Isnin, 4 Ogos 2008

Wahai para kerabat, janjiku sudah hampir berjaya ditunaikan! Choki Choki sudah dijumpai!!


Setelah mengecewakan ahli-ahli kerabat saya pada minggu lepas akibat gagal menjumpai Choki Choki di pekan Kajang, saya bertekad untuk mencari Choki Choki itu ketika pulang ke Gombak. Saya sangat berdukacita melihat ada ahli kerabat yang tidak dapat menerima kegagalan saya sehingga ada yang sudah mula hilang akal dan kelihatan mula sasau dan merayau-rayau di longkang-longkang sekitar Uniten.




Sepatutnya saya menghadiri MPKP 3 anjuran MPP Uniten hari Jumaat itu, akan tetapi, saya terpaksa pulang kerana ada urusan penting yang memaksa saya pulang ke Gombak Maaf, urusan itu masih rahsia. Ada rezeki kelak, saya akan ceritakan. Saya sempat menurunkan amanat kepada timbalan saya, Soraya dan naib-naib saya, Faris dan Pokcik untuk mewakili kerabat Astena dalam perjumpaan MPKP 3 itu. Setelah solat Jumaat dan bersiap-siap, Saya pulang ke Gombak dengan mengikuti Zul Koir menaiki kereta Kelisa Manja beliau.



Dengan tekad dan keazaman, saya sempat mengajak Zul ke lokasi rahsia yang pernah saya terokai bersama Zul ketika saya masih dalam latihan industri dua bulan yang lalu. Saya yakin dan percaya, lokasi itu ada stok Choki Choki yang boleh diperolehi secara borong.



Setelah kami meletakkan kenderaan di celah lorong yang basah dan sempit, kami keluar dari kereta ibarat penjenayah yang mencari bahan jenayah untuk melakukan kegiatan jenayah. Huh, gila mengada-ngada poyo ayat. Kami menderaskan langkah kami masuk ke dalam lokasi yang disebutkan. Ternyata, Lokasi itu tidak menghampakan kami.



Terdapat pelbagai variasi makanan ringan yang ada dibekalkan di situ. Dan yang paling penting, Choki Choki! Saya dengan segera terus mengambil dan membelinya. Saya juga sempat membeli dua pek kuaci wangi yang telah menjadi ketagihan saya sejak dahulu. Dengan senyum yang melebar mencecah telinga, kami keluar dari lokasi itu dengan kepuasan. Senyuman saya bertambah lebar lagi, sehingga hampir mencecah side burn kerana Zul sempat membeli kuih pau sambal dan keropok lekor di lokasi berhampiran.



Tidak sabar rasanya untuk saya membawa pulang Choki Choki itu ke uniten untuk diberi kepada ahli-ahli kerabat saya seperti yang telah saya janjikan. Mana lokasi rahsia itu? Maaf, tetap rahsia. Akan tetapi, saya memaparkan gambar lokasi itu di bawah... hehehehehe...




1 ulasan:

yuzy berkata...

Hoi kat mana?Ni kena pegi ni.Tak nle jadi.