Jumaat, 22 Januari 2010

Jumaat 14 tahun masihi


14 tahun dulu, kami di Masjid India Klang.
Hari ini kami di Masjid Bomba Cyberjaya.

14 tahun dulu, kami berpeluh jalan kaki atau berpeluh naik bas.
Hari ini kami tak berpeluh naik kereta.

14 tahun dulu, kami memakai baju melayu putih, samping biru, songkok hitam.
Hari ini kami pakai baju biasa.

14 tahun dulu, kami makan briyani sedekah.
Hari ini, kami makan biskut wafer sedekah.

14 tahun dulu, kami i'tikaf atas tikar plastik di ruang tambahan.
Hari ini, kami masih i'tikaf atas tikar plastik di ruang tambahan, cuma tidak ada bau kepam.

14 tahun dulu, kami dengar kutbah bahasa Tamil.
Hari ini, kami dengar kutbah bahasa Melayu.

14 tahun dulu, kami tak pernah sentuh tabung derma.
Hari ini kami sama-sama hulur yang termampu.

14 tahun dulu, kami selalu tidur ketika kutbah.
Hari ini, hanya Zakaria tersengguk-sengguk mengantuk.

14 tahun dulu, kami sama-sama kelam kabut pergi sekolah habis sembahyang. Takutkan pelempang Cikgu Chua Khay Tong.
Hari ini, kami berpisah habis sembahyang. Pergi ke pejabat masing-masing.

Semoga kita berjumpa lagi. Harap-harap sebelum kiamat :)

Assalamualaikum ya Zakaria Basar!

1 ulasan:

HBM Consultant berkata...

"14 tahun dulu, kami tak pernah sentuh tabung derma.
Hari ini kami sama-sama hulur yang termampu."

Alhamdulillah, semoga semakin murah rezeki, dapat naik pangkat dan naik gaji. Jangan lupa bersedekah lagi ya... :)