Khamis, 5 Jun 2008

Minyak naik? Jangan risau...

Anda merungut tentang kenaikan harga minyak? Jangan risau...

AMDI BIOTRANS mempunyai penyelesaian untuk anda! Kami syarikat kenderaan bumiputera yang diterajui anak-anak muda berfikiran cerdas dan berwajah kacak sentiasa ada jalan penyelesaian bagi setiap masalah rakyat.


Di sini kami ingin memperkenalkan produk-produk baru dan inovatif ternyata membuatkan anda tidak perlu lagi berfikir tentang masalah kenaikan harga bahan bakar yang mengejut. Kini, tiba masanya untuk kami mengejutkan anda! Produk yang tidak membebankan rakyat, mahupun kerajaan, dengan pakej-pakej harga yang ternyata tidak membebankan...


Memperkenalkan produk-produk kami:


1) Kereta Lembu Gendarasari

- Mempunyai wagon berbumbung, berdinding dan bertingkap

- Tempat duduk yang selesa dan banyak, sesuai untuk keluarga

- Sistem audio ‘altec lansing’ yang boleh dipasang pada i pod atau mana-mana mp3 player

- Sistem pacuan 2 ekor lembu jantan yang gagah berani ( 20 km/j )

~ boleh dinaik taraf dengan 2 ekor lembu gila ( 120 km/j ) ~

- Tidak memerlukan bahan bakar, Cuma perlu rumput dan dedak subsidi.

- Percuma sebuah kipas tangan.

- Harga atas jalan : RM 6,000




2) Lembu Jantan Si Tampuk Manis

- Seekor lembu jantan yang gagah perkasa

- Dilengkapi dengan pelana dan penyebat

- Boleh naik 2 orang maksimum

- Sesuai untuk orang bujang atau pasangan bercinta

- Tidak memerlukan bahan bakar, Cuma perlu rumput dan dedak subsidi.

- Percuma sebuah topi koboi berjenama

- Harga atas jalan : RM 1500 seekor, RM2600 sepasang




3) Kereta Jula Juli Anjing Tujuh

- Mempunyai sebuah kereta dorong ibarat perlumbaan “mushing”

- Sistem pacuan yang diterajui oleh 7 ekor anjing yang mantap

~ boleh dinaik taraf dengan anjing berkasut roda ~

- Sesuai bagi mereka yang mementingkan gaya dan kekuasaan

- Hanya memerlukan isi perut ayam atau ‘Alpo’ sebagai bahan bakar

- Dilengkapi pemain audio cd dan headphone

- Warna anjing boleh dipilih bagi 50 pelanggan bertuah

- Percuma satu beg tanah gambut (untuk samak), suntikan vaksin anjing gila 2 tahun.

- Harga atas jalan : RM 3000




4) Anjing Majnun Al Harami

- Seekor anjing gila yang dirantai pada pinggang pengguna

- Anjing yang disahkan gila oleh jabatan haiwan

- Bukan untuk menarik pengguna, tetapi membiarkan anjing gila itu mengejar pengguna

- Sangat efficient bagi memastikan pengguna berlari lebih laju dari biasa

- Peluh akan mengalir deras bersama-sama darah

- Sesuai untuk mereka yang gemarkan aksi dan gaya hidup lasak

- Percuma sepasang baju hujan, suntikan vaksin anjing gila 2 ½ tahun, air mineral sebotol

- Harga atas jalan : RM 200


BERMINAT, SILA SMS ATAU TELEFON 012- 776 1101

5 ulasan:

mas2ra rauna berkata...

nak kene ni...tp cube ko cdgka kat paklah..suh dia je yg naik kete anjing jula juli....hhuhu pastu bawak kheri menantu kesayangan dia tu...wakaka. same r muke dowang dgn penarik kete tu..wakakak

Muslim Knight berkata...

Lawak tak bleh blah! Hahahaha!!~

XD

Rizdiahk Nahraf berkata...

Aku mahu buka jugak perniagaan..
Aku nak guna siput babi sebagai tenaga buruh.Senang je caranya...

First,gi beli siput sedut kat pasar.Murah je ni..

Secondly,gi sepang amik sekor dua babi..

3rdly,gabungkan kedua-dua siput dan babi..

4th,ikat kedua2 binatang tu untuk tarik tuan empunya badan..biar perlahan,asalkan selamat..

babazahra' berkata...

ini kompem xde roadtax ke bro?

abdul hadi berkata...

hahahaha road tax belum ada.. tapi takut gak kalo ada kroni terbaca nanti, tau2 diorang buat proposal untuk road tax.. hahahah