Ahad, 31 Mei 2009

Bawak Cicak bercanda dengan Yasmin Ahmad di finas selepas Talentime

Pagi Sabtu itu, awal-awal lagi Cicak sudah mengejutkan saya dengan seketul panggilan telefon.

"Bila mau tengok wayang free?" terdengan suaranya yang aktif.

Nampak sangat Cicak teruja bila saya ajak dia tengok tayangan filem Talentime secara percuma di Finas.

"Awal lagi beb, baru pukul 10. Dia pukul 2 la" Saya jawab dengan suara belum aktif.

"Tiu! tido lagi ka? Bangun la mandi! jom jalan-jalan dulu!"

Saya terus bangun dengan mata buka suku. Sementara mencari ilham nak mandi, sempat juga saya periksa e-mel dan main internet. Akhirnya, jam 11, ketika saya sedang sembur deodoran, Cicak pun sampai.

"Mana nak pergi?"

Dia yang kejutkan saya pagi-pagi, dia pulak yang tanya saya cadangan. Nasib baik akal saya agak ligat setelah selesai mandi.

"Jom lah, kita pergi jalan-jalan kat Giant Hulu Klang dulu. Aku ingat nak carik gel rambut"

"Ok gak tuh. Aku pun nak carik gunting nak trim misai."

kami pun pergi lah ke Giant. Nasib kami baik. Hari itu ada jualan runtuh. Saya beli gel rambut berharga hanya RM 2. Set berus gigi 2 batang campur setiub ubat gigi pun hanya RM 5. Memang sesuai dengan gaya hidup sederhana saya. Saya bayar pun sambil senyum-senyum.

"Lapar laa." Kata Cicak yang berdiri di hadapan iklan nasi ayam KFC.

"Tiba-tiba teringin nak makan nasi ayam." Kata Cicak lagi sambil urut-urut dagu.

"Huh! harga tak berbaloi langsung!." Kata Cicak bila terbaca harga yang terpampang di dada iklan itu.

"Tu lah, baik kita pergi tempat lain..." Saya sebagai sekutu kuat, mengiakan sahaja.

"Jom lah pergi Mancongkam. Tekak aku mengidam nak makan ayam nih!" Cicak membuat cadangan bernas.

"Jom!" Kami berjalan ke kereta dengan langkah yang agak kengkang kerana nak cepat.

Di Mancongkam, Cicak makan nasi goreng hailam ayam rangup. Saya makan nasi ayam biasa. Tapi sayang, nasi ayam di Mancongkam sudah tidak semancongkam dulu. Dah jadi menyampah pula. tak beberapa sedap. Tapi saya yang menghormati rezeki tidak bersungut di hadapan rezeki dan menghabiskan sahaja hidangan.

Selesai makan dan menyedut air minuman sampai habis, Jam sudah menunjukkan pukul 1. Kami sebagai peminat filem percuma, terus mahu pergi ke Finas. Kami tak mahu masuk lambat dan kami tidak mahu berebut tempat. Kami percaya ada dua benda utama yang membuat bangsa jatuh. Tak tepati masa dan rasuah.

Ternyata kami berdua adalah orang yang pertama sampai di Finas untuk menonton Talentime. Kami pun mula duduk di sofa lob dan melihat-lihat sekeliling. Sempat juga kami mengurat gadis-gadis yang berseluar trek. Kami syak mereka adalah penari atau ada latihan lakonan. Tapi satu pun tak terima penguratan kami. Mungkin kami guna salah teknik.

Agak bosan menurat, kami pun berbual-bual dengan makcik pengawal yang bertugas. Kami bernasib baik tidak dihalau oleh makcik itu. Ternyata makcik itu seorang yang peramah. Makcik itu juga cakap, di rumah pameran Finas Jalan Pahang juga ada tayangan percuma marathon filem seram. Jadi kami tak pasal-pasal dah ada rancangan untuk hari esok.

Jam tiba-tiba menunjukkan pukul 1.33. Saya syak azan Zuhur sudah pun berkumandang. Jadi saya dan Cicak ke surau untuk solat. Selesai solat, kami kembali melangok di dalam lobi.

"Dah boleh naik dah dik..." Makcik pengawal bagitahu kami.

Kami pun berlari-lari anak naik tangga, dan masuk ke dewan tayangan. Sampai di dalam, baru ada tak sampai 10 orang. Kami duduk di tempat yang paling strategik, dan duduk diam tak sabar. Sementara menanti tayangan Talentime, kami ditayangkan dengan satu dokumentari mengenai tarian singa di Malaysia. Baru saya tahu, Malaysia mempunyai pasukan tarian singa yang paling hebat di Malaysia.

Setelah habis cerita tarian singa itu, barulah Talentime ditayangkan. Saya agak kecewa dengan kualiti sistem bunyi dalam panggung itu. Nasib baik ada seorang amoi duduk di sebelah saya. Itu membuatkan saya jadi tenang dan tidak mengamuk. Dia cantik.

Memang sedap cerita Talentime tu. Dalam banyak-banyak adegan, saya paling suka adegan pakcik Mahesh termenung di kedai kain ketika teringatkan kekasih lamanya yang sudah meninggal dunia. Mantap! Lagi satu, adegan Mahesh mintak maaf dari ibu dia setelah kena hentam. Gaya Mahesh menyembah ibunya dan dialog bisu beliau membuatkan hati saya tersentuh. Dia sanggup memilih ibunya walau dia tahu dia takkan dapat melupakan kekasihnya. Dia nak mak dia ajar dia supaya dapat lupa pada kekasih. Terima kasih pada sarikata. Mantap lagi!. Adegan yang paling ekstrefehm adalah apabila Hafiz menyanyi pada pertandinga akhir, dan tiba-tiba Kahoe masuk dan dia sambut dengan main Er Hu. Ultra mantap beb! Air mata saya mengalir. Korang tak tengok, korang mana tau. Tapi saya cepat-cepat lap mata dan buat-buat bersin supaya amoi sebelah saya tu tak perasan.

Saya perasan Yasmin ahmad duduk di belakang saya bersama beberapa pelakon filem itu. Tapi saya buat 'dek' je, supaya saya tampak matang dan utuh. Setelah tamat tayangan, baru saya perasan ada beberapa kawan saya dari Uniten pun datang. Saya pun pergi duduk bersama mereka untuk mendengar sesi diskusi bersama Yasmin Ahmad.

Ketika sesi diskusi, saya sempat bertanya soalan. Terasa teruja pula saya. Paan juga sempat bertanya soalan. Paan mesti berterima kasih kepada Ibu Azean Irdawaty, kerana Ibu Azean yang perasan paan ada benda nak tanya. Sebab masa tu sebenarnya dah habis sesi. Paan pun kawal pernafasan masa nak bertanya soalan. Yasmin Ahmad menyangka kami adalah pelajar perfileman dan mengajak kami sambung berbual-bual setelah selesai diskusi dan jamuan petang.



Gambar saya curi dali blog ini

Ketika jamuan, agak ramai yang mengkerumuni meja makan dan juga meja para pelakon. Kami pergi solat Asar dahulu. Saya masih dengan prinsip saya yang tidak mahu mengacau orang di hadapan rezeki. Setelah siap solat, kami kembali naik ke atas. Nak borak-borak dengan Yasmin Ahmad cita-cita kami. Akan tetapi, mereka masih dikerumuni.

Saya ajak kawan-kawan saya makan di berandah luar sahaja. Kami pun berbual sambil minum kopi di berandah. Memang asyik berbual jika ada kopi . Sebijik macam dekat kedai kopi. Setiap minit, kami sempat menjeling ke meja Yasmin di dalam. Saya akan pastikan yang kami tidak akan terlepas peluang berbual bersama.

Ketika jam sudah pukul 7.00, barulah kami perasan yang meja Yasmin bersama Ibu Azean sudah berkurang pelawat. Kami pun beramai-ramai menyerbu ke meja itu untuk berbual.

Saya sempat bersalaman dengan Ibu Azean dan Yasmin Ahmad. Saya terasa terharu kerana Yasmin mencium tangan saya gaya seperti orang Johor menyalam orang yang lebih tua di Hari Raya. Saya pun keliru sama ada saya terharu atau pelik atau terperanjat.

"Pung! Pang! Pung! Pang!.. Bla... Bla.. Blaa.." Kami berbual.

Memang seronok berbual dengan Ibu Azean dan Cik Yasmin. Saya terasa seperti cendikiawan. Macam-macam topik kami bualkan. Dalam perbualan juga, saya mengerti Yasmin bukanlah seorang Pluralist. Banyak juga kami sempat bualkan sehinggakan Yasmin Ahmad menyangkakan saya anak murid Faisal Tehrani. Itu sudah kali ketiga Yasmin Ahmad tersalah sangka.

Pertama, disangkakannya kami pelajar perfileman. Kedua, disangkakannya. kami merokok di berandah. Ketiga, disangkakannya kami anak murid Faisal Tehrani.

Ternyata kami bukan ketiga-tiganya.

Perbualan pun terhenti kerana Yasmin mahu solat. Kami sambung berbual dengan Ibu Azean sebelum berangkat pergi. Kami meninggalkan Finas setelah selesai solat Maghrib.

Keluar dari Finas, saya pun ajak Cicak ke majlis BBQ sahabat saya yang baru pulang dari San Francisco setelah 8 tahun tak balik Malaysia.


7 ulasan:

Rizdiahk Nahraf berkata...

hoho..nasi ayam mencengkam yang sedap sudah tidak sedap...

nape gambar aku takde...ini tidak adil!

honey berkata...

waah..bestnya dapat bual-bual ngan yasmin ahmad sama seniwati azean..mantop!

fahmie Kaiser berkata...

cis, gambar aku pon xde, tiada lagikah tempat utk ku bersarang dihatimu? kah3

Donat suke je Mancongkam, asal ko tak suke? ^^p

abdul hadi berkata...

mancongkam dah tak best! dah tak true! poser! dia dah terpengaruh dengan dunia arus perdana kapitalis! nanti aku nak buat satu post cerita pasal mancongkam yang dah tak true.

gambar korang ada la, tengok betul-betul hahaha.. mana aku tau, bukan aku yang tangkap.

donat kata sedap pasal tak pernah rasa mancongkam dulu yang true!

eleh zul, tengok, kat belog aku pun ko nak taruk nama donat. lepas tu marah bila ada orang gossip ko ngan donat. lepas tu emo taknak balik rumah. kat sini pun nak backup donat. hahahahahaha!

Marniyati berkata...

Salam.

Dulu, setiap kali Hadi makan atau beli makanan, mesti ada gambar makanan tersebut. Sekarang sudah tiada, sudah malas yaaaa... hehehehe

~MaNjAmAS~ berkata...

bob! mas mmg nangis sakan la masa part mahesh kene hentam tu..last2 pun sama..meleleh jela ayer mata nih..

tp masih pada pegangan yg sama..filem pensel laaaaaagi sedeh..seyes!

p/s: tanak sebut pasal bob borak ngn ibu azean tu sbb jeles yg teramat..

abdul hadi berkata...

bukan apa angah, telefon bimbit berkamera saya dah mula buat hal. saya dah terpijak telefon tu. tu yang susah nak tangkap gambar... huhuhu..

eleh mas, sibuk je... bau busuk la, macam bau jering