Jumaat, 17 April 2009

Perjalanan ilmu Abdul Hadi

1988 - Tadika Ihkam, Taman Ibukota, Kuala Lumpur.

1989-1994 - Sekolah Kebangsaan Gombak Utara.

1995-1997 - Sekolah Menengah Methodist (Lelaki) (Anglo Chinese School) Klang.

1998-1999 - Sekolah Menengah Kebangsaan Gombak Setia.

2000-2001 - Kolej Lagenda, Langkawi.

2002-2004 - Kolej Islam Antarabangsa, Gombak.

2005-2009 - Universiti Tenaga Nasional.

Amacam? Kental tak? Mau tambah ke? hahahahaha

Kultus Haram Teratai Hitam dah ada blog?

Atas sebab saya dah habis belajar, maka saya pun dah ada masa nak buat benda ni:


Kepada para kultusan, sila klik gambar untuk melawat...

Majlis Tertinggi KHTH diwajibkan masuk

Selasa, 14 April 2009

Bachelor? Bujang? Bekerja? Bergaya?

Alhamdulillah presentation Projek lulus.

Terima kasih sejuta billion extreme super human samurai cyber squad in the night kepada mereka-mereka yang berdoa untuk saya, membantu dan menyokong saya.

Merdeka?

Belum lagi...

Sekarang tinggal siapkan tesis, lepas tu baru la nak carik kerja.

Lepas tu baru boleh kumpul duit.

Nak beli kaset Ella... hahahaha

Jumaat, 10 April 2009

Cepat la habis! Adeh! Nak merayau!

Petang itu, saya sedang seronok menonton TV.

Lebih seronok, bila Hawa muncul dari dapur dengan semangkuk ais krim tiga warna. Seperti biasa, ais krim itu pasti akan dicukai sesudu dua. Memang sedap makan ais krim sambil tengok TV. Lebih sedap kalau kita tak payah bergerak untuk ambil ais krim.

Mak yang dari tadi hanya diam asyik membaca surat khabar, tiba-tiba mula bersuara.

"Ni, bila Kau pergi Kajang lagi Di?" Mungkin sudah habis cerita-cerita seronok dalam surat khabar itu agaknya.

"Esok Mak..." Jawab saya sambil lap ais krim di sudut bibir.

"Kau ni bila nak habis kerja projek kau tu?" Mak tanya lagi.

"Dah nak habis dah Mak, 24 haribulan ni, habis lah orang belajar." Saya jawab dengan separuh yakin, suara dalam.

"Haa, nanti dah boleh terus kerja la tu kan?"

"Ha'ah.." Jawab saya terangguk-angguk sambil mata masih terpaku kat TV.

"Nanti, dah kerja, ingat-ingatlah... jangan boros tau. Hutang kau banyak."

"Ye.... tau...." Keseronokan tengok TV mula kurang sikit. Teringat kat hutang PTPTN.

"Nanti duit gaji tu, jangan lupa simpan sikit tau. Asingkan dalam 250 ringgit ke, setiap bulan. Simpan. Jangan usik. Nanti, dalam 5 tahun, boleh la kau buat duit tu belanja kawin."

Perghh... Ini yang lemah ni. Macam mana la Mak boleh bukak topik kawin ni.... Adeh deh deh...

Tengok TV dah jadi tak seronok. Ais krim tadi pun dah mula rasa macam pahit-pahit sikit. Hawa tersengih-sengih kat sebelah.

"Mak, kalau duit simpan tu, bila dah cukup, orang ambik dulu boleh tak? Ada plan sikit." Saya tanya Mak pulak.

"Kau nak plan apa?" Mak tanya balik

"Nak buat beli tiket kapal terbang. Nak jalan-jalan. Nak merayau pergi Turki.. he he he he"
Saya jawab untuk menggembirakan hati sendiri. Konon-konon kelakar.

"Ahh.. Baik kau pergi Afrika." Mak cakap.

"Afrika?" Saya musykil.

"Ha'ah... Afrika... Kurus kau sikit nanti..!" Mak jawab...

Tak tau lah jawapan tu sarkastik ke ikhlas..

Hawa ketawa terbahak-bahak. Saya dah sedia kuda-kuda nak taekwondo Hawa.

Ahad, 5 April 2009

Jangan hanya ingat pisang dan cendol sahaja...

Tengahari itu memang sangat panas.

Jam tepat menunjukkan waktu 12.50pm.

Sedang saya melangkah kaki naik ke tangga... Dengan muka, tangan, rambut dan kaki masih basah. Tapi bukan basah peluh.

Tiba-tiba terasa getaran di dada.

Rupa-rupanya dari telefon yang diisi dalam poket baju melayu. Nama Cicak terpapar.

"Wai.. Hai bin tou wa?"

Cicak gemar menelefon saya dengan berbahasa kantonis, kerana dia menegaskan yang dia memiliki wajah 'Chinese look'. Kekasihnya yag dahulu juga adalah orang Cina.

"Aku kat Gombak"

Saya tidak. Rupa saya lebih mirip pada orang Eropah. Jadi, saya tidak menjawab dalam bahasa Kantonis.

"Owh.. You buat apa wei? I dah habis kerja ni... Jom! I nak ajak You lepak!"

Cicak menyambung dengan bahasa rojak.

"Kepala Hotak ko lepak! Aku kat masjid ni! Ko tak semayang Jumaat ke?" Saya jawab.

"Owh.. Ya ka? ha ha ha ha! Lupa laa" Cicak cover line.

"Lepas semayang la... ko datang lepak rumah aku je" Saya pula mempelawa.

"Apa best kat rumah kau?" Cicak macam tertarik.

"Ada internet." Saya jawab ikhlas.

"Tiu!" Cicak mencarut tak penuh.

Saya terlupa, Cicak sudah ada meksis broadband... he he he he...



Jumaat, 3 April 2009

Badan Sihat Otak Cerdas

Hari itu Pokcik demam.

Dari malam tadi dia tak kebah-kebah. Tu lah, badan dia antibodi dia bukannya kuat sangat. Makan pun bukan reti nak pilih yang berkhasiat. Air masak lagi la.. Tak minum langsung.

"Tak manis" Kata Pokcik mengada-ngada.

Pokcik memang susah nak berpeluh. Entah apa genetik dia, saya pun tak tau. Tengahari itu, kami memilih makan di kedai yang paling panas dalam sejarah. Dekat dengan hostel Amanah. Memang panas gila. Saja kami nak buat Pokcik berpeluh.

Pergh.. Pokcik boleh makan nasi putih lauk ikan goreng saiz kecik, pastu taruk kicap. Nasi pulak suku pinggan je. Tengok lauk Pokcik ambil, saya pun tak selera nak makan. Cepat-cepat saya alih pandangan ke arah lauk daging masak kicap saya. Baru terliur sikit. Lepas tu terpotong balik selera. Ada ke patut tengah-tengah baik punya menyuap, kakak kedai tu boleh pergi mop lantai pakai clorox? Habis lauk daging masak kicap jadi daging masak clorox. Bau clorox pekat masuk mulut. Tak boleh ke mop lantai petang-petang sikit?

Habis makan, Pokcik masih demam. Hidung dia berair. Siap batuk-batuk. Kami pun ajak Pokcik pergi klinik. Tapi, sebagai 'eco-friendly' punya ideologi, saya ajak Pokcik pergi klinik kerajaan sahaja. Terma 'eco' dalam 'eco-friendly' itu, bukan bermakna 'ecology'. Tapi bermakna 'economy'. Ini adalah kerana Klinik kerajaan murah. RM1 sahaja, macam-macam ubat boleh dapat.

Rahim yang memandu hari itu. Dengan kelajuan biasa, dia memecut menuju ke arah rumah sewa mereka. Berhampiran sana ada satu klinik kerajaan yang jarang-jarang buka. Petang itu, masa dalam perjalanan kami tengok tingkap dia buka. Jadi kami tak lepaskan peluang.




Rahim dengan bergaya, terus parking belakang klinik. Saya dan Faris berjalan cepat masuk ke klinik mengiringi Pokcik ikut pintu belakang. Dengan yakin, saya kami terus mambawa Pokcik ke kaunter pendaftaran. Pokcik pun cepat-cepat nak keluarkan kad pengenalan nak mendaftar.

"Ya, boleh saya tolong?" Kakak jururawat berbangsa India yang agak comel bertanya.

"Nak mendaftar kat sini ke?" Saya bertanya dahulu, memotong line Faris.

"Nak mendaftar untuk siapa?" Kakak itu bertanya kembali.

"Untuk dia." Tangan kanan laju menunjuk ke arah Pokcik. "Dia demam, ngan batuk."

"Uhuk-uhuk!" Pokcik menggayakan bunyi batuknya.

"Untuk dia? Kat sini tak boleh dik... Tapi kalau nak cek darah je boleh." Kakak jururawat seperti ada bantahan.

"Kenapa pulak tak boleh?" Saya membantah kembali. Riak wajah Pokcik mula semakin sayu. Dia terasa seperti wujud diskriminasi.

"Ha'ah! Kenapa tak boleh?" Faris pula baru berpeluang bersuara. Dia tak mahu kalah.

"Dik.. Lelaki dewasa kena pergi klinik lain."

Kakak itu sabar, ambil nafas, menyambung penerangan...

"Ini klinik untuk pemeriksaan Ibu-ibu mengandung dan kanak-kanak..."

Kami pandang keliling... Baru perasan ibu-ibu mengandung sahaja yang ada dalam klinik itu.

Kami terus cabut, lari ikut pintu belakang, balik. Malam itu Pokcik beli ubat di farmasi sahaja.


Rabu, 1 April 2009

Kalau berani, cuba lah lagi!

1 tahun yang lalu, jam 1.30pm

Petang itu, saya macam biasa, sedang bermalas-malasan di depan komputer... melayan gadis-gadis yang tidak beberapa dikenali dalam YM, mana lah tahu, ada yang sangkut nanti, boleh juga dilantik sebagai kekasih. Mulut pula asyik bersama menyanyikan lagu-lagu Radiohead yang berputar-putar berapa kali entah, saya pun tak tahu.

Ada juga gadis yang dikenali, turut tidak mahu terlepas peluang berYM dengan saya. Si Farah Cinonet. Bila sudah mula berbual, apa lagi, pelbagai dosa mengumpat pun terkumpul secara pesat. Sedar-tak sedar, sudah mula terasa bahang.. Adakah petanda dari neraka? Oh, saya terlupa membuka kipas rupanya.

Tiba-tiba satu mesej masuk. Dari Wan gamelan. Lalu berlangsunglah sesi bermesej-mesejan

"Bob, ko kat mana? Aku nak jumpa boleh?"

"Kat bilik. Meh la datang"

"Aku nak jumpa kat luar boleh? Ada hal sikit... Ada masalah besar.. Ko jgn bagitau sapa-sapa tau."

"Kenapa ko ni? Ok.. Ok.. Nak jumpa kat mana?"

"Aku tunggu ko kat MPH. Aku dah tak tau nak buat apa ni. Entahlah..."

"Ok.. Ok.. Aku turun sekarang. Kau sabar Wan.. otw nih!"

"Nanti dah sampai, msg aku ye.. Tapi, ko janji jangan bagitau sapa-sapa tau."

"Orait babeh, aku janji."

Tapi, sekejap saja janji itu dimungkiri. Sebagai superhero yang tidak beberapa hebat, saya terus bagitahu pada Farah melalui YM.

"Weh, aku kena turun, jumpa Wan. Dia kata ada masalah besar. Ko jangan bagitau sapa-sapa."

Ini adalah supaya saya ada perawi, penyambung cerita yang soheh jika ada apa-apa yang tidak diingini berlaku pada saya.

Dengan gerak kilat, saya pantas menyarung seluar dan baju, memadam komputer, dan membasahkan rambut. Rambut sempat didandan dengan jari. Ya, walau dalam keadaan cemas, penampilan diri juga tidak harus dilupakan. Baru lah ada keyakinan nak selamatkan keadaan.

Saya lantas keluar dari bilik. Saya keluar dengan tangan kosong. Hanya berbekalkan ilmu di dada. Deras menuju ke lif. Lif agak lambat pada hari itu. Saya mula menjadi kurang sabar, terus mengepal penumbuk untuk menumbuk butang lif. Baru sahaja ayun, lif pun sampai. Nasib baik sempat. Kalau tak, habislah lebam-lebam butang lif tu.

Sampai sahaja di bawah, saya terus berjalan kaki menuju ke MPH ( kini Dewan Sri Sarjana). Saya ingin naik motor pada mulanya, tapi memandangkan saya tiada motor, saya terus mempercepatkan langkah kaki saya. Mungkin kerana semangat yang berkobar-kobar, atau risau dengan keadaan Wan, sekejap sahaja saya sampai ke MPH. Wan masih tidak kelihatan. Saya yang memang agak risau dan kurang sabar, terus menelefon Wan.

"Wan, mana ko? Aku dah kat MPH ni"

"Kau dah sampai ke, kejap.. kejap.. aku baru nak sampai."

Suara Wan kedengaran perlahan, tersekat-sekat dan agak syahdu.

Pelbagai situasi bermain-main di fikiran saya. Apa hal si Wan ni? Bergaduh? Kena cari dengan ceti haram? Kena tipu? Kena perkosa? Kematian keluarga, atau sanak saudara? Ditinggalkan kekasih? Kekasih meninggal? HIV positif? Kena lempang dengan Ustad?

Kerisauan saya semakin berkembang. Tapi, sebagai superhero, saya perlu sentiasa kelihatan bertenang dan bergaya. Jari kembali menolak-nolak rambut yang masih basah supaya gaya tidak berubah. Ayat-ayat motivasi mula diatur, bersedia untuk melahirkan kata-kata semangat dan nasihat-nasihat dewasa. Langkah-langkah tempur jalanan juga dipraktikkan kembali, supaya tidak kekok jika perlu bergaduh nanti.

Akhirnya, Wan muncul dengan Satria biru nya.

Saya dengan langkah yang masih bertenang, menuju ke kereta, dan terus masuk di sebelah pemandu. Wan hanya diam, memandang hadapan. Wajahnya tiada reaksi. Bersuara pun tidak. Saya mula bersuara.

"Kenapa Wan?" Suara saya dengan nada serendah habis. Sesuai dengan suasana muram itu.

"Kita cerita tempat lain boleh?" Suara Wan tersekat-sekat. Macam nak nangis.

"Ok, jom."

Wan terus bergerak meninggalkan MPH. Saya hanya menurut.

"Sebenarnya... Sebenarnya... Sebenarnya Bob..." Wan bersuara syahdu.

"Kenapa Wan?" Saya bersabar, menanti jawapan.

"Aku sedih sangat ni........." Wan bercakap terhenti-henti.

"Kenapa ni Wan?" Saya masih sabar... Rasanya...

"Sebenarnya......................." Wan kejap cakap, kejap diam...

"Kenapa? Cerita je..." Saya sudah mula hilang sabar, tapi masih mengawal nada.

"Sebenarnya........................"

"APRIL FOOL!"

"Aku nak ajak ko makan je! HAHAHAHAHAHA!"

Wan tergelak terbahak-bahak..

"Bedebah kau! Hilang semangat aku!" Saya menjerit dengan sebelah tangan mencekik leher Wan, dan sebelah lagi melancarkan jurus Gaban Z belah lapan!

Hampeh!