Jumaat, 1 Mei 2009

Nostalgia kanak kanak 1989

1989, saya darjah satu. Selalunya, setiap maghrib hujung minggu saya pasti akan pergi ke masjid mengikut ayah.

Ketika itu saya masih mentah dan suci. Jadi, aktiviti pergi ke masjid adalah antara benda yang paling seronok dalam kamus jadual harian saya. Antara sebab seronok, adalah di sana ada geng-geng saya masa kanak-kanak.

Ada Atan anak Pak Suman, dan Ayie anak Cikgu Zainal. Atan sebaya dengan saya dan Ayie muda setahun. Kami tinggal berdekatan dan ayah kami berkawan baik. Jadi, selain tepi sungai dan longkang, tempat berkumpul dan bersosial kami adalah masjid.

Sambil menanti bilal qamat selepas azan, sempat juga kami mengadakan sukan olimpik atau maraton sekeliling masjid. Waktu itu berlari keliling masjid di waktu senja amat mencabar dan menyeronokkan. Tak letih langsung.

Bila orang mula sahaja qamat, kami akan berlari masuk dan beratur di saf yang sudah diarahkan oleh tuk siak.

"Belum sunat belakang ye.. senyap-senyap, jangan bising."

Masa itu kami selalu berangan nak cepat sunat supaya boleh sama-sama solat dalam saf orang dewasa. Oleh kerana masa itu kami masih belum bersunat, kami akur sahaja. Tak berani nak melawan.

"Allahuakbar..."

Ketika rukuk, tiba-tiba Ayie solat di sebelah saya berlari ke pintu. Dia membongkok membelakangi pintu, dan berlari kembali ke sebelah saya kembali.

"Kau buat apa?" Saya tanya dengan suara bisik-bisik.

"Aku kentut jap tadi. Mak aku kata, kalau nak kentut kena keluar masjid." Ayie jawab bisik-bisik jugak.

"Syhhht diam. Nanti batal sembahyang." Atan pula bisik pada kami.

Kami pun terus diam dan sambung ke sujud.

6 ulasan:

onnychubby berkata...

haha...klaka la
bleh plak smbg smyg lps kentut....haha

abdul hadi berkata...

tu la pasal. siap berborak

a p e x berkata...

shit giler....rosak2...

igt kan kanak2 zaman skang je rosak..

rupenye kanak2 dlu lagi rosak...
hehehehe

Marniyati berkata...

Angah teringat satu kisah. Seorang sahabat pernah bercerita, seorang lelaki Jepun (mungkin baru masuk Islam) sedang bersolat Jumaat di sebelahnya.

Selepas mengangkat takbir, tiba-tiba telefon berbunyi dan si lelaki Jepun itu menjawab telefon dengan ringkas sebelum menyambung solatnya.

Usai solat, rakan saya menegur lelaki Jepun itu. Sah, memang dia tidak tahu hukum - tidak boleh menjawab telefon ketika sedang solat.

Ermm.. hehe

liLYMu berkata...

tahun tu aku baru jer lahir..

abdul hadi berkata...

angah, itu lah masalah amal tanpa ilmu... hahaha. Alin, silap-silap kau belum lahir lagi.. awal tahun tu.. hahaha