Rabu, 21 Januari 2009

Merayau lagi dia! Dari CM ke Jalan TAR

Setelah kecewa kerana gagal membeli album Marjinal, saya meneruskan perjalanan menuju ke Jalan TAR pula. Mungkin saya mudah putus cinta, tapi saya amat susah putus asa! Saya teruskan langkah yang agak sumbang ini berjalan kaki meninggalkan CM. Sedang asyik berjalan, saya berselisih dengan sebuah lori kecil yang ada jual makanan. Setelah lebih kurang tujuh langkah, tiba-tiba saya berpatah balik kerana ternampak sesuatu yang membuka nafsu selera saya.



Pergghh! Aroma kebab membuatkan langkah sumbang ini terhenti serta-merta. Tiba-tibe perut sfera ini menjadi lapar. Nafsu selalunya berjaya mengatasi akal. Lantas tanpa banyak soal, saya pun beli sebungkus. RM 3?!! Agak mahal bagi saya, tapi peduli hapa! Perut beb...

Saya terus berhenti dan ambil port di tepi sungai berhadapan dengan Masjid Jamek. Konon-konon nak layan perasaan kunyah kebab sambil menikmati panorama. Walaupun sungai itu agak berbau, tapi tak mengapa... layan je...

Dengan pantas, bungkusan kebab itu dibuka dan kebab disua ke mulut.

Sekali kunyah... la entet... Dah la roti keras, daging dia pun dah kering.

Tapi, mungkin itu rezeki saya pada petang itu.

Habis mengunyah, langkah diteruskan. Tujuan saya masih jelas. Masih mahu mencari Marjinal.

Saya terus berjalan sehingga ke Masjid India. Disana memang banyak benda dijual. Saya juga sempat membeli sebatang berus gigi berjenama Oral B dengan harga RM 1 sahaja!. Wah wah wah...




Apabila saye teruskan sahaja perjalanan untuk ke kompleks Campbell, saya termasuk ke satu lorong yang penuh dengan lautan manusia. Nak berjalan pun himpit-himpit. Oh, saya terlupa, hari itu hari Sabtu.. Ada pasar malam Jalan TAR.




Ya, pasar malam Jalan TAR memang agak sesak. Nasib baik saya sudah aktif merayau sekitar Kuala Lumpur dari tahun 1995 lagi. Jadi, segala kemahiran dan taktik merayau telah saya kuasai. Dompet sentiasa dipastikan dalam keadaan yang selamat, Tangan juga di dalam keadaan selamat. Ini adalah penting supaya saya tidak dituduh mencabul, tidak dicabul, dan tidak kelihatan seperti pencabul.

Saya berjalan, dan tiba-tiba hati saya sakit. Di pasar itu juga turut menjual pelbagai makanan seperti kebab yang saya makan tadi . Rasanya mungkin lebih segar dan sedap. Harganya juga lebih murah! RM 2.50 sahaja! Hampeh! Itulah pengajaran saya supaya bersabar lagi pada hari itu.

Saya sudah nekad, saya tidak akan membazir lagi pada hari itu. Saya akan sekat nafsu makan saya! Saya mesti belajar berjimat! Saya mesti kurangkan makanan yang berminyak! Makanan yang banyak kolestrol! Makanan membawa penyakit!

Ah... Ikrar itu hanya bertahan untuk tiga minit sahaja. Segala ikrar itu terlerai begitu sahaja apabila saya ternampak satu objek yang begitu unik. Di papan tandanya tertulis "Roti Arkab".





Wah, adakah salah eja, atau namanya begitu hardcore? Roti berinti daging dibungkus dengan lapisan kulit popia dan kemudiannya digoreng, memang menggamit perasaan sanubari. Harganya memang murah, RM 2 sahaja.

Saya pun beli satu, saya bawa berjalan dan kemudiannya saya bedal dengan sopan di tangga belakang kompleks Campbell.

selesai mengelap minyak dan sos-sos yang menceceh di bibir, saya terus masuk dalam kompleks Campbell. Mana dia Marjinal?!

Tiga kedai saya sudah masuk dlam Cambell tu. Kedai underground konon. Kedai Aunty yang terkenal meng"rip off" budak-budak underground itu pun saya masuk.

Hampa.. hampa.. hampa... huhuhu satu pun tiada.

Saya keluar dari Campbell dengan hampa dan dahaga. Nak beli air pula.

Masa mencari gerai air. Nak beli air apa ya?



Oh, selera saya terus membuak-buak apabila ternampak gerai yang menjual jus jambu batu. Ini semua Amir punya pasal. Dia yang ajar saya minum air ni. Saya pun jadi ibarat ketagihan. terus sambar segelas. Siap tabur asam boi tuh.. fuh.. nafsoo.. nafsoo..

Akan tetapi rasanya kurang mantap dari yang pernah saya minum di Sri Kembangan. Tapi tak mengapa lah, dahaga beb.

Saya teruskan langkah longlai ini sampai ke Chow Kit untuk menaiki bas pulang. :)

Tiada ulasan: