Sabtu, 31 Januari 2009

Kena Tag ~ 8 fakta rawak diri saya


Saya telah di tag (lagi) oleh Farah.

Arahan asal dalam Bahasa Inggeris

"Once you've been tagged, you are required to write a note with 16 8 random things, facts, habits, or goals about you. At the end, choose 16 8 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tagged you, it's because I want to know more about you."

Oh, mahu tahu ya? Saya Jawab ya...


1. Saya sangat suka masakan bergoreng cili padi. Apa sahaja yang bergoreng dengan cili padi, akan membuatkan nafsu makan membuak-buak. Asalkan benda yang digoreng itu boleh dan halal dimakan. Andaikata anda menggoreng monyet sekalipun, dan anda kata itu adalah ayam, pasti akan tetap membuka selera saya. Asalkan jangan cakap itu adalah monyet. Jika disuruh pilih antara steak daging atau talapia goreng cili padi, saya akan pilih talapia. Akan tetapi jika disuruh memilih antara ikan talapia atau Jang Nara, Saya tetap memilih Jang Nara.


2. Saya agak susah untuk geli akibat digeletek. Akan tetapi, paling sensitif jika disentuh bahagian leher. Mungkin di bahagian itu adalah titik "G" saya. Atau mungkin juga itu adalah titik perubahan nasib hidup saya. Atau mungkin juga itu adalah mata urat yang pernah tersekat akibat saya pernah melancarkan hikmat "Api Syurga Meragut Lalang". Apabila daerah tabu itu tersentuh, akibatnya boleh membuatkan saya berubah watak secara tiba-tiba. Jadi, jangan cuba ya.


3. Saya gemar membaca. Akan tetapi, tabiat gemar membaca ini bukan datang dari kecil (atau pernah masa kecil lepas tu jadi malas dan tak membaca langsung). Tabiat ini hanya kembali setelah saya tamat SPM. Jika hanya dibiarkan membaca Wikipedia sekalipun, saya boleh menghabiskan seharian dari artikel ke artikel. Topik kegemaran adalah Agama, Sosial, Hak, Kemanusiaan, Aktivis, Muzik, Sejarah, Politik, dan Kehidupan. Saya agak risau jika memasuki kedai-kedai buku kerana, ketagihan akan membuatkan saya membeli buku walaupun duit teramat sengkek. Saya sangat menghargai jika ada orang menghadiahkan buku kepada saya. Mempunyai koleksi buku-buku karya Shahnon bin Ahmad, Faisal Tehrani, Hamka, Enid Blyton, Fathi Yakan, Lat, Yoshito Usui, Ibrahim Anon. Siapa tak kenal Ibrahim Anon? Sila google sendiri... Oh, tetapi saya tidak pernah membaca karya Ahadiat Akashah macam budak tu.


4. Saya sangat menyukai komik Crayon Shin Chan, saya ada koleksi penuh versi terjemahan Bahasa Melayu. Saya mula mengumpul semenjak saya habis SPM. Saya sanggup mencari bilangan yang saya terlepas di kedai komik di Sungei Wang. Ia pernah membantu mengembalikan normal saya, di saat saya begitu murung dan terasing suatu masa dahulu.
Saya pernah dituduh gila beberapa tahun dahulu, kerana ketawa sendirian dalam bilik di rumah bujang. Akan tetapi, saya tidak berminat untuk menonton kartunnya. versi komik lebih cergas dan menarik.


5. Saya alah kepada makanan laut kecuali ikan. Boleh membawa maut. Jadi, jika ada yang dengki atau mahu mengkhianati saya, tidak perlu susah-susah untuk memberi santau tuju-tuju atau berjumpa bomoh santet. Beri sahaja makanan laut, pasti gerila ini rebah menyembah bumi. saya pernah dikejarkan ke wad kecemasan kerana ada sahabat yang memberi saya makan bobola ketam untuk berbuka puasa. Nasib baik nyawa saya masih liat. Alhamdulillah...


6. Saya adalah perayau tegar. Saya memang kuat merayau. Walau saya memang tidak memandu. Tidak kira berteman atau bersendirian. Setiap yang terlintas di fikiran, pasti saya akan cuba redah dan jelajahi. Asalkan saya mampu. Berjalan sendirian adalah advencer yang sentiasa menerujakan saya. Tetapi kadangkala lebih seronok berkongsi advancer dengan teman-teman. Jadi, jika ada sesiapa yang gemar merayau dan berjalan, boleh ajak saya. Jangan malu-malu.


7. Saya mempunyai selera muzik yang memang pelik dan cacamarba. Macam rojak. Muzik sebising + tiada irama + laju + padat + tak senonoh + keras + jahat seperti "Fuck On The Beach" dan "Libido Airbag". Muzik pelik + goth + irama dansa + pop + sayu + emosi seperti "The Cure" dan "Radiohead". Muzik Melayu + Nusantara + Etnik + Islamik + Kerohanian seperti "Ramli Sarip" dan "Raihan". Banyak sangat percampurannya. Saya pernah menganggotai pancaragam dan bermain "euphonium", ketika di sekolah menengah. Saya adalah pemain gamelan. Saya juga adalah vokalis untuk pelbagai kugiran:

- Jason Vorhees (Old School Hardcore)
- Kumshot (Fast Grindcore)
- Rukhay 696 (Porn Grindcore)
- Emmosa Pendosa ( Emotional Metal Hardcore)


8. Saya tidak pernah membeli seluar jeans Levi's yang asli. Dan saya takkan beli, selagi Palestine belum merdeka. Saya masih boikot. Ya, Saya juga memboikot McDonalds, Starbucks dan Coca-cola. :)

Sekian, saya mahu tag orang ini sahaja, kerana saya mahu tahu lebih tentang dia.

2 ulasan:

~MaNjAmAS~ berkata...

eley! jang nara kunun!!! suda la bob..biarla mas nk bace buku ahadiat akashah..virus la bob nih! virus!!

TeFirRorist berkata...

ahh siak je cita2 nak tag Jang NAra... dah la bujang... kakaka...