Selasa, 5 Mei 2009

Air oren memang sedap

Petang itu, setelah selesai menghantar buku hijau projek akhir tahun di Uniten, saya tidak terus pulang ke rumah.

Saya berhenti di dahulu di ibukota untuk merayau-rayau melihat alam dan manusia. Teringat pula subjek Alam dan Manusia yang saya belajar di sekolah rendah dahulu. Saya tak pernah dapat A subjek itu. Nasib baik subjek itu tidak termasuk dalam UPSR.

Agak panas terik pada hari itu. Memandang ke langit pun saya tak mampu. Begitu terik menyebabkan saya terus masuk ke dalam Pasar Budaya. Menjemah penghawa dingin senafas dua. Saya tewas dengan pemanasan global pada hari itu.

"Balik rumah je lah. Bosan pulak" Saya bercakap dengan diri sendiri

Tiba-tiba, tekak saya gatal nak minum air oren. Mungkin tekak saya kurang vitamin C. Kalau gatal nak minum oren biasa sahaja, tak apa. Boleh sahaja beli di tepi jalan. Tapi gatal mengada-ngada nak minum air oren tanpa campuran. Masam dan menyegarkan. Ibarat datang terus dari ladang.

Kalau macam itu, baik saya makan buah oran sahaja. Akan tetapi, Pasar Budaya bukan seperti pasar lain. Memang tak ada jual buah saya nampak. Apa tah lagi buah oren. Jadi, saya pun merayau-rayau mencari jus oren yang sudah sedia untuk diminum.

Saya malas nak beli fresh oren yang di restoren. Pasal takde la se fresh mana pun. Selalunya mesti tambah gula dengan air masak. Tak pun air paip. Ada kedai yang pernah saya lihat dia tambah perisa oren.

Terus merayau, mencari-cari kedai yang ibarat kedai runcit, dan juga ada jual air minuman. Sekali saya terjumpa satu kedai akhbar yang ada jual air. Saya terus pergi dekat peti ais yang berair-air pintu kaca dia. Memang menggiurkan. Saya masuk meneliti pilihan yang ada.

Tiba-tiba saya ternampak satu kotak air oren berwarna putih.

"100% jus oren asli" "tanpa gula" "tanpa pengawet"

Saya terus percaya. Kalau dia menipu, dia akan masuk neraka. Saya lihat harga dia. RM 2.00 untuk 250 ml. Huh?! Memang tak sesuai langsung dengan gaya hidup jimat saya. Tapi, apabila memikirkan mungkin itu harga yang patut saya bayar untuk keaslian, jadi saya tekad, redha dan tabah.

Saya bayar di kaunter, dan terus keluar dari Pasar Budaya, dan terus naik bas Metro. Dalam bas, saya terus mengecapi nikmat air oren tersebut. Memang asyik. Tenggelam terus lagu dangdut yang sedang berkumandang. Minum oren segar, sambil memerhati kota dari tingkap bas. Memang berkualiti estetika. Tak sia-sia rasanya bayar RM2.00.

Malam tadi, saya teman Hawa mencuci gambar di Greenwood. saya pun masuk ke 7-11 untuk membeli barang sedikit. Sekali, saya ternampak kotak air yang sama, dan jenama yang sama, saiz yang sama. Pintu kaca peti ais itu pun sama berair-air. Saya lihat harga pada kotak air itu.

RM 1.20

"Cheeiisss!!" Saya tumbuk keropok Mr Potato di rak berdekatan. Saya sudah menjadi mangsa kapitalis.


5 ulasan:

a p e x berkata...

hahaha....
kne tipu!!!

fahmie Kaiser berkata...

eh, apsal 7-11 lagi murah lak? selalunye 7E plg mahal kalu dicomparekan.. apapun, ya ko menjadi mangsa kapitalis sadis.. wakaka

Rantong berkata...

Salam ziarah. Sekadar membuat hebahan. Mungkin ini dapat membantu orang-orang kita diwaktu gawat sekarang.

Rancangan "Who Wants To Be A MillionaireBlogger.Net" kini, ke udara di screen komputer anda. Sertai & daftar sekarang. Kemasukan adalah PERCUMA...

Marniyati berkata...

Kalau beli di kedai depan rumah angah ni, mesti lagi murah sebab barang kat kedai tu lebih murah dari barang di kedai 7-11... (saja aje nak 'bakar' hati orang yg kena tipu, hehehehehee)...

Basuh Baju berkata...

beli kat 7-11 bukan lg mahal ke? haha

tp kesian kerana menjadi mangsa kapitalis.. di Arab, air jusnya betul2 asli. RM5 untuk 500ml..mmg pekat dan sedap..

hairan mengapa MAS tidak begitu..