Khamis, 29 Januari 2009

Kelapa Hawa, Keladi Hadi



Petang itu Hawa menyuruh saya menolong dia mengambil kelapa muda kerana dia mahu membuat jamuan besar-besaran minum air kelapa bersama kawan-kawannya.

Oleh kerana saya tidak gemar minum air kelapa, Jadi saya tidak kisah jika dia hendak minum sampai habis semua kelapa yang ada.

Lagipun, pokok kelapa itu adalah pokok kelapa kesayangan Hawa.

Sedang saya sibuk mengamalkan tai chi di belakang rumah, tiba-tiba, saya terperasan satu benda yang amat menakjubkan di belakang bangsal harta karun Ayah.



Satu pokok keladi yang amat besar! Subhanallah! Maha suci Allah.

Orang kata, kalau ada pokok keladi besar, tandanya senang nak belajar bela hantu raya.

Tapi, orang mana yang kata, saya tak tau la kan. Mungkin orang itu saya sendiri.

Jadi, oleh kerana Hawa sudah ada pokok kelapa, saya mengisytiharkan pokok keladi itu saya punya, dan akan saya wariskan sebagai pokok pusaka.

Saya namakan pokok itu The Keladi Honey

3 ulasan:

Miss Farina berkata...

haahahahhaa... selambe nk jadikan pokok keladi pokok pusaka. dahla keladi je pun. kelakar2

Te Fir Rorist berkata...

macam siak je The Keladi Honey...

:: maszShimi :: berkata...

Orang kata, kalau ada pokok keladi besar, tandanya senang nak belajar bela hantu raya.<---Bob ko check ng ayah ko, senang tak nak bela ko? kalau ayah ko kata senang...sahlah anda adalah hantu raya tersebut!TAHNIAH!