Khamis, 26 Mac 2009

Mandi dan kejuruteraan awam

Setelah bangun dari satu proses hibernasi yang panjang, saya terus mencapai tuala.

Terus pergi mandi?

Tak... duduk depan komputer dulu, layan Mafia Wars sepam dua, layan mereka-mereka di YM, dan yang paling penting, semak Facebook. Perghh.. saya sudah menjadi semakin terpengaruh dengan dunia popular! consume! consume! Saya masih salahkan Farah yang mempengaruh!

Dengan tuala masih terlilit di leher, saya semakin asyik melekat depan komputer. Ini semua pasal mereka-mereka yang menjebakkan saya bermain Mafia Wars. Tak lupa juga bahana sebab Daus yang buat saya ketagih baca blog seorang lagi pesara Hardcore nih.

Sedang asyik mengira duit juta-juta dalam akaun, tau-tau dah azan Zuhur. Eh! tadi rasanya bangun gelap lagi... Masa memang berlalu dengan kejam. Lagipun, suasana dalam bilik Ammzar memang enak dan dingin.

Oh ya, saya menumpang di bilik Ammzar buat masa ini untuk menyiapkan projek. Perjanjian pertumpangan sudah termetrai apabila saya menghantas mesej "on bilik" ke nombor Ammzar.

Bila sedar akan hari mula meninggi, dengan pantas, menanggalkan pakaian, masuk bilik air Ammzar. (Walaupun bilik ammzar macam bilik orang gaji, tapi dia ada bilik air sendiri.)

Paip dibuka, dan seperti biasa, mesti nyanyi punya... Lagu pilihan untuk mandi pagi (pagi? Dah tentu azan Zuhur tadi) itu adalah "Smile in your sleep" oleh Silverstein.

Belum sampai rangkap ke empat, saya mula terjerit lari tona. Key pun lari entah ke mana. Bukan pasal naik syeh... Tapi terperanjat. Air yang mula-mula dingin, tiba-tiba panas.

Panas sangat sampai nak melecur rasanya kulit. Terutama bila kena bahagian sulit. Panas! Fuhh.. Merah tu! Apahal boleh tiba-tiba panas ni? Ajaib?


Ammzar la nih! Tau la pancuran buatan sendiri, tapi... Mana punya kejuruteraan dia pakai. Lalu tingkap.. Memang patut la air tu panas. Dah paip tu terjemur... Huh! Esok tak nak mandi tengahari!

2 ulasan:

MARiZA berkata...

hahaha. best ape pat mandi air panas free =P

abdul hadi berkata...

yang tak bestnya pasal terkejut.. haha tak standby lagi..