Ahad, 15 Februari 2009

Siri bercakap dengan Cicak


Oh celaka, setelah penat terkejar-kejar untuk menonton bangsawan percuma Puteri Sakdung, akhirnya hampa kerana panggung itu terlalu penuh. Saya dapat masuk, tapi penuhnya manusia... berhimpit-himpit.

Saya cuba menggoda dan merayu gadis yang menjaga pintu masuk supaya membenarkan saya naik ke tingkat atas. Akan tetapi, masih gagal, kerana tingkat atas ada VIP bertaraf menteri kata beliau dengan berat. Agenda merayu mula bertukar menjadi agenda mengurat.

Baru sahaja jampi pemanis mulut hendak dilafazkan, Cicak a.k.a Hidayat menelefon saya

"Hey you! Ada mana?"

"I kat Panggung DBKL, nak tengok teater, tapi penuh sangat, kena berdiri"

"Mau lepak ka? Aku pun kat area KL ni... "

"Bole bole... meh amik aku kat Dataran Merdeka"

Dengan melemparkan senyuman yang paling manis kepada gadis yang menjaga puntu, saya pun beredar meninggalkan panggung.




Lalu, bertemankan lagu-lagu yang sedia ada dalam telefon saya, saya pun menanti Cicak mengangkut saya, ibarat kupu-kupu malam menanti pelanggan di Dataran Merdeka.

Sambil menanti, saya sempat memerhatikan gelagat manusia keliling di malam minggu. Huh, tak pernah saya duduk bersendirian pada waktu malam di Dataran Merdeka.


Oleh kerana kesesakan lalulintas, Cicak hanya tiba setelah 25 minit. Agak lambat bagi saya yang sentiasa kejarkan masa.. :)

"Mana mau lepak?" Ujar Cicak, sejurus selepas punggung saya dilabuhkan ke dalam kereta

"Kita lepak luar KL la."

"Memang beb! Aku memang nak keluar dari KL, Sesak beb!"

"Jom makan ABC..." Tiba-tiba saya teringin makan ABC

"Jom, kita keluar dulu dari KL."

"Nak lepak kedai mana?"

"Kita lepak kat kubur, Batu 11 Gombak"

"Oh, Gelas Besar, jom! Aku call Amir jap. Ajak dia sekali"

Lalu kereta hitam + hebat Cicak dipandu laju ke Gombak.

Dalam perjalanan, Cicak mula bercerita dengan pelbagai topik.

Dari bab politik, menjurus ekonomi, perkahwinan, sosial, dan akhirnya soal Agama.

Isu kafir tiba-tiba terusik

Ini adalah kerana, bakal bapa mertua Cicak, bukan lahir Islam, tetapi masuk Islam.

"Dalam Islam, ada 2 jenis Kafir, Kafir Harbi ngan Kafir Zimmi kan?" Saya sambung cerita Cicak.

"Ada lagi satu.. Kafir Laknat! Ha ha ha ha!"

"Tapi, itu bukan pakai untuk orang kafir je, orang Islam pun guna tu perkataan kafir laknat tu gak cakap kat orang Islam lain" Cicak bernada separa serius.

"Kita sebenarnya tak boleh kafirkan orang lain. Sebab itu bukan hak kita"

Saya hanya diam, tekun mendengar.

"Orang Islam belum tentu mati dalam Islam, Orang Kafir pun, belum tentu matinya Kafir"

Saya kagum kembali mendengar kata-kata pesara anarkis porno grindcore itu.

"Betul tuh. Entah-entah, kita ni pun murtad sebelum mati... Na'uzubillah" Saya mengiakan kata-kata bernas Cicak.

"Kau tau tak, Azan sebenarnya 24 jam, tanpa putus." Cicak mengeluarkan lagi fatwa beliau.

"Hah?" Saya masih kurang faham.

"Bila habis je azan kat satu tempat, tempat lain akan masuk waktu. Jadi, bila habis je azan, dia akan disambut dengan azan baru. Jadi, takkan putus"

"Oh..... betul betul betul.."

Baru saya perasan... memang unik seruan azan ini.

"Patutlah Allah syariatkan azan.... Jadi, bila ada negara yang tak azan, kitaran ini akan putus?"

Saya insaf seketika. Begitu uniknya azan.
Saya jadi malu sendiri, kerana selalu menukar siaran apabila azan berkumandang di tv.

"Mana ko tau ni Cicak?"

"Kata zaman IT beb, aku tengok kat youtube..."




Saya semakin sedar, internet bukan untuk budaya hedonis semata-mata.

Dan saya tak sangka, orang yang bercerita benda ini kepada saya adalah Cicak.

Pesara Anarkis yang sudah diketahui umum kenakalannya suatu masa dahulu...

Sedar tak sedar, kami sudah sampai ke medan selera yang kami gelar "Kubur"





Kena Tag ~ Gambar ke 6, dari folder ke 6

Saya kena tag lagi oleh minah blog bising berlagu² ini

Saya cuba meminta pertolongan Rosemarie lagi, tapi beliau agak sibuk memandangkan hujung minggu ini ada orang kahwin.

Jadi, saya buat sendiri, mengikut arahan ini:

1. Go to your photo folder in your computer
2. Go to the 6th folder of photos
3. Go to the 6th picture in that folder
4. Put the picture on your blog and description of it.
5. Invite six friends to join the challenge.
6. Link them in your blog and let them know they have been challenged..

Jadi...


Gambar ini adalah ketika kami sedang menjayakan teater Selendang Milik Laila. Gambar dari babak pertama. Dalam gambar ada Mastot, Kavi, Arif, Nik dan saya sendiri.

Nak tag siapa? saya tag mereka:

1) Zul
2) Onny
3) Zarith
4) Zarko
5) Nadia
6) Farah

Jumaat, 13 Februari 2009

Aku Budak Minang?

Banyak cakap takde...

Lepas ni, saya akan jadi penonton setia RTM...

Muzik ~ H2O feat Lou Koller &Matt Skiba - What Happened?

Akibat penulisan ini, seorang sahabat bertanya pada saya

"Kau dulu layan indie ke? aku tak pernah dengar la nama-nama band tu?"

Oh,

Ini bukan sebarang muzik.. ini teras keras! Hardcore!

(Faisal juga sudah mula rindukan Chenta Tiada Restu nya)





"When it began, for those who don't know
it didn't matter how you looked or what you wore to a show
dress codes, FUCK NO! we didn't care
about the brand of your jeans and all that shit in your hair

But now the biggest part is all about the image and not the art
Fashion before passion!
And at nights, it makes me mad that I should have to ask:
What happened to the passion? (passion!)
What the reason for screaming?
What happened the music and the message that I love?
What happened to the hard work? (hard work!)
And why does everybody look the same?
What happened the music and the message that I love?

And I know, that people change
and we go through different stages in life
and I'm not here to criticize
but the reason I scream, is a feeling inside

But now the biggest part is all about the image and not the art
Fashion before passion!
And at nights, it makes me mad that I should have to ask:
What happened to the passion? (passion!)
What the reason for screaming?
What happened the music and the message that I love?
What happened to the hard work? (hard work!)
And why does everybody look the same?
What happened the music and the message that I love?

Lost (1,2,3,4) lifetime ago it seems
you gave up on your wildest dreams
but i refuse to let mine go
I took an oath, you can find me here
with an open heart and ears
refusing to surrender
I can't believe they don't remember
what it feels like to be young

What happened to the passion? (passion!)
What the reason for screaming?
What happened the music and the message that I love?
What happened to the hard work? (hard work!)
And why does everybody look the same?
What happened the music and the message that I love?"

Kena Tag ~ Tapi malas nak buat, mintak tolong kat Rosemarie

"Amboi amboi amboi... Sedap je suruh Mak buatkan tag dia nih! Ingat Mak takde kerja ke? Mak banyak lagi kebaya nak jahit tulang belut tuh! Dengan tempahan bunga straw lagi, langsir pengantin lagi... dah la customer ni mintak ropol-ropol kain shiffon!

Isyhh! Geram tau! Mastot ni pun satu! Dah tau si gemuk selekeh ni memang pemalas ya Rabbi, mengalahkan unta padang pasir! Patut la perut boyot terkeluar- keluar! Ada hati lagi nak suruh dia buat tag bukan-bukan nih! Tak kuasa nyahhhh!

Nasib la Mak terhutang budi dengan dia ni dulu, mintak tolong designkan banner kedai untuk Mak. Patut la dia rela buat free je. Ingatkan memang ikhlas, macam malaikat. Rupa-rupanya nak menuntut di hari muka! Banyak muslihat betul setan gemuk nih! Nyampah! Kaki temberang!

Nak tak nak, Mak redha je... Mak buat jer laa.. hik hik hik.. Macam syok jugak.. Maklumlaa, takde orang pun nak tag Mak nih."


Myself

First name : Nama I Rosman, tapi dah jadi macam ni, panggil saja Rosemarie...

Name you wish you had : I suke nama GWENAƋLLE, tapi kan, macam susah je nak eja. Apa tah lagi nak menyebut. Mak kekal je la Rosemarie.

What do people normally call your name : Dia depends la.. ada yg panggil Rose, ada yang panggil Marie, ada yang panggil Sweetie Cutie.. Tapi ada yang kuang hajo tu panggil Pondan! tak suke tau!

Birthday : I Sebaya je dengan si Hadi ni. Maklum la.. sama sekolah nyah...

Birthhplace : I beranak rumah jer.. Dekat area Kampung Baru

Time of birth : Mommy I kater, I beranak tengah pagi buta, pukul 3. Mommy kata, orang bertuah je beranak time tu. Bertuah punya budak.

Single or taken : Malu lah nak cakap... Mak single lagi... Ada yang berminat kerr??

Zodiaz sign : Orang vougue macam Mak ni, of course la Virgo! wahahahaahha!


My Appearance

How tall are you : 175cm.. Orang kata sama tinggi ngan Siti Nurhaliza! Kellaaass gitu..

Wish you were taller : Tak mo la.. nanti orang ejek macam-macam lagi taw.. tak suke

Eye color : Hitam campu perang-perang gitu... Natural beauty taw..

Current hair color : Hitam, kaler asal. Malas la nak kaler-kaler ni, orang kata tak sah semayang. Tak sah mandi wajib.. huhuhu

Short or long hair : Of course la panjang.. baru la menawan..

Ever dye your hair a bizarre color : Ada pernah dulu Mak kaler merah... terus terperanjat semua tetangga.. Tobat Mak tak buat lagi dah. Macam-macam diorang fitnah Mak.

Last time you did something dramatic with your hair : Dah la kaler merah merelit... Mak kasi lurus pulak tuh. Mak rebonding. Risau gak, pasal banyak yang gugur lepas tu. Mak dah tak berani dah. Ampun...

Glasses or contacts : Sorryyy.. Mak tak rabun... Mak rajin makan carrot tau...

Paint your nail : Teringin gak.. Tapi malas tau.. bila nak mandi wajib kan susah.. huhuhu

Shy or outgoing : Mak ni pemalu taw... Tapi boleh je jadi peramah, kalau y'all dah mula ramah dulu..

Sexy or cute : Cute is enough la.. Kita kan orang Melayu.. Ada adat ketimuran gitu..

Serious or fun : Ikut situasi la.. takkan la nak serius memanjang. Nanti cepat tua taw.. Tak rela..

A turn on : Mak palin tak boleh tahan tengok si dia terbaring.. gerrammm!! ooppsss.. hehe memain jer..

A turn off : Mak paling tak suka orang bau masam malas mandi! Huh!


This or That

Flowers or chocolates : Coklat laa.. Kenapa? Sebab coklat boleh buat kita happy! :)

Rap or rock : Apa saja.. asalkan Mak enjoy.. boleh bergoyang...

Relationship or one night stand : I percayadan sentiasa menanti cinta sejati you...

School or work : Of course la kerja... Dapat duit.. boleh beli segala benda.. wah...

Love or money : Kalau sekadar cinta je.. nak makan hapa? makan bunga?

Movie or music : Mak tak suke sangat tengok movie nih. Macam membazir. Dengar lagu takpe, boleh buat kerja lain....

Country or city : Mak tak kisah.. asal aman.. bahagia.. tak sesak.

Sunny or rainy days : Sunny! boleh mak merayau puas-puas. Tapi kalo hujan time nak tido, best gak tu.. huhuhu

Friends or family : Mak dah takde Family... Kawan-kawan la family yang ada...


Have u ever


Lied :
Mesti la pernah Y'alllzz.. Tolong lah.. apa punya soalan ni?

Stole something : Dulu, masa sekolah. Mak tak sengaja taw.. ikut si Hadi tu la, dia mencuri komik kat kedai Apek depan sekolah La Salle Klang.

Smoked : Pernah.. belajar cuba-cuba masa darjah 5.

Hurt someone close to you : Pernah..... Maaf ye...

Broke someone's heart : Pernah jugak.. Maaf ye Liza... Mak belum bersedia...

Wonder what was wrong with you : Entah laa.. I rasa perfect je nyah...

Wish you were prince or princess : Selalu... Tapi bukan setiap harri taw..

Like someone who was taken : Pernah.. huhuhuhuh.. apa kan daya.. huhuhuh

Shaved you head : Tak pernah.. Tak kuasa la nyah... gondol-gondol nih. Ingat I Syarifah Amani ker?

Used chopstick : Pernah la! Hey! Ingat I ni kokak sangat ker??!!

Sang in the mirror to yourself : Hari-hari la nyah.. dah jadi tebiat dah..


Favourites

Flower : Paling suka carnation... tak pun kan.. bunga tiger lily.. awrr.. garang..

Candy : Suke sangat M&M. Tak pun Nips.

Song : Paling suka, "I've told every little star" dendangan Linda Scott. Selain dia, Ziana Zain je rules!

Color : Hot Pink!

Movie: Bukak Api! aww...

Singer : Of course la, Ziana Zain rules!

Junk food : I suke sangat jeruk kedondong!

Website : I jarang main internet laa.. tapi baru-baru ni suke lak baca -
http://gergasikerdil.blogspot.com/

Location : Paling suka all time favorite - Langkawi!

Animal : suka sangat kucin... miaw.. miaw..

Ever cried over someone : Pernah............................. ;(

Is there anything you wish you could change about yourself : Kalo boleh nak tukar betis.. dah berurat-urat dah ni.

Do you think you're attractive : Ye kot.. hari hari ada je orang gatal mengurat I.

If you had to choose a fairy tale as your life what would you choose : I suke sangat Sleeping Beauty. Best tito.. huhu

Do you play any sports : I main hoki tau dulu.. wakil sekolah lagi nyah...

Next?

I suka sangat nak tag nyah yang ni pulak... huhuhu! kellass gitu!


Rabu, 11 Februari 2009

cicak, menanam, menuai, cita-cita

Maaf, agak lama saya tidak menulis.

Merajuk? Mana ada! hahahaha! Sibuk sikit la kawan... tak tipu punya.

Saya agak sibuk kerana adik saya Adibah tidak sihat, dan masih dirawat di hospital.



Alhamdulillah, keadaan Adibah sudah semakin pulih, dan saya sudah tidak perlu melawat dan menjaga dia hari-hari.

Melihatkan Adibah yang sakit, membuatkan saya sedar dengan mendalam, kesihatan dan keadaan kita sekarang memang takkan kekal selama-lamanya.

Umur saya juga sudah mula bertambah sekian hari. Akan tetapi, saya masih ibarat berada di takuk yang lama. Lebih kurang tiga tahun sahaja lagi, digit hadapan umur saya akan berubah. Akan tetapi, saya masih tiada tujuan hidup yang realistik dan juga masa hadapan yang masih samar-samar. Cita-cita pun tak ada!

Kali terakhir saya mempunyai cita-cita adalah pada 20 tahun yang lalu, tahun 1989, ketika saya darjah satu. Ketika itu kami wajib mengisi borang biodata sekolah. Ada ruangan cita-cita.

Oleh kerana mudah terpengaruh dengan rakan sebaya, tiga ruangan wajib itu diisi sama seperti geng-geng jahat yang lain.

1) Polis
2) Doktor
3) Pelakon

Memang sama sahaja dengan geng-geng main kapur dalam kelas.

Tadi, ketika balik dari rumah Harith, Cicak menceritakan kepayahan beliau menyiapkan persiapan perkahwinan. Ya, memang agak sukar bagi pesara anarkis seperti beliau. Tambah-tambahan lagi, beliau tinggal di Selangor dan tunangnya tinggal di Sabah.

Ketika lepak meneman Cicak makan, kami banyak berbual. Tapi, topik perkahwinan terselit juga. Walaupun saya kurang arif. Perubahan diri Cicak memang mengagumkan saya. Pemain drum kugiran bersama saya dahulu, Rukhay 696, berirama Porno Grindcore, berambut karat dan bersubang sebelah, makan limau curi dari tokong Cina, cukup liar dan bebas.

Sekarang dia sudah bekerja tetap, berkereta, bermotorsikal, bertunang, menyara keluarga, berbicara hal agama, hal politik, hal ekonomi.

Dia rancak bercerita sambil diselangselikan dengan menghirup sup ekor. Saya hanya menyedut teh ais, kerana kecewa mesin ABC warong itu rosak. Mungkin Tuhan tidak mengizinkan saya membedal ABC pada jam 12.30am.

"Aku sebenarnya kan cak, tak pasti lagi apa yang aku nak dalam hidup ni"

Saya bersuara, setelah puas menyedut teh.

"Aku pun sama gak Bob. Ye lah, macam contoh, aku dah ada kereta, ada motor. tapi still rasa nak benda lain"

Cicak menyambut.

"Aku tak nak hidup mewah pun, tapi yang penting, cukup dan selesa"

"Betul tu Bob. Hidup ini untuk menanam, bukan untuk menuai"

Wah, sungguh hebat falsafah Cicak.

"Aku baca ayat tu kat dinding pejabat Ketua Kampung tadi, masa nak mintak sain"

Ceh, kekaguman tadi terpotong di situ.

Tapi, kata-kata itu membuat fikiran saya terbuka.

Betul... Dunia ini hanya sementara... Hasil tanaman yang sejati, bukan untuk dituai sekarang.

Saya teringat ketika menjaga Adibah di hospital, Ada sekumpulan penganut Sikh menderma dan mengagih-agihkan capati bersama dal vegetarian kepada setiap pesakit.


Tanpa mengira kaum, jantina malah agama. Semua dapat. Ayah saya siap makan dua keping. Memang selera Ayah agak tidak berkira.



Itu membuatkan saya lebih percaya, masih ada orang yang ikhlas dalam dunia ini. Kebajikan tanpa batasan. Tanpa mengharapkan balasan. Saya ibarat mendapat ilham. Ilham mengenai cita-cita.

"Aku ingat nak jadi sukarelawan la Cak, nak keliling dunia"

Saya ujar setelah teh ais tinggal separuh gelas.

"Aku rasa baik ko kerja kapal. Lagi puas keliling dunia"

Balas Cicak dengan mulut berminyak.

hahahahaha! :)



Politik di Perak

Politik yang hangat di Perak?

Seperti biasa, saya tidak berminat menulis mengenai perkara yang tiada sangkut paut dengan peribadi saya.

Akan tetapi, Perak menyimpan secubit kenangan pahit dan manis buat saya.

Terutamanya tahun 1996, ketika saya masih di tingkatan 2, ketika saya menghadiri kursus Bahasa Inggeris di UPSI (masa itu masih IPSI)

Antaranya, bahu saya melecur terkena sup panas. Budak-budak ATDI berebut beratur megambil makanan dengan kami. Dan ada lagi beberapa cerita rahsia.

Perak juga di mana tempat lahir dan juga tempat bersemadinya seorang sahabat, seorang saudara, seorang gerila, seorang pecinta, seorang teman seperjuangan. Yang saya masih terasa berdosa padanya.

arwah Amir Noor Faizal @ Kiply @ Sungkai

Kiply...

Berbalik pada kehangatan politik, saya hanya ingin berkongsi sesuatu.

Amatilah lagu ini.



Ikhlas Dariku - Akhil Hayy

"Aku bukan
seperti engkau sangkakan
pura-pura di dalam berjuang
Aku tidak pandai
menyulam rahsia
juga tak pandai
bermadah pujangga

jika ada benci di hati
oh katakanlah padaku..
relaku terima walau kutukan
asalkan aqidah terjaga..
kerana tidak sanggup lagi..
mempermainkan dustur Ilahi..
hakikat
hati tak terluka
walau zahirnya ada yang ketawa..

Tuhan,
ku mohonkan keampunan
keterlanjuran
yang berulang kali
teman,
kita patrikan di sini
berakhir sebuah lamunan duniawi
terima syukur taufiq Ilahi..

Aku bukan
seperti engkau sangkakan
pura-pura di dalam berjuang
Aku tidak pandai
menyulam rahsia
juga tak pandai
bermadah pujangga

jika ada benci di hati
oh katakanlah padaku..
relaku terima walau kutukan
asalkan aqidah terjaga..
kerana tidak sanggup lagi..
mempermainkan dustur Ilahi..
hakikat
hati tak terluka
walau zahirnya ada yang ketawa..

Tuhan,
ku mohonkan keampunan
keterlanjuran
yang berulang kali
teman,
kita patrikan di sini
berakhir sebuah lamunan duniawi
terima syukur taufiq Ilahi.. "

Selasa, 3 Februari 2009

Teras keras, sekolah lama, emosi dan air mata lelaki, Oh, Jason Vorhees

Suatu petang, Firdaus SMS saya. Kemudian, kami berbual di YM


tefirrorist30: dapat msg aku bob?

komrad_zaibatsu: jap
komrad_zaibatsu: ada org caci kita lagi ke daus?
komrad_zaibatsu: aku masih sayang jason
komrad_zaibatsu: huhuuh

tefirrorist30: takde ah..
tefirrorist30: dulu2 kan ada..
tefirrorist30: aku tgk balik video show kita brulang2 ni..
tefirrorist30: show this is hell..
tefirrorist30: walaupun bertiga jer..
tefirrorist30: tapi energetic...
tefirrorist30: best gak lagu2 kita..
tefirrorist30: cuma kita infamous je..

komrad_zaibatsu: ahahaha

tefirrorist30: tak main gig pun kita record..

komrad_zaibatsu: betul
komrad_zaibatsu: pastu print t-shirt

tefirrorist30: hehehhe...

komrad_zaibatsu: kenangan kita daus
komrad_zaibatsu: itu punca kita jadi siapa kita

tefirrorist30: walaupun musik2 indie, post hardcore, metalcore, pop yang menguasai dunia ini..

komrad_zaibatsu: jantung hati KHTH

tefirrorist30: yaarrhhhh!!!!!
tefirrorist30: budak hardcore ke bukan budak hardcore ke tau lagu kita.
tefirrorist30: boleh nyanyi sama2...

komrad_zaibatsu: betul....

tefirrorist30: aku mimpi semalam bob

komrad_zaibatsu: abang kita tu macam mana?

tefirrorist30: kita jammming ramai2

tefirrorist30: ntah senyao je..

komrad_zaibatsu: aku rindu kat dia, tapi dia buat aku segan nak tegur dia
komrad_zaibatsu: bila cerita pasal ni, aku jadi syahdu siyut
komrad_zaibatsu: ahahahahah

tefirrorist30: tu la pasal..
tefirrorist30: semalam pagi2 dia dah kaco aku
tefirrorist30: cilaka tul..

komrad_zaibatsu: ko mimpi kita jamming katne daus?

tefirrorist30: tak tau la..
tefirrorist30: tapi ramai giler yang sing a long..
tefirrorist30: semua kultusan!!

komrad_zaibatsu: oh deym!

tefirrorist30: syahdu woooo..

komrad_zaibatsu: rindu beb, rindu... masuk studio jamming pun toke jamming kenal
komrad_zaibatsu: masuk jam, ramai kawan2 datang nak join tengok

tefirrorist30: bukan sebarang tokey tau!!!
tefirrorist30: artis tuh!!!

komrad_zaibatsu: ahahahha

tefirrorist30: buat riuh pun relax jer..
tefirrorist30: takde nak poyo2...

komrad_zaibatsu: tu la pasal
komrad_zaibatsu: padahal dia toke otai

tefirrorist30: betul bob...
tefirrorist30: nampak berbeza..
tefirrorist30: walaupun aku dah pkai kasut kulit sekang nih...
tefirrorist30: jiwa tetap hatkor!!! JV la punca komplete nye kita sebagai seorang hardcore.. (tuiii, ayat macam haram)
tefirrorist30: komplete nyer sebagai seorang muslim tanak buat..
tefirrorist30: adoii laa..
tefirrorist30: hehehe..

komrad_zaibatsu: aduh....
komrad_zaibatsu: luka hati beb
komrad_zaibatsu: ahahahaha!
komrad_zaibatsu: aku nak solat jap
komrad_zaibatsu: hehehe

tefirrorist30: adieeehh..
tefirrorist30: sama la kita bob..
tefirrorist30: sambung nanti..

Tiba-tiba, air mata mula mengalir. Satu demi satu memori kembali


Jason Vorhees, 2004



Paul's Place, Jalan Klang Lama - 2004



Larkin, Johor Bharu - 2004



Paul's Place, Jalan Klang Lama, 2007 (pertama tanpa arwah)







Arwah Fendi (Panjang), Apis Kadak, Firdaus 2004

Al-Fatihah....

Ahad, 1 Februari 2009

Kena Tag ~ Gambar dan suasana

Saya kena tag oleh Mastot yang busuk.

Nasib baik tag yang ni agak menarik, kalau tak, jangan harap la nak buat! Ahahahahah!

Dah la dalam Bahasa Inggeris, Dengan izin ya..


1. A picture of you at the most unique environment.

Describe the environment:

Malam itu, Saya dan Cicak bergambar di hadapan gergasi-gergasi yang pelik melihat manusia normal seperti kami yang merayau di waktu malam, di Taman Tasik titiwangsa. Gambar ini diambil dalam tahun 2006. Sekarang, gergasi itu sudah tiada



2. A picture of you at somewhere you dislike

Describe why you dislike that place:

Ini gambar makan-makan sempena tamatnya persembahan teater "Selendang Milik Laila". Ingatkan hebat sangatlah makan kat sini. Makan kat William's. Overrated sangat tempat nih. Ini semua Ewok punya pasal. Tak berbaloi la tempat ni. Jauh, mahal, berbau pulak tuh! HaHAHAHA


3. A picture of you with someone who means a lot to you.

Who is that person and what did that person do to you before?

Mak, Ayah, dan seluruh adik beradik. Itu sahaja. Ini sahaja gambar yang satu keluarga ada dalam gambar. Inilah keluarga saya. Hari Raya 2008. Hari lain, jangan harap nak ada gambar sama-sama. Masing-masing susah nak dikumpul sekaligus. :)


4. A picture of you with your best smile (mouth open).

Why were you smiling?

Nak tangkap gambar, memang lah selalu senyum. Tapi senyuman kali ni terlebih nganga pulak. Ini adalah antara gambar saya tersenyum lebar dengan mulut ternganga. Gambar ini diambil di Muzium Kesenian Islam, Kuala Lumpur pada tahun 2007.


5. A picture of you with your best smile (mouth closed)

Were you posing or smiling naturally?

Saja je nak cuba senyum mulut tutup. Terasa macam terencat akal pulak. Gambar ini masa main gamelan buat kali terakhir di Uniten. Tahun 2008. Ya, kali terakhir dalam Uniten.



6. A picture of you with your lamest pose.

Why?

Dah tengah malam sangat kot, pukul 3.00am. Pergi lepak dan menangkap gambar kat atas bukit Ampang. Bersama ahli-ahli Jason Vorhees. Kadak dan Daus. Tahun 2007


7. A picture of you with some toys or cute stuff

What were you with?

Patung Bubbles! dari "Powerpuff Girls". Dalam kereta Jaja, tahun 2008. Dulu kami adalahPowerpuff Girls, Jaja - Blossoms, Tehah - Buttercup, Saya - Bubbles. Jaja dan Tehah yang merekrut saya dan memandai-mandai bagi pangkat. :)


8. A picture of you in blue shirt.

Why were you wearing blue instead of other color?

Fuh, punya lah susah nak cari gambar pakai baju biru. Selalunya saya hanya pakai baju hitam. ini pun biru gelap. Tak tau hari tu kenapa tercapai nak pakai baju biru. Kira nasib laa. Ini gambar di Chicken Hartz, Sunway Pyramid. Tahun 2007.


9. A picture of you with a sad face

What happened that day?

Itu adalah antara hari-hari yang sedih dalam perjalanan hidup saya. Biasa lah, ada hati, mesti lah ada kesedihan. Walau saya jarang bersedih. Malam itu saya keluar di Putrajaya ditemani Amir dan Asrina. Tahun 2008.


10. A candid picture of you n your friends.

Do you look good in it?

Muka macam sememeh sikit la. Tak sedar bila Faris ambik gambar ni. Jalan-Jalan Zoo tahun 2008. Keletihan dan kecewa pasal tak dapat tengok beruang.

Kena Tag ~ 5 Perkara


Saya ditag lagi, oleh Nadia

5 Fakta tentang diri:
1)Bebas dan sukar dibendung.
2)Tidak suka mencari pasal.
3)Suka bergembira.
4)Kuat merayau.
5)Bercita-cita memiliki jenama kasut sendiri.

5 perkara menakutkan dalam dunia:
1)Balasan Tuhan di dunia
2)Mati dalam keadaan aib
3)Pengkhianatan
4)Lumpuh
5)Kehilangan orang tersayang < tiru je

5 lagu buat masa sekarang:
1)Wake The Dead - Comeback Kid
2)Time Like This - Foo Fighters
3)Surrender - Finger Print
4)Ikhlas Dariku - Akhil Hayy
5)Di Balik Cermin Mimpi - M. Nasir

5 perkara yang selalu disebut:
1)Astaghfirullah...
2)Hek elee..
3)La entet..
4)Orait babeh
5)Hai!


5 perkara yang amat bernilai:
1)Keluarga
2)Keberkatan
3)Ilmu
4)Kesihatan
5)Kasih sayang

5 perkara pertama kali dalam hidup ku:
1)Beri beruk makan kat Bukit Melawati
2)Masuk Balai Seni Lukis Negara
3)Menonton konsert Anuar Zain & Ziana Zain di Angkasapuri
4)Makan kat Williams
5)Menonton Makyung

5 orang yang nak di tag:
Malas nak tag orang sekarang.. hehe