Selasa, 10 Jun 2008

P.Ramlee The Musical, Istana Budaya.



Babi!, beruk!, keparat!, anjing tanah!, lahanat!, celaka anjing!, taik kambing bulat-bulat!, binatang!, haram jadah!, bingung tak sadar dek untung!, binawe!, badigol!, tolol!, nate beghuk!, tel aviv!, israel!, serbia!............ dan beberapa carutan lagi yang kurang manis dibaca.....


Maafkan saya kerana tidak memulakan cerita ini dengan nama Allah, tetapi memilih perkataan-perkataan carutan seperti di atas sebagai pembuka kata. Jangan salah sangka, kata-kata diatas bukanlah kritikan saya terhadap lakonan ataupun persembahan teater yang saya tunggu sekian lama untuk menontonnya. Saya terlepas peluang untuk menonton versi pertama teater itu kerana langsung tidak berkesempatan. Akhirnya, setelah sebulan lebih membeli tiket, dapat juga saya menghadirkan diri untuk menonton teater yang saya tunggu-tunggu selama ini. Walaupun saya membeli tiket yang paling murah, sudah lah murah, siap diskaun 20% untuk pelajar pula tu. Terasa tinggi martabat saya kerana saya ditingkat teratas sekali.



Kemasukan saya ke dalam panggung yang dengan tingkah laku agak kekampungan telah dimulakan dengan agak kecoh. Kecuraman tangga yang menggayatkan mengakibatkan saya terlatah. Sikap Zul yang salah duduk tempat juga menyebabkan saya lebih bising. Tetapi, saya kembali bertamadun semula apabila sudah duduk dan lampu mula digelapkan. Saya mula duduk diam dengan hemah yang mulia sehinggalah ada juga manusia yang mula buat hal.



Pada mulanya saya sudah mula menyampah apabila ada kakak di hadapan saya duduk dengan membongkok dihadapan. Tetapi, saya menegur kakak itu supaya menyandar, dan kakak itu pun bersandar. Tetapi lebih celaka anjing apabila ada 1 pasangan taik lahanat tanah neraka entah dari mana ceruk datang, duduk di barisan hadapan sekali, dan kemudiannya membongkok dihadapan. Hei bahlol, lain kali, kalau tengok apa-apa persembahan di Istana Budaya, kalau duduk di kerusi murah yang mencuram, terutamanya tingkat 3, tolonglah duduk bersandar... BODOH! Kalau anda membongkok, orang lain di belakang tak nampak tahu... BODOH, MISKIN, BENGAP!!! Janganlah bersikap pentingkan diri, kalau korang bersandar kan lebih selesa... Takde bezanya kalau korang melangok kedepan tu... Takkan dapat punya korang hidu haruman nafas tubuh Melissa Saila tu deh... Liza Hanim pun takkan nampak muka sentil korang tu! Saya pun miskin dan kampung juga, tapi saya ingat orang belakang! HUH!! Gerramm mak nyahhhhh! Saya cuba membaling gumpalan kertas kepada kepala pasangan itu, tetapi balingan saya dalam gelap tidak mengena.



Oleh kerana saya tidak mahu lebih kecoh dan risau dihalau keluar, saya terus duduk diam menikmati persembahan dengan selang-seli bisikan carut dari getaran bibir merah bak delima merekah saya. HUH!.......... Tamat pembuka cerita saya. Maafkan bahasa saya. Sekarang, saya sambung ye...


Sepatutnya saya sudah menambah cerita ini di blog lebih awal, tetapi keadaan kepala saya yang sakit berdenyut-denyut dari semalam menggagalkan usaha saya. Maaf ye Paan, terlambat.. heheheh.




Teater Muzikal P.Ramlee ternyata berjaya menghiburkan saya dengan pelbagai rempah dan rencah emosi. Terdapat elemen komedi, terutamanya babak di mana watak Sukardi yang menepek di kepala keretapi dan juga babak P.Ramlee dinikahkan dengan Junaidah dengan mengejut berjaya membuatkan saya tertawa. Babak-babak yang diadun dengan elemen sedih seperti ketika P.Ramlee ditinggalkan Junaidah berjaya membuatkan mata saya berkaca-kaca. Babak-babak tragedi pecah hati yang boleh membawa mati seperti ketika Norizan meninggalkan P.Ramlee pula hampir membuatkan saya tersedu dan memegang tangan Paan dan mencari bahu untuk saya menyandarkan kepala. Saya lihat ketika itu, Zul sudah mula menutup muka dengan tangan. Walaupun kelihatan seperti tersengih, saya tahu dia menangis teresak-esak. Oleh kerana tahap keegoan saya yang masih melangit tinggi, saya hanya meratap didalam hati, dan memegang kusyen kerusi.



Juga padan muka kepada Mastot kerana disuluh dengan laser kerana gatal menjawab sms dalam panggung ketika persembahan sedang berlangsung.. kah kah kah kah! Hilang sebntar kejelitaan dan keayuannya! Kah kah kah kah!



Muzik-muzik teater pada malam itu juga berjaya memperkayakan suasana dan drama teater malam itu. Setiap lagu begitu cantik tersusun menyebabkan muzik itu masuk terus ke otak, dan hinggap melekat di hati saya. Saya salut kepada saudara Roslan Aziz. Rasa bangga pula saya sempat mengangguk kepala dan mengangkat kening kepada beliau ketika kami terserempak sebelum saya masuk ke dewan. Beliau juga tidak sombong dan membalas pengangkatan kening saya itu. Abang Roslan, saya nak tulis lirik untuk Abang boleh? Hehehehe...



Selain dari gabungan lakonan dan irama, set pentas juga berjaya mengagumkan saya. Set pentas yang berteknologi tinggi serta prop-prop yang canggih dan menarik menyebabkan mulut saya mengeluarkan satu perkataan Itali “mamamia!”. Kepala keretapi, pentas kampung, pejabat Shaw Brothers... wah wah wah.. kagum.. kagum.. Memang pandai kalian membuat saya yang kekampungan ini terbeliak biji mata dan ternganga mulut.. Tahniah, tahniah.






Akan tetapi, bagi saya, apa yang paling berharga saya dapat dari menonton teater pada malam itu adalah pengajaran. Kisah hidup Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang berjaya diteaterkan memberi pelbagai iktibar kepada saya. Bagaimana beliau disayangi dan disanjungi hanya ketika beliau berjaya, dan apabila beliau mula jatuh, kawan-kawan pun mula menjauhi diri. Bagaimana beliau kehilangan segala-galanya termasuk cinta ketika mengejar cita-cita. Bagaimana beliau menjadi hamba dunia seni dan berakhir muflis malah pernah dihina dan disisih. Bagaimana orang mengaut keuntungan dari hasil titik peluh beliau yang dikerah sehabis-habisnya. Bagaimana beliau diperguna... hmm, semua itu elok untuk saya ambil sebagai iktibar.



Ini telah membuatkan saya lebih berhati-hati sebagai anak seni. Ini mengajar saya untuk bijak memilih antara cinta dan cita-cita. Ini mengajar saya bahawa jika tidak sanggup merana, jangan perhambakan diri untuk seni. Ini juga mengajar saya supaya jangan pernah korbankan segala-galanya membuta tuli. Sentiasa beringat dan berfikir tentang diri sendiri dahulu... Lain kali, saya akan bercerita dengan lebih panjang lebar mengenai pendapat peribadi saya tentang P.Ramlee...



Setelah tamat menonton persembahan, ada diantara kami, terutamanya Zul sibuk menangkap gambar setelah selesai meminta autograf dari para pelakon. Kesian Didi tidak dapat bergambar bersama pelakon, kerana Didi tidak meminta autograf. Setelah puas bergambar dan terkinja-kinja, kami pergi makan (lewat) malam di kedai nasi lemak terkenal Kampung Baru, bersebelahan dengan Kelab Sultan Sulaiman. Di situ, kami terserempak dengan Pak Arip, tetapi Pak Arip tidak membelanja kami... hehehehehehe..

5 ulasan:

~MaNjAmAS~ berkata...

tah pape la beruk tuh..smpai ke akhir cmtuh..

raser cam nk tembak dia ngn panah beracun..

syun berkata...

Knp x amik gambar ngan Roslan Aziz? malu ek?
Gambar candid Pak Arip..Haha

Rizdiahk Nahraf berkata...

finally..bob sudah melaharkan zikir carutnya terhadap insan berkepala bana itu...hahahahha

abdul hadi berkata...

tak sempat lah yun.. nak masuk dewan cepat.. hahahah

=ll miss teru ll= berkata...

ape yg berlaku gambar antare ko dan paan.. aku cube pk jap ek..