Isnin, 2 Jun 2008

Hari Jumaat lagi

Hari Jumaat, hari ini, penyelia kami Abang Mat Noh tiada, jadi, kami pun membuat kerja masing-masing. Saya juga asyik bermain internet dan membaca2 blog orang lain. Saya juga rancak berchatting dengan Farhan mengenai politik Malaysia, terutamanya cerita mengenai Ezam masuk UMNO. Tapi, seperti biasa, kami tidak beberapa peduli sangat dengan cerita itu. Segalanya bebas dan tiada beban sehinggalah tiba waktu solat Jumaat. Ketika azan hampir berkumandang, kami mula bergegas ke masjid kem Wardiburn.

Ketika sedang mengambil wuduk, tiba-tiba Zul bersuara..

“Lepas ni aku ingat kita makan kat Carrefour lah”

Saya sudah mula seronok, saya mula tefikir.. bagus juga.. boleh lah saya keluar duit kat sana.. boleh lah saya window shopping.. boleh beli kuaci.. merayau-rayau dalam kompleks Carrefour itu... saya mula terbayangkan kehangatan sizzling mee yang akan menyusuri laluan ke perut saya. Segala angan-angan itu terhenti sementara ketika kuthbah Jumaat mula dibaca Tuan Khatib.

Setelah selecai membaca doa, saya terus bergegas keluar dan memakai kasut. Rasa ingin terkencing pun saya tahan, kerana saya fikir nanti boleh kencing di tandas Carrefour. Bayangan aroma sizzling mee muncul kembali dan menular hangat dalam otak sanubari saya. Setelah siap pakai kasut, saya pun dengan tersengih dan terhegeh-hegeh menghampiri Zul yang masih terkial2 memakai kasut.

“Aku rasa makan kat tempat biasa je lah...”

Tiba tiba Zul bersuara. Segala angan-angan saya tadi dengan pantas berderai, dan bertaburan seperti pasir di tepi pantai... Dengan langkah kecewa, saya mula membuka kasut, untuk kencing di tandas masjid.

Tiada ulasan: