi pelajar yang taat dan baik. tolonglah...
Pelajar Uniten, bagaimana? mahu ikut jejak mereka? Takkan kita mahu lebih penakut dari jururawat kot... professional konon.. huh!
Isnin, 11 Ogos 2008
Surat: Pengalaman pertama ‘Fire Drill Cendekiawan’ seorang ‘Mak Nyah’
Dear Hadi,
Assalamualaikum Hadi, apa khabar you? Mesti semakin sihat dan semakin tembam
You tau, minggu lepas
Eh, termelalut pula nyah... Mak nak cerita sebenarnya, Mak turun tau time fire drill hari rabu tu. Mak saje je turun, nak tengok macam mana sebenarnya fire drill kat cendi nih. Lagipun, ni
Bila loceng fire drill tu mula je
Masa mak tengah excited-excited tu, rupa-rupanya kena amik attendance ikut ketua aras. Time tu, ramaila jantan-jantan berhimpit-himpit nak sain kertas yang kecik tu. Dah la malam gelap. Mak mula-mula pun cube jugak berhimpit-himpit. Tapi, mak rapaat je, ya ampun! Kuatnya bau ketiak.. Astaga... tak tahan Mak, nyah... bila dah bercampur-baur macam tu, geli jugak Mak. Mak pun risau jugak kalau ada jantan-jantan tak guna tu yang mula nak ambik kesempatan raba-raba Mak. Sorry, i’m not that cheap you know! Hell no! Mak pun terus je pergi ke depan. Mak mintak tolong kawan Mak je yang sain.
Masa tengah bising-bising suruh jantan-jantan yang masih begik berdegil kat atas tu turun, sekali, diorang padam pulak elektrik kat semua blok. Aduh, ade ke patut. Mak dah lah banyak kerja kat laptop tu yang terlupa nak save. Maklumla, excited sangat nak turun. Mak pun ada jugak video luc... oppss silap, video belajar memasak yang belum habis siap download lagi. Aduh, Mak dah la tak pakai Download Manager atau Flashget. Dah la internet sini tak beberapa laju. Very the lembab. Kena la Mak mencanguk nak download balik. Terbantut kerja Mak.
Masa tengah kecoh-kecoh beratur tu, mak tengok ramai jugak kawan you dari Astena yang turun malam tu. Ramai jugak yang turun untuk first time. Eh! You pun turun untuk first time
Mak baru nak borak-borak dengan you, tapi Mak tengok you dengan Mas Ilmi dah jauh. You pergi tengok diorang tu padam unggun api kegemaran En. Hamzah
Anyway, dah tiga kali Pak Arab padam api, baru la ada sorang mamat Melayu yang nak
Mak nak borak-borak dengan you bila dah habis, tapi Mak tengok you laju jer naik tangga balik bilik. Kenapa you cepat sangat balik ek? Sombong ke? Mak malas nak singgah bilik you, pasal nak download balik video yang terbantut tadi. Mak balik je, lepas Mak recover balik kerja-kerja yang tak save dulu, mak sambung download video-video luc.. ooppss! Silap! Tak baik tau, tuduh bukan-bukan... Video memasak..! Sambil tunggu video habis download, Mak pun bawak baju-baju Mak yang dah kepam seminggu tak basuh tu turun. Mak nak
Ok la, setakat ni je la Mak nak tulis nyah... Nanti ada cerita, Mak tulis lagi. Nak jumpa you selalu memang susah la sekarang You
Yang Benar,
Rosemarie
Isnin, 4 Ogos 2008
Pembentangan oh, pembentangan...
Pagi Jumaat yang lalu, kami ada pembentangan untuk tugasan yang telah diberikan oleh Dr. Siti Salbiah. Pada awalnya, hanya saya dan Aliaa yang sepatutnya membentangkan. Akan tetapi, kerana kurang yakin dengan diri sendiri, saya telah mengheret Pokcik sekali dalam pembentangan kami.
Saya agak kucar-kacir untuk pembentangan hari itu kerana sudah lebih 4 bulan saya tidak melakukan pembentangan di hadapan pelajar sekelas. Pagi itu saya siap memakai kemeja dan kasut. Ini adalah kali pertama saya memakai kemeja dan kasut ke kelas untuk semester ini. Andai ibu saya tahu, pasti dia gembira.
Pembentangan pada awalnya berjalan agak lancar, walaupun saya agak gugup, akan tetapi, bahana menerpa apabila sampai ke pertengahan. Suara saya tiba-tiba hampir hilang akibat tekak yang juga tiba-tiba mengering.
Sebelum memalukan diri saya dengan bersuara ibarat kartun, Terus saya menyerahkan tugas pembentangan kepada Pokcik. Pokcik menyambut tugasan itu dengan pantas dan ribuan carutan bertalu-talu. Hehehehehehe..
Kekalutan kami diperhatikan seluruh kelas termasuk separuh dari ahli kumpulan kami. Mereka kelihatan tersengih geli hati melihat gelagat kami... Siaplah korang nanti, tunggu tugasan berikutnya... Kah Kah Kah Kah...
Selasa, 29 Julai 2008
Oh, ia berbulu...
Semalam, kami bersama-sama membuat tugasan subjek SISP di makmal komputer tingkat 4 di bangunan COIT. Belum lagi siap kerja, perut kami sudah mula berkeroncong sehingga membuatkan tubuh kami menggigil kelaparan.
Lantas, kami semua bersetuju untuk pergi mengisi kekosongan ruang gastros kami. Oleh kerana Jaja ingin mencuci keretanya yang sudah agak keterlaluan kotornya, kami bersetuju untuk menaiki kereta jaja untuk makan sambil mencuci kereta. Ketika kami hampir masuk ke dalam kereta, saya terperanjat kerana menyangkakan ada kucing dalam kereta Jaja.
Rupa-rupanya, ia hanyalah salah satu dari koleksi mainan berbulu milik Jaja... fuh.. agak penuh kereta beliau dengan makhluk-makhluk seperti itu. Hampir hilang Pokcik ditenggelami oleh makhluk-makhluk itu.
Saya rasa, Jaja patut baca blog ini, demi kebaikannya... hehehehehe.


.jpg)