Khamis, 22 Januari 2009

Punk Kechil bersara?

Satu petang, Punk Kecik, atau nama sebenar beliau, Hafiz Anuar menelefon saya. Setelah hampir setahun tidah berhubung.

Akan tetapi saya tidak menjawab panggilan ketika itu, kerana saya sedang asyik mandi.

Saya membalas dengan SMS.

"Ko call aku ke Punk?"

"Ha'ah, ko nak tak kaset2 underground? aku nak let go semua. aku nak kemas bilik aku."

"Nak! Nak! Berapa ko nak jual?"

"RM 4 satu. Acah je, aku let go foc. Bila ko bole amik?"

"Aku malam ni nak lepak Mali's ngan amir. Bole la jumpa"

"Malam ni x bole, ada baby kat rumah. Esok pagi aku datang rumah kau ok?"

"Orait babeh. Tarahal. btw... ko dah kawin ke?"

"Eh.. Tak la.. Tapi aku kawin tahun ni jugak"

Wah... Lagi seorang pesara anarkis yang akan berkahwin. Hafiz Anuar, atau paling selalunya dipanggil Punk Kecik.

Editor bagi zine punk percuma "Paku Karat". Kami selau bersama-sama pergi gig dan sama-sama bermazhabkan straigthedge. Walaupun dia lebih muda, tapi dia senior saya di kolej dahulu... Tak sangka, dia sudah mahu kahwin... hahaha!

Jadi, dipendekkan cerita, sepatutnya pagi itu dia datang rumah saya untuk memberi koleksi kasetnya, akan tetapi oleh kerana saya pergi KLPAC pagi itu, malam itu barulah saya singgah ke rumahnya.

Sampai sahaja, Punk Kecik mengajak saya masuk dan lepak borak-borak dahulu. Akan tetapi, saya agak sibuk dan keletihan, saya menolak dengan baik. Rupa-rupanya dia sudah mahu bertunang Sabtu ini. Oleh itu dia tidak dapat menyertai majlis "Makan Bayar Sendiri" pada Sabtu ini.

Sebungkus plaistik berwarna kuning dipenuhi penghasil kebisingan sejagat bertukar tangan.

"Aku bukan nak quit scene sebenarnya... tapi... aku ni dah nak kahwin..."

Kata beliau dengan sayu.

"Jangan risau! aku akan simpan kaset-kaset ni sebagai pusaka keramat aku"

Setelah bersalam hardcore dan masing-masing menahan air mata jantan, saya meninggalkan Punk Kecik Paku Karat yang mungkin akan menukar nama gelarannya setelah berkahwin nanti. Mungkin nama penanya akan menjadi Romi Afriqal, atau Manutsia Mithali.

Sampai sahaja di rumah, Plastik kuning pun dibongkar dengan penuh hati-hati.

Harta karun itu mula dibuka dan diatur dalam kotak dengan elok-elok. Kotak Vans pulak tuh! Punyalah punk not det!



Wah.. siap ada 7" Split Agathocles / Sivil Imurha!!!

Ada kaset Marjinal lama! Ada Chain Of Strenght! Ada Melarat! Ada Parkinson! Ada Extreme Decay! Ada Tersanjung 13! Ada Chenta Tiada Restu! WoW!

Eh eh... Butterfinggers lama pun ada?


Dan... Satu objek yang betul-betul menambat hati saya!




Album FINGER PRINT! Sebuah band emo lagenda dari Perancis! Habisla korang... hahahaha!

Tapi malangnya... Walkman saya dah lama rosak... huhuhuhu bedebah!

4 ulasan:

Ahmad Khairi Anuar berkata...

bob ... finger print tuh ko bleh cari care nak tukar jadi mp3 tak? .. aku dah lame ngidam finger print tuh ... damn

abdul hadi berkata...

xtau la peng.. nanti aku usahakan!

K.I.T.A berkata...

Biase la tu
(A)Bile orang tu nakal
masa sekolah,dia akan
baik bile da menjelang tua

(B)Bile orang tu skema
masa sekolah
dia akan nakal bile da
menjelang tua.

Korang dkt mana.
Kite yang (A)

abdul hadi berkata...

saya pilih (C)

(C)Nakal selamanya...