Selasa, 1 Julai 2008

Zakaria Basar

Satu malam dalam minggu lepas, ketika saya sedang mengisi mana-mana yang patut dalam buku log latihan industri saya, tiba-tiba telefon berbunyi. Nombor yang terpapar adalah dari talian tetap Telekom, dan dalam kawasan Selangor. Saya melihat jam, sudah tepat pukul 9.00pm.



“Ini mesti bukan orang lain ni... mesti dia ni.” Sempat berbicara dalam hati sambil tersenyum, sebelum menjawab panggilan.



+ “Halop!”



- “Hello, Assalamualaikum! Boleh saya bercakap dengan Encik Hadi Razak? ”



+ “Waalaikumsalam... jangan nak ngada-ngada lah Zack.. aku tau ko...”



- “Weh, kabare? Engko tengah buat apa tu?”



+ “Warass... Takde buat pape sangat lah Zack... Ko pulak apa khabar?”



- “Kalo ko jawab ko tengah sembahyang tadi, Aku debik je ko.. tengah sembahyang mana boleh jawab telefon... hik hik hik hik.. Aku macam biasalah... ni ko tak buat apa-apa ke?”



+ “Takdela sangat, aku tengah siapkan log book aku je...”



- “HAH! Ko buat log book?! Engkau?! Hadi buat log book? Buat kerja rumah? Ini ke Hadi yang aku kenal? Hahahahahahaha!”



+ “Ye lah... aku dah pandai buat kerja rumah sekarang.. hahahahaha! Ko pulak, buat apa Zack?”



- “Aku, macam biasa lah, time-time macam ni, menghabiskan harta company, call engko.. Hahahahahahaha! Ni, engko apa projek skarang?”



+ “Aku macam biasa la... student lagi, ni tengah practical...”



- “Oh, ye tak ye, ko kan dah cerita kat aku... Ko ni, sampai bila la agaknya nak habis belajar? Hahahahaha.. Eh, asyik aku je yang bertanya.. Ko tak nak tanya aku pulak ke?”



+ “Hmm.. ko bile nak turun KL?”



- “Itu susah sikit lah... Ko kan tau, aku macam mana... hehehehehe...”



Perbualan kami berlarutan sehingga terdengar suara orang memanggil Zakaria dari belakang. Ternyata dia perlu menyambung tugas teknikalnya. Itulah dia Zakaria Basar, pemuda dari Banting, sangat gemar menelefon saya jika ada masa terluang di pejabatnya. Seorang yang pemalu dan baik hati. Sahabat sebaya yang setia bersahabat dengan saya sejak kami berkenalan di AYSK 14 tahun yang lalu.



Kami pernah sama-sama dilempang bertalu-talu oleh Ustaz Nazari, sama-sama dicubit kelangkang oleh Cikgu Kamar, sama-sama dirotan oleh Cikgu Chua Khai Tong, sama-sama didenda push-up oleh arwah En. Mat Din. Walau apa perubahan yang saya lalui, walau apa sejarah hitam saya, walau saya sudah bukan seperti yang dahulu, Zakaria tidak pernah berkira. Walau saya pernah dikatakan menyombong, mengasingkan diri, menyepi membawa diri tanpa berita lebih kurang selama 8 tahun, Zakaria tidak ambil peduli itu semua.



Dengan motto hidupnya “Saya pedulik hapa!!”, Zakaria tidak pernah bosan dan fed up berhubung dengan saya. Zakaria adalah salah seorang yang masih rajin membuang masa beliau untuk memelihara silaturrahim... Saya akui, saya tidak semulia Zakaria Basar.


Tiada ulasan: