Isnin, 7 Julai 2008

Saiful Bukhari Azlan?


Saiful Bukhari Azlan? Bekas MPP? Bekas pemimpin pelajar? Mangsa liwat?


Saya agak malas ingin bercerita panjang mengenai si Saiful ini, walaupun ada sahabat saya yang mempelawa saya untuk menulis menganai beliau. Saya malas kerana saya tak kenal sangat beliau, walaupun mungkin beliau mengenali saya dan meminati saya secara senyap-senyap.


Saya agak malas ingin bercerita panjang mengenai si Saiful ini, walaupun mungkin pernah rasanya berlaga siku dengan beliau ketika beratur untuk makan percuma di masjid pada bulan Ramadhan. Saya tidak pernah berbual lebih mesra dengan beliau, bukan seperti sahabat baik saya, Pokcik yang pernah menjadi teman sefasi dengan beliau.


Saya agak malas ingin bercerita panjang mengenai si Saiful ini, walaupun ada sahabat saya adalah ahli majlis perwakilan pelajar yang sezaman dengan beliau. Saya juga pernah aktif membantu dan menjadi sukarelawan ketika pilihanraya universiti untuk sesi 2006/2007.


Saya agak malas ingin bercerita panjang mengenai si Saiful ini, walaupun beliau pernah beramah mesra, cuba merapati diri dengan kami, pemain gamelan jemputan, ketika kami dengan sukarelanya bermain gamelan untuk sebuar program khidmat masyarakat di Sekincan pada tahun 2007.


Yang paling utama...


Saya agak malas ingin bercerita panjang mengenai si Saiful ini, kerana saya sudah nekad sejak awal-awal lagi, blog ini saya hidupkan hanya kerana saya ingin bercerita tentang diri saya, atau cerita-cerita yang rapat dengan hidup dan kehidupan saya... hehehehehe.


1 ulasan:

=ll miss teru ll= berkata...

ehhh ko pun ehem ker... siap dpt candid lg.. cam auwww :p