Sabtu, 21 Mac 2009

Bahasa Jiwa Bangsa


Kisah 1

Akibat dari aktiviti seharian berjemur di Taman Tasik Titiwangsa, beberapa minggu yang lalu.. Saya yang selalunya cerah melepak ini bertukar menjadi agak hitam.

Ya, memang hitam... ibarat kuih cekodok yang baru digoreng..

Bukan sahaja hitam, malah agak pedih dan panas-panas.. terutamanya apabila terkena air.

Fenomena itu biasanya dipanggil "sunburn".

Jadi, saya yang mempunyai sifat ingin tahu, dan memang selalunya tidak tahu, terfikir apakah istilah "sunburn" dalam bahasa Melayu.

Oleh kerana saya sudah asyik bermain Facebook, jadi saya meletakkan status saya

"Apa agaknya sunburn dalam Bahasa Melayu?"

Tidak disangka, sahabat saya Shi Yun yang menjumpai maknanya

"sunburn - selar matahari".

Terima Kasih Yun!
..................................


Kisah 2

Saya meneman Kak Ina, dan suaminya, Abang Ramdzan membeli komputer di plaza Low Yatt.

Sedang jurujual berbangsa Cina itu sedang menyiapkan pemasangan perisian pada komputer riba baru Kak Ina, saya dan Abang Ramdzan melihat-lihat bentuk komputer baru itu.

Kami pun agak pelik melihat lubang berjaring besi di sisi komputer riba itu.

"Lubang untuk cucuk apa ni?" Abang Ramdzan bertanya.

"Ini lubang sebaran haba" Jawab jurujual itu.

"Sebaran haba?" Saya bertanya lagi.

"Ya lah" Jurujual itu menyambung kerjanya.

"Oh.. untuk heat transfer" Saya berkata kembali, sambil mula faham.

"Apa la lu cakap, sebaran haba" Abang Ramdzan berkata sabil ketawa.

"Tapi, itu bukan perkataan yang betul ke? Saya belajar itu macam..." Jurujual itu persoalkan kami.

Kami terdiam... Terasa bodoh.. hu hu hu

2 ulasan:

syun berkata...

Sama sama Hadi!! Kalau tidak kerana status Hadi di 'Facebook', tidak terlintas di fikiran saya apakah istilah 'Sunburn' di dalam Bahasa Melayu..Hehe (Sangat skema lah pula :p)

HBM Consultant berkata...

Sekian lama diasak menggunakan bahasa asing ketika berhadapan dengan komputer membuatkan angah yang bergelar guru bahasa ini pun terkelu sekejap dengan perkataan 'sebaran haba'.

Apalah nasib anak angah nanti. Produk ppsmi yang mungkin tidak akan pernah berjumpa perkataan 'sebaran haba' sepanjang hayatnya!