Khamis, 29 Januari 2009

Sekitar majlis pertukangan, eh! pertunangan Pirah.


Nazeerah Abdul Aziz, atau lebih dikenali sebagai Pirah Santiago, adik sepupu saya sudah pun selesai bertunang. Majlis serba ringkas dan padat telah selesai disempurnakan di rumah Ucu, di hadapan rumah saya. Saya, Abdul Hadi, melaporkan dari jendela Cik Tipah.



Abdul Razak, sebagai ketua keluarga Haji Shair, menjalankan tugas sebagai penerima pinangan.
Ucu (Abdul Aziz), berbaju pink memerhati setiap isi rundingan.




Setelah berpuas hati dengan jumlah wang hantaran, maka setiap helai duit pun diperiksa bagi memastikan tiada duit palsu atau "black money" tersesat.




Setelah semuanya selamat, Abdul Hakim, selaku biro agama keluarga, membacakan doa selamat.




Mereka-mereka yang takut disuruh baca doa, awal-awal lagi sudah tersengih di luar, dan selepas doa habis, masuklah waktu makan, bagi kawasan yang sewaktu dengannya.




Pirah menanti segala rundingan berjalan lancar sambil bergambar bersama pasukan persiapan




Hantaran dari pihak perempuan juga sempat disusun rapi sebelum 'ter' jahanam




Pasukan persiapan pula memlilih untuk makan di dapur, kerana lauk dapur lebih istimewa




Saya terpengaruh dengan mereka




Kita jumpa lagi 19 Disember ini!

Tiada ulasan: