Selasa, 22 Julai 2008

Ubah rambut la brader!


Semenjak saya memulakan latihan industri saya, saya tidak pernah memotong rambut saya. Saya berniat untuk menyimpan dan membiarkan ia berkembang indah seperti semasa saya berlakon dalam teater ‘Ayam Jantan Ayam Betina’ Pada tahun 2006 yang lalu. Dalam tempoh pembelajaran saya, sudah banyak kali saya mengubah fesyen rambut saya seperti berikut:


1) Botak

2) Pendek betul

3) Crew cut

4) Pendek kemas

5) Pendek serabai

6) Serabai habis

7) Ala-ala Hail Amir

8) Ala-ala ayam

9) Ala-ala mohawk

10) Ala-ala artis

11) Afro terus

12) Cuba diluruskan



Pelbagai kritikan mahupun aprisiasi yang saya terima mengenai rambut saya yang terkini semenjak saya kembali ke Universiti setelah tamat latihan industri. Saya kekalkan rambut saya walau lebih ramai yang membenci dari yang memuji. Walau dari sahabat dan juga saudara mara keturunan...




Akan tetapi, kerana saya sudah mula rimas, dan kadar keguguran juga bertambah, saya sudah pun memotong rambut saya sejurus setelah adik saya Hakim pulang dari PJ. Ini juga adalah kerana esoknya saya akan bertolak ke Kelantan. Semoga dengan rambut ini, lebih mudah untuk saya mengurat gadis-gadis di Kelantan nanti... hehehehehehe...


Tiada ulasan: