Hari Sabtu yang lalu, awal-awal pagi lagi saya dah bersiap mandi dan mengemas pakaian. Ini adalah kerana akan ke Kelantan menemani adik saya, Adibah menaiki bas untuk pulang ke kolejnya di Pengkalan Chepa. Pada mulanya saya ahanya berniat untuk pergi kemudian terus pulang pada petang itu juga. Akan tetapi, kata-kata Pokcik yang masih segar terngiang-ngiang, seperti menghasut saya untuk merayau dengan lebih lama di
“Rilek dulu, 2-3 hari, tengok benda-benda kat
Saya teringat akan Faisal, aktivis dari Papakerma yang sudah berkahwin dan menetap terus di
Saya dan Adibah mula menaiki bas pada jam 9.30am di perhentian
Akan tetapi, akibat sudah lama tidak tidur dalam bas, saya tidak tidur dengan lena. Sekejap-kejap saya terjaga, sehinggalah kami sampai di kawasan Merapoh di mana kebanyakan Bas gemar berhenti untuk rehat dan makan. Saya yang masih kenyang kerana pagi tadi saya sudah membedal 2 bungkus nasi lemak dengan lahapnya.
“Mu bawok la gewe mu gi make dolu...”
Pakcik pemandu itu mengatakan begitu kerana menyangka saya sedang merantau dengan teman wanita saya. Memang selalunya apabila saya keluar dengan mana-mana adik saya, pasti mereka tidak menyangka yang kami ini adik-beradik.
Selepas itu, saya turun juga untuk membeli roti, gula-gula getah dan air bikarbonat. Saya takut nanti tiba-tiba kami lapar di dalam perjalanan. Gula-gula getah pula adalah penting untuk menjaga kesegaran nafas, terutamanya selepas tertidur di dalam perjalanan.
Setelah bas bergerak kembali, saya kembali tidur-tidur ayam sehinggalah kami sampai ke Ketereh. Sejak memasuki Ketereh, saya lebih gemar menikmati pemandangan keliling dari melelapkan mata. Memang ternampak perubahan setelah 3 tahun saya tidak masuk ke kawasan ini. Kali terakhir saya ke Kelantan adalah apabila melawat Adibah yang sedang praktikal di Hospital Gua Musang. Itupun hanya sampai Gua Musang. Tidak lebih dari itu.
Kami sampai di Kota Bharu lebih kurang pada jam 6.00pm. Saya
Sampai sahaja di
“Kedai je macam ni, tapi harga dia biasa” Adibah menceritakan pada saya.
Setelah membelek-belek menu, Adibah memesan kuey teow goreng dan limau ais. Saya pula tertarik untuk memesan ‘chicken chop’ dan teh o. Saya mengada-ngada memesan ‘chicken chop’ kerana tertarik dengan harganya yang Cuma RM6.50. Setelah hidangan sampai, kami terus menjamu selera. Ternyata ‘chicken chop’ itu menghampakan selera saya. Ini membuatkan saya rindukan Kampung Baru.
Setelah siap membayar bil, saya pergi ke surau dan menunaikan solat jamak takdim. Selesai sahaja solat, kami pergi semula ke pejabat kaunter tiket itu. Sudah buka dan kami memulangkan tiket. Akan tetapi, kami hanya akan menerima kembali bayaran jika ada orang yang membeli tiket itu. Saya diminta untuk menelefon kaunter tiket itu kemudian untuk bertanyakan keputusan jualan.
Setelah itu, Adibah terus menelefon seorang Pakcik prebet sapu untuk menghantar Adibah pulang ke kolejnya dan terus menghantar saya ke Kota Bharu. Dalam perjalanan ke Kota Bharu, saya memilih untuk berbual dengan Pakcik itu kerana saya berasa agak seram dengan
Turun sahaja dari kereta, saya terus menghantar SMS kepada Faisal.
“Aku dah sampai KB, Aku dah hantar adik aku, ni tgh cari2 bilik murah. Ko ada idea?”
“Ko
Saya memilih untuk mencari-cari sambil merayau. Banyak juga hotel-hotel penginapan murah khas untuk pengembara ekonomi seperti saya di kawasan itu. Langit sudah mula gelap. Setelah penat naik-turun tangga dan berbuih mulut bertanya, saya memilih KB Backpacker Inn sebagai penginapan saya untuk malam itu. Ini adalah kerana harganya yang murah, RM 25 satu malam untuk bilik 2 orang, akan tetapi saya menerima potongan menjadi RM 20 kerana saya hanya berseorangan (Bilik untuk seorang hanya RM 15). Malangnya bilik untuk seorang sudah penuh. Saya terus mendaftar dan membayar harga bilik.
Setelah mendapat kunci, saya terus masuk meletak beg dan melepaskan lelah, duduk atas katil. Bilik kecil itu hanya ada 1 kipas, 1 lampu, satu katil besar, dan satu meja bercermin. Sedang asyik memerhati keadaan bilik, saya menerima satu SMS dari Faisal.
“Ko cek in katne? Nanti aku amik ko, kita makan”
“Backpacker... orait babeh, aku nak mandi, solat dulu”
“Ok2 aku pun kerja lagi ni, nanti aku dtg”
Saya terus mencapai tuala dan pergi mandi di bilik air luar. Memang sudah menjadi adat bilik murah, tv, tandas dan bilik air adalah berkongsi. Setelah siap mandi, solat dan hilan letih, Faisal SMS saya lagi. Jam sudah menunjukkan pukul 8.30pm
“Aku ada kerja lagi sikit, dalam pukul 9.30 aku datang”
“Takpe2 aku nak rayau2 dulu”
Saya terus besiap, turun dan berjalan-jalan di kawasan bazaar malam keliling Pasar Besar Siti Khatijah. Saya singgah dahulu di pasaraya The Store untuk membeli bateri untuk kamera saya.
Saya meneruskan perayauan saya sekitar bazaar dan melihat-lihat barang yang dijual. Akan tetapi, tiada yang menarik minat saya untuk membeli kerana semuanya seperti yang ada di
“Ko kat mana sekarang?” SMS dari Faisal bertanya.
“Aku dalam Mydin”
“ok, ko tunggu kat depan Mydin, nanti aku sampai”
Saya terus keluar dan duduk di kaki
Tiada ulasan:
Catat Ulasan