Isnin, 19 Januari 2009

RM 180 - RM 200 - RM 10

Hari Ahad saya meneman Soraya di Low Yat untuk mengenalpasti apa sebenarnya masalah pemacu DVD laptop kesayangannya. Saya walaupun pernah bekerja sebagai juruteknik komputer, akan tetapi agak takut untuk menggodek hardware laptop. Nanti kalau rosak, saya juga yang susah. Ibarat tikus membaiki labu.

Di Low Yat, saya hanya akan masuk dan bertanya di keda-kedai yang saya percayai sahaja. Sagak teliti dan memilih dalam hal-hal yang melibatkan duit dan teknologi.

Kedai yang pertama, saya dilayan oleh lelaki yang mungkin datang dari Bangladesh.

"Tukar DVD, RM 180"

"Original ke?"

"Sama saja.. semua bole masuk"

Saya tak yakin langsung. Mengheret Soraya ke kedai kedua. Sebuah kedai yang agak terkenal dalam bidan pembaikpulihan komputer.

Sampai di sana, agak ramai pelanggan yang sedang menanti servis. Saya juga cuba mencelah masuk dan mencari pembantu kedai yang tidak sibuk.

Saya agak dia adalah orang Nepal kerana sepatah haram saya cakap, dia tak faham. Bahasa Melayu tak faham, Bahasa Inggeris lagi la tunggang terbalik jadinya. Akan tetapi, pembantu kedai itu masih menyimpan niat murni untuk membantu.

Dia membawa saya ke ruang lain untuk bertemu dengan kawannya yang lebih pakar.

Sekali pandang, dan mendengar gaya percakapan, saya sudah tahu dia dari Burma. Kerana saya pernah berkawan dengan orang Burma.

"this might be the motherboard" Agak pekat pelat Burmanya.

"how much to repair the motherboard?"

"RM 200"

"Are you sure it is the motherboard?" Saya bertanya dengan sangsi.

"Don't worry, I'll try to change the DVD first, if not OK, I'll change the motherboard"

"Ok, I'll come back later"

Saya mengambil semula laptop itu dan mencari lagi kedai yang sesuai.

Naik ke tingkat atas, kelihatan ada lagi beberapa kedai yang menawarkan perkhidmatan membaiki laptop.

Di hadapan mata, ada dua kedai. Saya bertanya Soraya, tuan empunya laptop.

"Nak yang mana? kiri ke kanan?"

"Yang kanan, muka macam tak reti. Yang kiri, muka macam penipu"

Jawapan yang meyakinkan saya untuk mencari kedai lain pula.

Baru sahaja beberapa langkah berundur, saya terpaling ke sebuah kedai kecil. Pekerja di situ mempunyai wajah yang agak meyakinkan.

"Bang, nak beli laptop ke?"

"Tak, sini boleh repair laptop tak?"

"Boleh je, masuk la, kita cek dulu"

Tak sampai 10 minit, masalah sebenar telah dikenalpasti. Bukan masalah besar pun, cuma ada penahan skru yang longgar. Dengan mudahnya abang itu perbetulkan dan siap.

"berapa ringgit bang?"

"RM 10 je... "

Baru lah saya tahu bagaimana nak menggodek DVD dalam laptop. Menyesal saya tak belajar sendiri. Tapi takpe, kali ni saya dah tahu. Lepas ni tak payah hantar kedai lagi. Nyaris-nyaris hilang RM 200.

Ini membuatkan saya teringat sepotong lagu dari Marjinal, "Belajar Sama Sama"

" Semua orang itu guru, alam maya sekolahku "

Oh ya, Hari ini itu saya bertekad akan cari dan beli album Marjinal!.

Setelah selesai membayar RM 10, kami pun pergi ke tingkat atas, kerana setiap kali Soraya datang di situ, dia pasti mahu menikmati tauhu fa di tingkat atas... :)



Dialog Majlis Mesyuarat Jumaat

Cicak : "Aku rasa baik ko carik keje kat AEON Bank. Diorang memang sentiasa nak ambik orang bekerja. Macam-macam kerja ada. Data entry, admin, call centre... "

Hadi : ".................."

Amir : "Tak guna ko cakap ngan dia masa dia tengah reply mesej. Dia mana boleh multitasking"

Cicak : "Huh! Macam ini punya orang pun ada ka? Apa daa"

.......................................................................


Nazir : "Gua dah dapat beb"

Choy : "Dapat apa?"

Nazir : "Layan awek tuh. Kat Friendster"

Choy : "Layan je?"

Nazir : "Tapi beb, Gua mintak YM dia tak bagi"

Choy : "Apsal lak?"

Nazir : "Gua mintak dengan password dia sekali!"

.......................................................................

Hadi : "Apa beza kopi ngan taik hidung "

Nazir : "Apa?"

Hadi : "Kopi atas meja, taik idung bawah meja"

Nazir : "Hek eleh..."

Hadi : "Ha! Ha! Sakit hati aku bila baca teka-teki tu kat blog sape ntah tadi"

Nazir : "Owh, ko dah sakit hati, ko saja nak buat aku sakit hati lak"

.......................................................................

Choy : "Kenapa Superman pakai baju ketat?"

Amir : "Apsal?"

Choy : "Pasal dia pakai baju saiz S "

.......................................................................

Choy : "Kalau campak satu stokin biru, satu stokin hijau ngan satu stokin kuning dalam Laut Merah, apa jadi nanti jadi?"

Hadi : "Tukar kaler?"

Choy : "Stokin jadi basah laa... "

.......................................................................

Ahmad : "Apa paling best masa berak?"

Hadi : "Baca paper?"

Ahmad : "Tak... Paling best, perasaan masa kemut potong taik"

Amir : "Aku rasa paling feeling best masa berak cair... Taik memancut keliling lubang jamban"

Hadi : "Hoi! Aku tengah minum teh la bodoh!"

.......................................................................

Ahmad : " Sebatang pokok yang hidup, macam mana nak tau yang mana depan, yang mana belakang?"

Hadi : "Macam mana?"

Ahmad : "Kau pegi kencing kat belakang pokok tu... Kat tempat ko kencing lah yang belakang."

Hadi : "Ketam suci!"

.......................................................................

Fairus : "Ok Choy, nanti aku call ko. Ko pakai nombor lama kan?"

Choy : "Ha'ah nombor lama, tapi telefon baru beb"

.......................................................................

Ahmad : "Wah, sampai dua telefon ko?"

Amir : "Biasala... satu official, satu skandal.. hahaha!"

Hadi : "Eh, aku pun ada dua!"

Choy : "Aku pun ada dua gak.......... Tapi dua sim kad je la..........."

Sabtu, 17 Januari 2009

Broadcasting Intifada, Viva La Palestina!


Kutbah Jumaat siang tadi, yang disampaikan dengan penuh semangat oleh Ustaz Salehudin memang benar-benar menyentuh emosi saya.

Selalunya saya akan mengantuk, dan berkhayal ketika kutbah berkumandang. Tahap paling kurang asam adalah tertidur sambil kepala terangguk-angguk konon konon faham.

Tapi kali ini emosi saya tersentuh sehinggakan saya segar bugar. Bulu roma turut meremang. Pelbagai jenis emosi bercampur baur. Sedih, marah, semangat, takut, bersalah, bersyukur.

Setiap isi kutbah, setiap seruan jihad, setiap rayuan bantuan yang terlerai dari lidah Imam muda itu saya hayati, kunyah dan telan agar lekat di hati dan singgah di benak fikiran.

Ya Allah, sungguh hebat ujian Mu terhadap penghuni bumi bertuah itu.

Jika dibandingkan dengan segala kesusahan-kesusahan yang pernah saya tempuhi, ibarat tungau dan gergasi.

Seusai Jumaat, saya tunggu untuk turut serta solat hajat dan qunut nazilah. Ingin buat sendiri, saya tidak hafal. Maaf ya.

Hati ingin terus kesana berjihad bersama.

Apakandaya, kudrat dan kemampuan terbatas.

Jadi, saya lukiskan poster di atas sebagai luahan emosi dan sokongan.

Akan saya selit doa disetiap solat.

Akan saya sebarkan idea-idea sokongan.

Akan saya dermakan keuntungan (walau secebis).

Akan saya kumpul derma di Majlis Makan-Makan KHTH minggu hadapan.

Akan saya teruskan boikot di mana terdaya. (walau seketika dahulu pernah putus asa)

Walau ada suara yang berkata


"tak boleh, pasal semua itu tak berguna. takde kesan pun"

"alah, kalau aku sorang je yang boikot, tak jadi apa"

"nanti-nantilah boikot. sekarang tak boleh, pasal nak pakai"

"suka hati aku lah nak boikot ke tak"

"kalau kau nak boikot, ko boikot la. banyak lagi cara lain nak bantu"

"kalau boikot, nanti ada orang Islam yang hilang kerja"


Saudara-saudara sekalian...

Pakcik di atas, tidak pernah sempat merasa membawa cucu-cucunya bergembira makan malam di McDonalds.

Pakcik itu tidak pernah perlu keenakan kopi Starbucks untuk dia berjaga. Cukup dengan kerisauannya mendengar bedilan roket setiap hari.

Pakcik itu tidak pernah sempat merasa berjogging dengan kasut Tommy Hilfiger.

Pakcik itu tidak pernah merasa kehangatan mi Maggi ketika dia lapar di malam hari.

Walaupun sengsara, berhadapan kematian yang tersayang setiap hari, dia masih tabah. Dia masih berjuang untuk hidup. Dia masih percaya. Ya, keimanan itu harta yang mutlak.

Anak-anak syurga diatas, tidak pernah pun merasa Happy Meals.

Tidak pernah dibelai dengan losyen Johnson & Johnson.

Tidak akan pernah merasa masuk tadika... dan kenal cita-cita menjadi jurutera atau doktor.

Sebelum sempat mereka kenal dunia, Israel menyembelih mereka.

Israel semakin utuh dengan sumber ekonomi mereka, saban hari memperkosa hak ummat Palestin.


"nanti-nantilah boikot. sekarang tak boleh, pasal nak pakai"

Saudara, semua benda, tidak dihasilkan oleh satu sumber sahaja. Sentiasa ada gantian. Jangan tipu. Kita sudah dimomok-momokkan dengan jenama. Kita sudah dibaptiskan dengan kepercayaan bahawa sesetengah jenama itu adalah yang terbaik, tiada tandingan.

Inilah idea kapitalis yang membunuh saingan industri, terutamanya industri kecil dan tempatan.


"kalau boikot, nanti ada orang Islam yang hilang kerja"

Jawapan yang paling saya tidak boleh terima, terutama dari mulut orang Islam.

Kenalan-kenalan saya yang anarkis, nihilis, malah athies, juga mempercayai boikot adalah senjata saraf yang boleh menjatuhkan ekonomi kuasa-kuasa besar.

1948, British kerugian teruk akibat Hari Hartal, mogok di Tanah Melayu.

Saudara, sebagai Muslim, bukankah kita wajib percaya yang rezeki itu datangnya dari Allah? Bukan syarikat-syarikat kapitalis itu yang menjamin dan memberi rezeki. Sudah dijanjikan Allah. rezeki kepada kita selagi ada nyawa di muka bumi ini.

Ya, rezeki dari Allah! Jika anda percaya wujudnya Allah dan sifat-sifat Nya!

Maaf, saya sudah tidak tahan melihat anak kecil bersepai otaknya.

Sukahati saudara semua untuk memilih, kerana itu hak anda :)

Saya akan terus menghulur, berdoa, dan memboikot.

Panduan di sini

Viva la Palestina!


Khamis, 15 Januari 2009

Surat : Maknyah hantar kain ke Kajang

Dear Hadi,


Assalamualaikum Hadi, apa khabar you? Mesti takde jawapan lain punya.. mesti makin sihat, membesar bagai johan and bagai dipam-pam! Aww! You ni nyah, jaga la sikit berat badan tu.., nanti sakit siapa susah? Bil hospital mahal tau. You tu dah la takde reti nak simpan-simpan duit! Tak fikir masa depan langsung! Menyampah! Ingatlaa.. umur you tu pun dah banyak angkanya tau! Bukan macam 10 tahun dulu, masa kita still tengah terhegeh-hegeh amik SPM, hik hik hik.


Huhuhu… Biase la nyah, bila dah lama tak jumpa, mesti banyak cerita kan? Tu yang Mak terlalut-lalut tu nyah… Tu lah You, sombong sangat. Konon-konon bz. Bz ape ke bendenya? You bukan lagi presiden kelab tu kan? Kelas pun dah takde. Projek pun bukannya jalan sangat pun. Eleh macam Mak tak tahu perangai pemalas You tu. Wawawawa! Hmm, Mak pun bukan tak nak kontek-kontek you, tapi Mak bz sangat sekarang ni. Cari rezeki nyah…


Mak ada dengar gosip liar kata you dah berhenti kerja ek? You kena tipu dengan company forex nyah? Shame on yooooo! Wahahahahha! Mak ingat you ni hebat sangat, tak mudah diperdaya! Hebat kunun! Cheit! Kaki temberang, kena temberang! Padan muka you nyah… Lain kali hati-hati tau.



Mak kena buat side projek sekarang nyah, tak cukup la nak harap rezeki menjaja kat Chow Kit tu. Hey! Ni mak nak ingatkan! Bagitau kat diorang-diorang yang jahat mulut tak cukup akal, mulut busuk longkang tu… Mak buat kerja halal tau! Mak menjaja buah tau! Kadang-kadang jual jamu! Bukan jual tubuh! Iee…! Jahatnye mulut! Kena cili baru tau! How dare you guys! I’m not that cheap slut you! Benci tau!


Sekarang, mak ada jugak ambik tempahan-tempahan menjahit. Ini Mak teringat nak tulis surat kat You pasal Mak semalam pegi Kajang, hantar kebaya hijau kat sorang client Mak, Rina. Bukan Babyrina tau. Eleh… Macam Mak tak tau je you mesti ingatkan Babyrina yang pernah “HOT” 10 tahun dulu kan? Bukan, Dia kat Kajang, dekat UNITEN. Tempat You ngan I belajar tu nyah... Tu yang Mak teringat kat You tetiba tuh.


Petang semalam, Mak tak menjaja. Mak dah siap-siap melawa, Mak pergi stesyen KTM dekat hentian Putra. Ye lah kan, Mak mana mampu nak beli kereta zaman gawat-gawat nih. Nak harapkan You hantar, tinggal harapan je la. You mana lah nak drive kereta nih. Kereta pun takde. Low class! Naik keretapi je la jawabnya. Mak pun tunggu la keretapi ditemankan beg pink Mak yang imported dari Indonesia tuh. Seriau jugak Mak, takut-takut ada mat pet yang ragut. Habis rete benda Mak nanti nyah…



Sampai je keretapi, Mak terus pilih tempat yang hujung sekali. Baru la private sikit. Takde la jantan-jantan gatal yang nak mengganggu Mak nanti nyah.. Kalo yang kiut miut tu takpe la, syok jugak. Ini harap gatal je, muka macam sampan, ada hati! Huh! Tapi tempat yang hujung tu, takde kerusi, jadi Mak pun berdiri je la. Bagus jugak berdiri ni, Mak ada baca dalam majalah Wanita, berdiri ni boleh kurangkan lemak sikit. Boleh la kasi mantap sikit pinggul Mak ni nyah.. hik hik hik.



Anyway, sampai je kat KlSentral, tu dia… Mula lah penuh manusia, masuk berhimpit-himpit. Tapi syukur Alhamdulillah… Kali ni tak la seteruk dulu. Dulu kan, Mak pernah sesak tau dalam train yang penuh dengan Bangla balik kerja. Ya ampuuun! Bau ketiak penuh. Habis melekat dalam tren tu. Mak terpakse benafas pakai mulut tau nyah… Habis semput dibuatnya. Nasib baik kali ni takde bau busuk. Maybe diorang dah pandai pakai deodoran agaknye nyah…


Masa Mak tengah sedap berdiri sambil termenung luar tingkap, tiba-tiba Mak terasa sesuatu bergesel kat punggung Mak. Mak pun terasa lain macam la nyah… Mana boleh biarkan orang amik kesempatan kat kita nih. Mentang-mentang kita ni lemah, suka-suka je nak menodai kita. Ingat kita ni takde maruah ke?! Dah la raba free pulak tu! Mana boleh nyah… This is not fair tau! Total unjust! Blasphemy!


Mak pun toleh la kekanan. Nak tengok muka jantan miang keladi tuh! Tup-tup, Mak pandang je, terus Mak malu nyah… Rupa-rupanya yang berdiri sebelah Mak tu budak perempuan nyah… Yang dok bergesel kat punggung mak tu rupanya beg dia. Nasib baik mak tak mencarut nyah… Comel budak tu nyah… Budak Melayu. Muka bujur sirih, kulit putih, hidung terletak, mata cantik, bibir mongel. Bertudung, baju kurung hijau daun. Sejuuk je mata Mak memandang nyah… Mak ingat nak kenenkan dengan You. Tapi, fikir-fikir balik, buat letih je. Mesti You mengada-ngada tolak punya. Mak pun tak paham la taste You ni nyah… Dah banyak yang Mak kenenkan. Satu pun takde yang melekat. You ni memang mengada-ngada tau. Jual mahal! Menyampah! Awwwww! Gerammmmm!!!


Tengah mak syok-syok bayangkan you bersanding dengan gadis tu, tiba-tiba Zul Mimi, diva area Kajang sms Mak. Dia suruh Mak turun kat Serdang. Senang nak angkut. Takut jem kat Kajang katanya. Rugila tiket. Mak bayar sampai Kajang kot… Tapi, sebab orang dah ambik kan… Mak pun akur je la… Ye la, dia tu diva… Mak ni picisan jer… wawawawawawa. Okla nyah… Mak tulis sampai sini je dulu. Mak nak keluar nih, pegi makan ABC dengan geng-geng Kajang. Siyu Siyu… Muah! Tata~



Oxoxox

Yang Benar,

Rosemarie ----<<@

Rabu, 14 Januari 2009

Muzik ~ Wings - Semalam Yang Hangat

Tiba-tiba lagu ini berkumandang di kepala saya :)



Semalam Yang Hangat
Artist: Wings
Sebelum engkau ke mari
Tiada resah
Tiada khuatir

Menjelang kemesraanku
Yang di rindu
Hanya syahdu

Mengapa itu
Mahu jadi teman
Mahu jadi kekasih
Selamanya...oh...

Aku bukan lagi mainan dulu
Telah kucampakkan kau ke mana
Ke lautan hitam yang ku tahu
Pasti kita tak jumpa

Semalam
Itu semalam
Hari ini aku hidup
Dalam dunia yang aman
Kenangan
Kita lucutkan
Kita bakar sama-sama
Pengalaman hidup
Seksa....

Selasa, 13 Januari 2009

Kena Tag dengan Zarko ~ Flickrs

Zaki jumpa permainan ni kat masa dia takde kerja macam biasa...

Kalau dia main sorang-sorang, saya tak kisanh sangat, tapi saya pun kena tag!

Permainan yang dipanggil Flicker Game.

Undang-undangnya telah ditulis dalam Bahasa Inggeris seperti dibawah,

(Saya terlalu sibuk untuk alih bahasa)

First. You answer the following set of questions. A simple keyword.

Second. Use those answers to search for pictures in Flickr using Flickr search. From only the first page of your search results, pick a picture.

Third. Copy and paste each of the photo's URLs for the images into the Mosaic Maker.

Last. Finish step 1 to 3 and then tag 12 person you know.

The questions are as follows:

  1. What is your nickname?
  2. What is your favourite food?
  3. Where did you go to high school?
  4. What is your favourite colour?
  5. Who is your celebrity crush?
  6. Favourite drink?
  7. Dream vacation?
  8. Favourite dessert?
  9. What is your childhood ambitions?
  10. What do you love most in life?
  11. One word to describe you.
  12. Your Flickr name.
Inilah hasil buang masa saya!


Apa yang saya jawab?
  1. komrad
  2. tempoyak
  3. hitam
  4. Jang Nara
  5. air suam
  6. Turki
  7. Air Batu Campur
  8. polis (mula-mula saya taip bomba, tapi gambar merepek sangat)
  9. keluarga
  10. bebas
  11. hadi
Saya kena tag 12 orang lain, dengar kata, kalau tak tag, nanti saya kena panau.
  1. Alin
  2. Asyikin
  3. Mastot
  4. Shimi
  5. Mastura Jais
  6. Nan
  7. Ned
  8. Onny
  9. Zarith
  10. Ein
  11. Yun Teru
  12. ZulFahmie
buat, kalau tak nak kena panau....

Ahad, 11 Januari 2009

Dialog apabila Kerabat Kultusan sudah bertemu

................

Pelayan : "Minum apa bang?"

Hadi : "ABC ada?"

Pelayan : "ABC takde.."

Cicak : " Bagi DEF ada?"

................

Amir : "Choy, kau ada kat port tak?"

Choy : "Ada, ada"

Amir : "Orait, aku nak datang nih"

Choy : "Datang cepat, ko sorang ke?"

Amir : "Tak, ngan Abang Long."

Choy : "Abang Long mana?"

Amir: "Abang Long Bob"

Choy: "Itu bukan Abang Long.... Itu Abang Tong!"

................

Hadi : "Bedebah ko Choy!"

Choy: "Cis ko! Bersetubuh!"

Hadi : "Apa tu?"

Choy : "Fuck! dalam Bahasa Melayu"

Hadi: "Ko la! penyetubuh ibu! (motherfucker!)"

Ahmad : "Ketam suci!"

Hadi: "Apa tu?"

Ahmad: "Holy crab"

Hadi : "Holy crap la bongok!"

................

Ahmad : "Apa dia? Oren diluar, hitam didalam?"

Hadi : "Apa dia?"

Ahmad : "Choy dalam bas sekolah"

................

Choy : "Macam mana nak tangkap 10 ikan sekaligus?"

Hadi : "Tangkap ikan sembilang?"

Choy: "Bongok! Tangkap gambar laa..."